Thursday, 30 April 2009

DIA MAHA MENGETAHUI

Wahai manusia,
berapa kalikah kerdipan kelopak matamu,
dari semenjak kau lahir sehingga ke hari ini?
Berapa helaikah rambut di kepalamu?
Berapa helaikah pula yang telah tercabut daripada kepalamu,
dari saat kau lahir sehingga ke hari ini?
Berapa kalikah jantungmu telah berdegup,
yang dengan sebab itu kau terus hidup,
dari dulu sehingga kini?

Sungguh, engkau langsung tidak mengetahui!

Wahai manusia,
apakah engkau mengetahui,
bilangan manusia yang pernah hidup di atas bumi,
dari zaman Adam a.s. sehingga kini?
Apakah engkau menguasai,
semua bahasa manusia yang dituturkan di atas dunia kini?
Apakah engkau mengetahui,
semua nama manusia yang hidup pada hari ini,
di segenap empat penjuru bumi?

Sungguh, engkau langsung tidak mengetahui!

Wahai manusia,
apakah engkau mampu mengira,
berapakah banyaknya bilangan semut di dalam kamarmu?
Atau,
berapakah banyaknya bilangan nyamuk di seluruh lamanmu?
Atau,
berapa banyaknya kuman yang sedang terapung-apung di udara negerimu?

Sungguh, engkau tidak akan mampu!

Wahai manusia,
andai semudah mengira itu pun engkau tidak mampu,
maka usahlah engkau sombong dengan ilmu.
Kerana pada hakikatnya,
ilmu itu bukanlah daripada engkau,
tetapi ilmu itu daripada Yang Maha Mengetahui,
ilmu itu daripada Dia Yang Mengetahui jawapan bagi segala persoalan,
kerana hakikatnya soalan itu pun bersumberkan Dia,
maka sembahlah Dia,
tundukkanlah dirimu di hadapan-Nya dengan penuh hina,
kerana Dia-lah Rabbul-‘Alamin,
kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


Karya:
Al-Faqir ilaLlah Al-Ghaniy,
‘Abdullah ibn ‘Abdullah al-Maliziy.

Friday, 24 April 2009

BANTAH KENYATAAN NAZRI DAN KEPUTUSAN KABINET

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.
Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, ada dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.
Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Mesej ini diambil daripada laman http://membelaislam.wordpress.com. Panjangkan mesej ini. Ayuh kita pertahankan hak dan kemurnian agama Islam yang kita cintai. Sampai mesej ke seluruh negara: bahawa kita membantah keputusan kabinet yang terbaru tentang hal pertukaran agama itu!

Thursday, 23 April 2009

BICARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH

Membicarakan keistimewaan baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sudah tentu adalah merupakan antara keutamaan kita pada hari ini. Dalam keadaan di mana umat Islam pada hari ini begitu sibuk dengan urusan ekonomi dan sosio-politik, adalah penting untuk usaha bagi memartabatkan kedudukan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sebagai rujukan yang terbaik serta contoh ikutan yang terulung itu dilakukan. Sesungguhnya ramai di kalangan umat ini yang sudah tidak mengenali Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dengan sebenar-benarnya, dan hal inilah yang menjadi salah satu faktor yang mendorong kebanyakan di kalangan umat ini untuk menjadikan tokoh-tokoh Barat sebagai “role model” mereka. Secara umumnya, tidaklah salah untuk kita menjadikan tokoh-tokoh Barat atau tokoh-tokoh lain yang kontemporari sebagai “role model” dan contoh ikutan; tetapi hal itu menjadi salah apabila kita tidak meletakkan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam pada kedudukannya yang betul. Contohnya, apabila kita lebih mengenali dan mengagumi tokoh-tokoh lain berbanding Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, maka itu menggambarkan ketiadaan adab dalam diri kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada ‘aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Antara keistimewaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah baginda merupakan seorang yang sangat luas ilmunya. Salah satu sifat wajib bagi Rasul adalah fatanah (bijak). Maka, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah merupakan manusia yang paling bijak serta paling luas ilmunya. Dalam menggambarkan keluasan ilmu Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, Wahab bin Munabbih berkata bahawa beliau telah membaca 71 buah kitab dan suhuf yang ditanzilkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, dan beliau mendapati bahawa perbandingan kecerdikan seluruh manusia lain dengan kecerdikan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah umpama sebutir pasir dengan seluruh pasir-pasir yang ada di bumi ini. Dalam salah sebuah hadith baginda juga ada menyebut bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dengan kunci segala ilmu pengetahuan, kecuali tentang lima perkara yakni pengetahuan yang tepat tentang Hari Kiamat, tentang penurunan hujan, tentang hakikat janin dalam rahim si ibu, tentang apa yang dilakukan olehnya atau oleh sesiapa sahaja pada keesokan harinya, serta tentang tempat di manakah ia akan meninggal dunia. Maka selain daripada lima perkara tersebut, segala-galanya termasuk di dalam pengetahuan dan ilmu Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang merupakan kurniaan daripada Allah ‘azza wa jalla.

Begitulah salah satu daripada begitu banyak keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Mengenali dan menghayati hakikat keistimewaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ini pasti akan menjadikan keimanan kita lebih kuat, serta akan mengukuhkan lagi jatidiri kita sebagai seorang Muslim yang sejati. Pentingnya juga kita mengenali Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, agar kita memahami dengan sebenar-benarnya bahawa pada hakikatnya tidak ada manusia yang layak untuk kita letakkan seganding atau setaraf dengan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Justeru, saya menjemput saudara dan saudari sekalian untuk menghadiri kuliah di Surau Kemensah Heights pada setiap hari Selasa, bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Kuliah tersebut disampaikan oleh al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, dan buat masa ini beliau akan mengupas kitab yang diterjemahkan oleh beliau kepada tajuk “40 Hadith Keistimewaan Rasulullah”, karangan Abu Al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad Al-Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani. Jemputlah hadir beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, dipersilakan menghubungi saya.

Semoga Allah merahmati kita semua, dengan berkat dan kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Friday, 17 April 2009

Jangan Angkuh Dengan Ilmu

Geram dan marah dirasakan apabila mendengarkan ada ‘penceramah agama’ mengeluarkan kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong; lebih menggeramkan apabila kenyataan itu dibuat dalam keadaan menyandarkan diri mereka sebagai pendokong “ahli sunnah wal jama’ah”, sedangkan pada hakikatnya mereka tidak memahami asas-asas aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Jika tidak kerana mengenangkan bahawa guru saya juga belum pernah menyebut nama individu apabila membidas kenyataan-kenyataan serta fahaman-fahaman yang tidak betul ini, maka pasti akan saya sebut nama individu tersebut, serta nama mereka yang berfahaman sealiran dengannya di sini dan akan saya ganyang namanya habis-habisan.

Saya sangat marah dengan geram dengan kenyataan angkuh yang mereka keluarkan: bahawa kita selaku umat Islam pada hari ini tidak perlu merujuk kepada “syeikh”, tetapi sebaliknya cukup sekadar merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dengan penuh angkuh mereka menyatakan bahawa umat pada hari ini tidak memerlukan kepada “syeikh”. Hal ini demikian, kerana menurut fahaman mereka, bahawa “syeikh” ini akan banyak mengajar kepada kesesatan, yakni perkara-perkara yang menyimpang jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Ya Allah! Semoga Allah mengampunkan mereka serta membuka pintu hati mereka untuk menerima cahaya Hidayah bagi menunjuki mereka kebenaran hakiki.

Mereka menggunakan ayat Al-Qur’an berikut sebagai dalil mereka bagi mengatakan bahawa tidak perlu untuk kita merujuk kepada “syeikh”, yakni tuan-tuan guru yang mendidik hati-hati kami ini.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa’, ayat 59)

Disebabkan oleh dalam ayat Al-Qur’an ini ada menyatakan supaya kita kembali merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah apabila ada perselisihan pendapat, maka dengan mudahnya mereka mengatakan bahawa kita tidak perlu kepada “syeikh” sebagai rujukan. Ya Allah! Apabila kita renungi secara rasional dan teliti, ternyata kenyataan itu adalah terlalu angkuh dan malah kenyataan tersebut dengan sendirinya bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah. Saya bukanlah seorang ulama, tetapi saya hanyalah seorang penuntut ilmu yang faqir. Justeru, saya hadirkan di sini beberapa hujah mudah yang merupakan butir-butir mutiara yang saya kumpulan daripada pengajaran tuan guru yang saya kasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, ayat 43)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:
...Katakanlah, ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala juga, yang lebih kurang maksudnya:
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 43)

Kemudian, terdapat juga beberapa hadith yang menunjukkan kepada kita tentang keutamaan orang yang berilmu, sekaligus mengajar kita betapa perlunya kita merujuk dan berguru dengan mereka. Hadith-hadith ini saya petik daripada kitab Mukhtasar Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali yang merupakan ringkasan kepada karya monumental beliau yakni Ihya’ ‘Ulumuddin.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Para ulama adalah waris para nabi.

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: “Manusia yang darjatnya paling dekat pada kenabian adalah ahli ilmu dan ahli jihad. Adapun ahli ilmu kerana mereka telah menunjukkan manusia pada apa yang dibawa Rasul. Sedangkan ahli jihad kerana mereka telah memperjuangkan dengan pedang mereka apa yang dibawa Rasul.

Ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:
Seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang kerana perantaraan kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.

Nah, ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith yang dinyatakan di atas menjadi hujah dan dalil tentang kemuliaan golongan ulama, dan inilah para “syeikh” yang dikatakan oleh mereka yang tidak mengerti itu sebagai ‘orang yang kita tidak perlukan’. Memang benar kita perlu merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Namun, persoalannya, siapakah yang akan mengajar kita isi kandungan Al-Qur’an dan As-Sunnah, kalau bukan tuan-tuan guru kita tersebut? Apakah kita ini semua sudah begitu hebat dan mantap ilmu kita sehingga kita mampu untuk merujuk secara langsung kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith? Apabila ada pihak yang merasakan bahawa kita tidak memerlukan kepada “syeikh” ini, maka ternyata mereka adalah pihak yang sombong dan angkuh dengan ilmu! Golongan seperti ini seolah-olah merasakan bahawa ilmu agama mereka sudah begitu mantap. Ya Allah!

Seterusnya, perlu dipersoalkan juga, apakah dengan merujuk kepada tuan-tuan guru ini bererti kita tidak merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah? Tuan-tuan guru (masyaikh) kami ini juga merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Malah, disebabkan oleh adab mereka dalam menuntut ilmu, maka ilmu dan pengetahuan mereka begitu luas sehingga tidak mungkin sama dengan taraf keilmuan yang ada pada mereka yang menentang adab-adab dengan ilmu ini. Dengan adab yang ada pada mereka, para masyaikh kami ini mempunyai susur-galur ilmu (sanad) yang bersambung-sambung sehingga sampai kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Malah, ada di antara guru-guru kami yang mulia ini diberikan nikmat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk belajar secara langsung daripada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui cara-cara yang tidak mungkin mampu difahami oleh golongan yang angkuh tersebut.

Mungkin di kalangan mereka yang angkuh ini berpandangan bahawa para masyaikh ini banyak mengamalkan perkara-perkara yang tidak ada sandaran dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Persoalannya, apakah mereka yang angkuh itu sudah mengetahui dan membaca semua hadith Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang wujud di dunia ini? Kemudiannya, adakah mereka itu mencukupi kelayakan mereka untuk memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan sendiri tanpa perlu merujuk kepada para masyaikh yang mempunyai keluasan ilmu? Begitu juga, apakah mereka sudah mempunyai kelayakan yang betul-betul mantap sehingga mereka mampu untuk menentukan kedudukan sesuatu hadith? Jika setakat merujuk kepada beberapa sumber yang sangat sempit seperti tulisan-tulisan Al-Albani, maka ternyatalah bahawa para masyaikh kami yang rata-rata mempunyai ijazah dan sanad hadith yang bersambung-sambung sehingga sampai kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam lebih wajar untuk dirujuki dan didengari.

Proses merujuk kepada “syeikh”, yakni proses berguru, adalah merupakan satu adab yang penting dalam menuntut ilmu. Atas sebab itulah, andaikata kita meneliti dan memperhalusi peristiwa Isra’ dan Mi’raj, maka kita akan mendapati bahawa itulah antara inipati pengajaran yang boleh diperolehi daripada peristiwa luarbiasa tersebut. Bayangkan, sepanjang Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam berkembara dalam peristiwa tersebut, baginda ditemani malaikat Jibril a.s.. Secara logiknya, apakah mungkin Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tersesat dalam perjalanan tersebut sekiranya tidak ditemani Jibril a.s.? Sudah tentu tidak, kerana yang memperjalankan baginda adalah Allah Subhanahu wa ta’ala. Namun, salah satu tujuan malaikat Jibril a.s. menemani Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah sebagai simbolik bagi mengajar mesej bahawa dalam perjalanan menuju Allah Subhanahu wa ta’ala, kita perlukan pembimbing dan pendidik.

Justeru, saya menasihati diri saya sendiri dan semua umat Islam yang membaca penulisan ini: buanglah jauh-jauh rasa sombong, takabbur dan angkuh. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang itu menjadi takabbur apabila ia merasakan dirinya lebih mulia daripada seekor anjing. Contohilah para sahabat seperti Umar al-Khattab r.a. yang begitu menghormati Abu Bakar as-Siddiq r.a. kerana menyedari hakikat kedudukan dirinya jika dibandingkan dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a. Sedarilah bahawa sombong itu adalah pakaian Allah Subhanahu wa ta’ala. Oleh sebab itu, barangsiapa yang bersikap dengan kesombongan maka ia berdosa besar!

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala mengampuni dosa kita semua serta terus mengurniakan cucuran Rahmat-Nya serta limpahan Hidayah-Nya yang tidak putus-putus kepada kita semua.

Wallahu’alam.

Thursday, 16 April 2009


Suasana sekitar sambutan Maulidurrasul Perdana & Haul Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani secara besar-besaran di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Friday, 10 April 2009

MENZIARAHI TOKOH NEGERI SARAWAK

Dengan izin dan Rahmat daripada Allah Subhanahu wa ta’ala, malam semalam (9 April 2009) saya berkesempatan menziarahi tuan guru yang dikasihi, al-Fadhil Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon. Beliau berada di rumah anak beliau di Kota Kemuning, Shah Alam di atas tujuan perubatan. Di dalam usia yang semakin meningkat serta keadaan kesihatan yang semakin tidak sihat, al-Fadhil Ustaz Awang Pon memang kerap berulang-alik antara Kuching dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di sini. Syukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan izin-Nya saya berpeluang untuk menziarahi Ustaz Awang Pon setelah sekian lama tidak berjumpa. Setelah berhijrah untuk menetap di Kuala Lumpur semenjak penghujung tahun 2006, memang jarang saya berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau.

Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, khususnya di kalangan generasi muda di Sarawak. Namun beliau adalah seorang tokoh yang sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam di negeri Sarawak begitu besar, tidak tertanding oleh kami yang mengaku menjadi pendakwah dan pejuang agama ini. Beliau merupakan bekas Hakim Mahkamah Syarie Negeri Sarawak. Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan pembukaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di negeri Sarawak. Zaman muda beliau memang dihabiskan dengan perjuangan dan dakwah. Ketika menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir, beliau merupakan Yang Di-Pertua persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir (yang kini dikenali dengan nama PMRAM). Antara yang seangkatan dan pernah bersama-sama dengan beliau adalah Menteri Besar Kedah ketika ini, dan juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini. Allah Subhanahu wa ta’ala menzahirkan kemuliaan beliau kerana beliau sering kali diziarahi oleh tokoh-tokoh agama daripada seluruh Malaysia dan daripada seluruh dunia, biarpun umat Islam yang kurang sensitif dengan hal-ehwal agama di negeri Sarawak dan di negara ini mungkin tidak mengenali beliau. Malah, ulama’ tersohor dunia Islam, Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki juga pernah mengunjungi dan menziarahi beliau.

Malam semalam saya bersama tiga orang rakan (semuanya orang Sarawak) membuat temujanji saat akhir dengan beliau. Maklumlah, peluang berjumpa dengan tokoh seperti ini tidak harus dilepaskan. Syukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, biarpun saya sudah tidak mengingati jalan untuk ke rumah anaknya di Shah Alam, perjalanan kami telah dipermudahkan dan kami tiba di kediaman anak beliau tepat-tepat jam 9.00 malam seperti yang dijanjikan. Saya masih teringat kata-kata Ustaz Awang Pon semasa saya memegang amanah sebagai Yang Di-Pertua PERKEPIS satu ketika dahulu, dan kata-kata itu memang melekat dalam hati dan saya tidak dapat lupakan; beliau pada ketika itu menegur kami yang lewat hadir untuk sebuah mesyuarat yang penting, dan beliau memperli dengan menyatakan bahawa seandainya umat Islam pada hari turun ke medan perang, pasti umat Islam akan kalah kerana barisan tenteranya datang lambat!

Di rumah anaknya, kami berborak panjang. Bertanya khabar dan sebagainya; dan ternyata Ustaz Awang Pon memang mengikuti perkembangan kami melalui blog, emel dan sahabat-sahabat yang lain. Ingatan beliau cukup kuat walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu. Kami banyak berbincang tentang situasi di Sarawak, khususnya tentang ruang dan peluang dakwah. Ustaz Awang Pon banyak memberikan pandangan, nasihat serta motivasi tentang gerak kerja dakwah di Sarawak yang perlu kami gerakkan. Beliau juga sedikit sebanyak berkongsi dengan kami beberapa pengalaman beliau ketika masih aktif dalam Majlis Islam Sarawak. Rupa-rupanya, rancangan ceramah agama yang sering disiarkan setiap kali sebelum azan Maghrib dalam bulan Ramadhan adalah dimulakan dan dicetuskan ideanya oleh beliau. Subhanallah, semoga Allah terus merahmati beliau.

Saya telah menghadiahkan kitab terbaru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki, “Tafsir Surah Nabi: Tafsir Ad-Dhuha & Al-Insyirah” kepada Ustaz Awang Pon. Ternyata, sebagai seorang ulama yang mengalir di dalam dirinya jiwa pendakwah dan aktivis umat, tidak akan lekang daripada mengikut perkembangan semasa. Ustaz Awang Pon memang mengetahui tentang Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki, malah ada menyimpan beberapa keratan akhbar tentang Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki. Ustaz Awang Pon mengagumi beliau kerana dalam usia yang begitu muda telah menghasilkan ratusan kitab, termasuk ada yang dikarang dalam bahasa Arab. Jika kesihatan beliau mengizinkan, Ustaz Awang Pon menyatakan hasrat beliau untuk menziarahi Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki.

Kami beredar daripada kediaman anak beliau sekitar jam 10.30 malam, setelah selesai mengambil gambar, seperti biasa. Memang sudah menjadi kebiasaan Ustaz Awang Pon untuk bergambar dengan para tetamu, khususnya yang sudah lama tidak ditemui. Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala terus mengurniakan Rahmat-Nya ke atas al-Fadhil Ustaz Awang Pon Awang Sebon.

Wallahu’alam.



Thursday, 9 April 2009

Senarai Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan barisan kabinet kerajaan Malaysia bagi tahun 2009. Dalam suasana politik dan ekonomi yang serba tidak stabil dan tidak menentu, barisan kabinet kali ini, pada pandangan saya, adalah merupakan barisan kabinet yang akan meyakinkan. Ada banyak orang diletakkan pada tempat yang betul. Hal ini pastinya memberikan harapan yang lebih besar agar pentadbiran negara ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Benar, masih ada kelemahan dan kekurangan dalam pelantikan barisan kabinet ini; tapi tidak perlulah hal itu sehingga kita mengabaikan bahagian yang baik dan positif. Jangan sampai kutu di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak.

Sekarang ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan bagaimana prestasi barisan kepemimpinan baru negara kita ini. Dalam masa yang sama, marilah kita memberikan sokongan, bantuan, teguran dan kritikan yang membina, bukan semata-mata mencerca dan menghina kerana tanggungjawab membina negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah Subhanahu wa ta’ala akan terus mengurniakan hidayah dan melimpahkan Rahmat-Nya ke atas para pemimpin negara ini.

Saya melihat sinar yang cukup cerah untuk dasar PPSMI akhirnya dihapuskan; dan kita akan kembali ke landasan yang betul untuk memartabatkan bahasa Melayu, sekaligus membangunkan bangsa menjadi bangsa kelas pertama. Begitu juga saya melihat sinar yang cerah untuk perkembangan Islam melalui barisan kerajaan kali ini. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan.


Senarai Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan
1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M Saravanan

Suasana di Majlis Maulidurrasul Perdana As-Sofa


Sedutan suasana ketika Majlis Sambutan Maulidurrasul Perdana 1430H di Kompleks Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan pada 4 April 2009 yang lalu.

Wednesday, 8 April 2009

Maulidurrasul: Persoalan Yang Masih Belum Selesai

Persoalan tentang sambutan Maulid Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ternyata belum selesai. Masih ada suara-suara yang mempersoalkan pihak yang giat mengadakan program sambutan Maulidurrasul. Paling kurang menyenangkan adalah apabila ada yang mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itu sama seperti kita sebelum baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Saya bukanlah seorang ulama, tetapi sekadar menghadirkan hujah-hujah para ulama Islam yang bersandarkan kepada dalil Al-Qur’an dan Al-Hadith sebagai mendokong kewajaran mengadakan sambutan Maulidurrasul. Apa yang penting adalah, kalaupun ada yang enggan menyambut Maulidurrasul, maka janganlah disalahkan atau dikritik pihak yang ingin menzahirkan kecintaan mereka yang mendalam terhadap Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Pertamanya, harus kita fahami bahawa mencintai Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itu dengan kecintaan yang mendalam, mengatasi kecintaan kita kepada segala yang lain, adalah merupakan satu keutamaan; malah, menjadi pra-syarat lengkapnya keimanan seseorang itu. Di dalam sebuah hadith ada diterangkan dengan jelas kewajipan mencintai Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Daripada riwayat Anas r.a., Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang maksudnya:
Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)

Hadith di atas hanyalah salah satu daripada begitu banyak ayat Al-Qur’an, Hadith serta kisah para salafussoleh yang dijadikan hujah dan sandaran bagi menunjukkan kepada kita betapa mencintai Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itu adalah merupakan satu kewajipan buat kita. Namun, seterusnya ada juga hujah-hujah yang menyatakan bahawa kita tidak perlu terlalu ekstrim dalam menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, dengan alasan bahawa baginda adalah manusia biasa seperti kita sebelum baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Kenyataan ini juga tidak tepat.

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah insan yang sangat mulia. Kemuliaan baginda mewajarkan kita untuk menzahirkan kecintaan dan kasih kita kepada baginda secara bersungguh-sungguh, secara ekstrim. Ada banyak dalil yang boleh dijadikan bukti tentang kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang cukup hebat. Seorang ulama yang cukup hebat berasal daripada Tonjah, al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Muhaddith as-Sayyid Abu al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani mengarang sebuah kitab yang memuatkan 40 hadith tentang keistimewaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Dalam kitab itu ditunjukkan bahawa kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bermula sejak alam roh lagi.

As-Sayyid Abu al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani menyebut bahawa Abu al-Husin ibnu Bisyran telah meriwayatkan sebuah hadith melalui jalan Ibnu al-Jauzi dalam kitab “al-Wafa bi Fadhail al-Mustafa” dengan lafaz yang bermaksud:
Setelah Allah menjadikan bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya kea rah (bahan-bahan) langit, lalu diciptakan tujuh langit dengan sempurna. Setelah itu, Allah menjadikan ‘Arasy, dan menulis pada tiang ‘Arasy “Muhammad Utusan Allah, Penutup Para Nabi”. Dia juga mencipta syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa, lalu Dia menulis namaku pada pintu-pintu, daun-daun, kubah-kubah dan khemah-khemah syurga; sedangkan ketika itu Adam masih berada (dalam proses kejadiannya) di antara ruh dan jasad. Setelah Adam dihidupkan oleh Allah, dia memandang kepada ‘Arasy, maka dia melihat namaku. Lalu Allah memberitahu kepada Adam, ‘Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah penghulu keturunanmu.’ Ketika mereka (Adam dan Hawa) berjaya diperdayakan oleh syaitan, mereka bertaubat dan memohon syafa’at dengan (perantaraan dan keberkatan) namaku kepadaNya.” (Beliau mengatakan bahawa isnad riwayat ini adalah kuat.)

Nah, hadith itu sahaja sudah menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah seorang yang sangat mulia. Justeru, mana mungkin kita mengatakan bahawa baginda sama seperti kita sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul? Kerana kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah dipasakkan semenjak awal penciptaan manusia lagi. Malah, dengan sebab kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itulah maka Allah Subhanahu wa ta’ala mengampunkan Nabi Adam a.s., yakni apabila Nabi Adam a.s. berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dengan keberkatan nama Muhammad.

Dalam salah sebuah hadith yang lain yang menceritakan tentang kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam; daripada Anas bin Malik r.a. berkata, sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
Allah Subhanahu wa ta’ala mewahyukan kepada Musa a.s., Nabi Bani Israil, bahawa: ‘Sesiapa menemuiKu dalam keadaan menentang kenabian dan kerasulan Ahmad, nescaya Aku akan memasukkannya ke dalam neraka.’ Nabi Musa a.s. bersabda, ‘Wahai Tuhanku! Siapakah Ahmad itu?’ Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman, ‘Tidak Aku jadikan seorang makhluk yang lebih mulia daripadanya. Aku menulis namanya di samping namaKu di ‘Arasy sebelum Aku menjadikan langit dan bumi. Sesungguhnya syurga diharamkan ke atas sekalian makhlukKu sehinggalah dia memasukinya terlebih dahulu dan juga umatnya.’...[hingga akhir hadith]” (Riwayat Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah)

Hadith ini adalah antara dalil yang menjadi pegangan ahli sunnah wal jama’ah bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah merupakan makhluk Allah Subhanahu wa ta’ala yang paling mulia! Baginda lebih mulia daripada Sayyidina Jibril a.s., baginda lebih mulia daripada ‘Arasy Allah, baginda lebih mulia daripada Kaabah; maka, apatah lagi bandingan baginda dengan seluruh manusia lain. Apakah ini tidak mewajarkan kita untuk memuliakan baginda dengan bersungguh-sungguh, dengan menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul dan sebagainya? Banyak lagi hujah dan dalil lain yang menunjukkan tentang kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, yang membuktikan bahawa kita tidak boleh mengatakan bahawa Rasulullah itu sama sahaja seperti kita sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Kelahiran baginda sudah menjadi bukti; betapa kelahiran baginda yang mulia tidak sama seperti kelahiran seorang manusia lain pun. Lahirnya baginda dalam keadaan telah berkhatan; lahirnya baginda dalam keadaan bersujud; lahirnya baginda dengan memancarkan cahaya yang menerangi seluruh alam! Itulah kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Dalam majlis sambutan itu dibacakan Qasidah, disebut selawat banyak-banyak, diceritakan kisah kelahiran dan kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Seperti yang disebut oleh tuan guru yang saya kasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki bahawa memuliakan dan mengagungkan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah perkara yang dilakukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala sendiri, maka sudah tentu itu satu tugas yang mulia dan utama untuk dilakukan oleh kita selaku hambaNya. Malah, memuliakan dan mengagungkan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah merupakan satu perkara yang disukai oleh baginda sendiri. Hal ini sepertimana yang ditunjukkan oleh baginda tatkala bapa saudaranya, Sayyidina ‘Abbas r.a. meminta izin kepada Rasulullah untuk memuji baginda. Rasulullah tidak melarang, bahkan mempersilakannya dan mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala tidak akan membinasakan mulutnya; hal itu kerana mulut beliau digunakan untuk memuji kekasih Allah Subhanahu wa ta’la yakni al-Mustafa, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Bagaimanakah pujian Sayyidina ‘Abbas r.a.? Saya memetik sebuah hadith yang termuat dalam kitab Maulid ad-Daiba’ie karangan Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ad-Daiba’ie. Hadith tersebut memuatkan kisah dan pujian yang disyairkan oleh Sayyidina ‘Abbas r.a. di hadapan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, yang berkenaan dengan konsep Nur Muhammad yang ditolak oleh sesetengah pihak disebabkan ceteknya ilmu.

Daripada ‘Abdullah ibnu ‘Abbas r.a., berkata Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
Sesungguhnya Quraisy (Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam) dahulu adalah berupa Nur di hadapan Allah ‘azza wa jalla (di antara kudrat dan iradatNya), yakni dua ribu tahun sebelum Dia mencipta Nabi Adam a.s. Nur tersebut sentiasa bertasbih kepada Allah. Dan dengan bacaan tasbihnya itu, para malaikat pun ikut bertasbih kepada-Nya. Maka tatkala Allah mencipta Nabi Adam a.s., dititipkanNya Nur tersebut pada tanah liat yang menjadi asal ciptaannya. Kemudian Allah ‘azza wa jalla telah menurunkan aku (Nur tersebut) ke bumi dalam tulang belakang Nabi Adam a.s. Dan aku telah dibawa belayar juga di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. yang di saat itu aku berada di dalam sulbi (tulang belakang)nya. Lalu aku diletakkan pula di dalam sulbi Nabi Ibrahim a.s. ketika ia dilemparkan ke dalam ganasnya kobaran api Raja Namrud. Allah ‘azza wa jalla sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci ke dalam rahim-rahim yang bersih lagi megah, sehinggalah Allah mengeluarkan aku (dengan kelahiran jasad) dari ibubapaku yang kedua-duanya tidak pernah melakukan zina sama sekali.

Hal di atas menjadi isi kandungan pujian Sayyidina ‘Abbas r.a.; bahawa bahtera Nabi Nuh a.s. itu terselamat daripada banjir besar disebabkan adanya Nur Muhammad di atas bahtera itu; begitu juga Nabi Ibrahim a.s. terselamat daripada dibakar dek api yang ganas dengan sebab adanya Nur Muhammad. Maka puji-pujian yang diberikan oleh Sayyidina ‘Abbas itu tidak langsung ditegah oleh baginda, sebaliknya baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam amat menyukainya. Oleh sebab itulah wajar untuk kita meraikan dan memuliakan hari kelahiran baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dengan meriah, sebagai menzahirkan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Janganlah sampai ke tahap kita menghina dan merendah-rendahkan martabat baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam kerana sesiapa yang menyakiti hati baginda, azab yang besar menantinya sepertimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-57.

Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap apa yang dibuat oleh para ulama, khususnya daripada kalangan sufi, tentang sambutan Maulidurrasul. Seharusnya, mereka lebih berlapang dada dan menyelidik secara terperinci. Kadang-kadang, antara alasan yang digunakan untuk mengkritik amalan-amalan yang dilakukan adalah kerana ‘tidak wujud’ hadith yang menyatakan wujudnya amalan seperti itu. Saya cuma menghadirkan dua respon mudah bagi tuduhan seperti ini. Pertama, adakah pihak yang menyatakan ‘tidak wujud’ hadith tentang sesuatu amalan itu telah mengetahui dan membaca semua hadith Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang wujud di dunia ini? Sedangkan para sahabat baginda pun tidak mengetahui semua hadith baginda, apatah lagi kita pada hari ini. Kerana itu kita harus belajar untuk berlapang dada dan bersikap seperti ahli ilmu yang benar sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan para sahabatnya. Kedua, tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam itu tertolak dalam Islam. Selagimana amalan itu tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ‘aqidah dan syariat dalam Islam, serta didokongan dengan pendapat serta pandangan para ulama, maka sudah tentu sesuatu amalan itu boleh dilakukan.

Berdoalah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar mencurahkan Rahmat-Nya kepada kita serta mengekalkan kita di atas landasan kebenaran, yakni jalan yang lurus menuju Allah Subhanahu wa ta’ala.

Mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan.

Wallahu’alam.

Sunday, 5 April 2009

A MEANINGFUL DAY

This blog doesn’t really serve as a journal. However, yesterday was one of the most meaningful days in my life that it just has to be jotted down here in my blog. I was lucky enough to drive and accompany a great scholar who originates from India, and is having his first trip to Malaysia. He is Syeikh Dr. Muhammad Akram An-Nadwy from the Oxford Center for Islamic Studies. Syeikh Dr. Muhammad Akram An-Nadwy (Syeikh Akram An-Nadwy), as the title “An-Nadwy” would suggest, is one of the better students of the prominent Islamic scholar, Syeikh Abu Hassan Ali Al-Hasani An-Nadwy. Syeikh Akram An-Nadwy happens to be one of the great scholars of hadith in the world today. His magnum opus is a forty-volume Arabic work on female hadith scholars, each volume extending to 700 pages thick.

During our short time spent together in the car, Syeikh Akram An-Nadwy shared a lot about Oxford, about his life in England, about his life with Syeikh Abu Hassan Ali An-Nadwy in Nadwatul-Ulama in India; he even talked about his work on female hadith scholars, about how even the greatest names in the discipline of ‘ulum al-hadith like Az-Zuhri had female teachers. This shows, he said, that in terms of knowledge, men and women in Islam have the same capacity, opportunity and responsibility. When he came to that, Syeikh Akram An-Nadwy even shared his previous day experience engaging with Sisters in Islam (SIS); he said that most feminists, secular Islamists, had prejudiced idea about Islam and is looking at problems from the wrong perspective. Usually they look to the Western world for solutions when the reality is, actually, the number of women-related problems such as divorce and domestic violence in the Western world is far higher than what we have in the Islamic world. Syeikh Akram An-Nadwy did mention an institution to which we can refer about those figures, but unfortunately I don’t think I remember the name. Hey, I was driving!

Anyway, we (I wasn’t the only one accompanying him, there were three of us with him) took Syeikh Akram An-Nadwy on a short and quick look around Kolej Dar al-Hikmah and SERI ABIM at Sungai Ramal Dalam, before we went to Yayasan Al-Jenderami in Jenderam, Selangor. Yayasan Al-Jenderami is a pondok-like institution, a modern one though, of which the name I’ve heard so many times before but yesterday with Syeikh Akram An-Nadwy was my first time there. Alhamdulillah, again and again Allah gives His blessings. When we arrived there, I was already attracted to the place. It’s such a nice place, filled with the feeling – the ‘aura’ – of a blessed place. The hospitality was just too welcoming; I can’t help but feel embarrassed by the warm welcome, too much for me to deserve I guess. When I browsed through their gallery, looked at the pictures of the Islamic scholars who have visited Yayasan Al-Jenderami, I understood very well why there’s such a strong feeling to that place. Almost every prominent Islamic sufi-scholar who I know of have been there! Subhanallah.

After being given a quick tour around the place, we were taken to meet with the advisor and mudir of Yayasan Al-Jenderami, Syeikh Hj. Mohd. Hafidz Bin Selamat. Syeikh Akram An-Nadwy presents Syeikh Hj. Mohd. Hafidz with some of his books and they talked for an hour or so, on their respective schools, their method of teaching, and on some issues pertaining to the Muslim world. About half an hour before Zuhur, the people at Yayasan Al-Jenderami gave us two rooms – one for Syeikh Akram An-Nadwy and for us the escorts – to rest before making our way later to Rembau. Masya’Allah, they have their own hotel! Well, it’s an Inn perhaps, but their rooms are of hotel standard.

After having a late lunch, we departed for Yayasan As-Sofa in Rembau. We’ll be attending a formal Maulidurrasul celebration there; it’s an event I’ve been looking forward to since during the actual Maulidurrasul date, I was in Miri and was unable to attend the main celebration with Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki (Syeikh Fuad Al-Maliki). We arrived at Yayasan As-Sofa earlier; and while waiting for the program to start, and while entertaining Syeikh Akram An-Nadwy, he (Syeikh Akram An-Nadwy) gave us his ijazah. He read to us the hadith musalsal bi-awwaliyyah and granted us with his ijazah, and explained a little bit to us about the ijazah. Alhamdulillah.

Later in the evening, after reciting the Maulid ad-Daiba’ie, we were joined by Dr. Abdul Razak ibn Abdul Rahman As-Sa’di Al-Hasani, an Islamic scholar from Baghdad but currently teaching at the International Islamic University of Malaysia (IIUM) in Gombak. He granted us with the ijazah of a ‘tsulasiyyat’ hadith from Sahih Bukhari. A ‘tsulasiyyat’ hadith is a hadith which has only three narrators (rawi) from Imam Bukhari to Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. It is a very strong hadith, in which Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam mentions that whoever lies upon his words (alledging that some words are from Rasulullah when the fact is it isn’t) then that person will be sent into hellfire. Dr. Abdul Razak As-Sa’di Al-Hasani gave the ijazah to all those who attended that Maulidurrasul celebration. Alhamdulillah.

Finally, the event at night was the best of all. Not just because it was attended by the King of Negeri Sembilan, but because of the gathering of people in the name of love towards Prophet Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam. The gathering of several Islamic sufi-scholars, surely made the event a blessed one. There was Syeikh Akram An-Nadwy, Dr. Abdul Razak As-Sa’di Al-Hasani, and of course Syeikh Fuad Al-Maliki. Then, midway through the event, Syeikh Sayyid Afeefuddin ibn Sayyid Abdul Qadir Mansuruddin Al-Gaylani, a great Iraqi Islamic scholar, arrived. Dr. Abdul Razak As-Sa’di Al-Hasani and Syeikh Sayyid Afeefuddin Al-Gaylani both later on delivered their speech for the Maulidurrasul celebrations, but it was Syeikh Fuad Al-Maliki’s speech which made my day.

Syeikh Fuad Al-Maliki elaborated on Syeikh Sayyid Afeefuddin Al-Gaylani’s speech. He mentioned and stressed on how exalted Prophet Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam is, and that he is not and must not be put at the same level as other human beings. He is not just a typical human being; Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam is in fact the most distinguished and honoured of all creation. Praising the most distinguished of Allah’s creation, celebrating his birthday, singing words of praise, can only be an honourable deed then. Syeikh Fuad Al-Maliki also mentioned about the love of the Prophet towards us – his ummah. Syeikh Fuad Al-Maliki elaborates a little bit on Surah Ad-Dhuha, the love of Allah Subhanahu wa ta’ala towards Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, and the love of the Prophet towards us. It touches our hearts, and it made me feel how lucky I am to become an ummah for Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. It is a blessing which is worth much more than the whole world. May Allah bless our Syeikh!

Syeikh Akram An-Nadwy with Syeikh Hj. Mohd. Hafidz and us.

Syeikh Akram An-Nadwy with Dr. Yusri Mohd., President of ABIM and Deputy Director of Yayasan Sofa.

Dr. Abdul Razak As-Sa'di Al-Hasani

Syeikh Sayyid Afeefuddin ibn Abdul Qadir Mansuruddin Al-Gaylani

Syeikh Akram An-Nadwy with the beloved Syeikh Fuad Al-Maliki

Saturday, 4 April 2009

KL INTERNATIONAL BOOK FAIR 2009

It’s mouth-watering, really. The KL International Book Fair is back! It’s the event where there will be lots and lots of books on sale. It’s the grandest book fair in Malaysia; and it’s heaven for book lovers and enthusiasts from all over Malaysia. It’s a must-attend event. I wonder how much should I spent for this book fair? Definitely, there would be dozens of good books on sale; especially those ‘rare’ writings which you wouldn’t stumble upon just by browsing through MPH or Kinokuniya. I’m looking forward to look for books written by previous grand scholars of the Islamic world like Al-Ghazali or Ibnu Arabi. Or I might try to look around and add up on my collection of Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas’ books, most of those which are hardly re-published and re-printed anymore. Anyway, everyone, let’s gear up and feast our intellectual-selves during this KLIBF 2009!

Information on KL International Book Fair 2009

Date:
17th – 26th April 2009
(they couldn’t pick a better date to start – it’s my birthday! - get the hint?)

Opening Hours:
Monday to Thursday: 10.00am to 7.00pm
Friday to Sunday, Public Holidays: 10.00am to 9.00pm

Venue:
Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur
(the usual, where else?)

For the full schedule of activities (besides the numerous book publishers and distributors who would be feasting us with the grandest book sales), go to this link.

See you there!

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

Akhirnya, setelah melalui suasana politik yang begitu terumbang-ambing sepanjang era pemerintahan Dato’ Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Setelah pelbagai spekulasi tentang pengambilalihan kerajaan oleh Pakatan Rakyat, tentang siapakah yang akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri, tentang bantahan di sana sini terhadap pelan peralihan kuasa dan sebagainya, akhirnya Dato’ Seri Najib Tun Razak menamatkan segala penantian – sekurang-kurangnya buat masa ini. Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana peralihan kuasa ini berlaku dalam keadaan aman dan lancar. Biarpun pelbagai kritikan dan persoalan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, harus kita fahami bahawa perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik. Pasti ada sebabnya kenapa setiap perkara itu berlaku. Paling tidak, harus kita fahami bahawa pemimpin itu adalah cerminan kepada kualiti dan realiti rakyat, apatah lagi dalam sistem demokrasi ini di mana rakyat lah yang mengangkat dan melantik seseorang pemimpin itu.

Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita menilai secara bersama, memberikan pandangan dan harapan, teguran, kritikan dan nasihat, serta sokongan dan dokongan kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini agar beliau dapat memimpin negara ini dengan sebaik-baiknya. Sudah tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan agar beliau dapat memimpin negara ini dengan adil dan amanah, dengan menjadikan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai tunjang kepimpinannya. Sama-sama kita mendoakan semoga Allah mengurniakan hidayah dan taufiq kepada beliau agar dapat membawa Malaysia ke arah perubahan yang lebih baik. Sama-sama kita hayati dan nilai di bawah ini teks ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak sempena penerimaan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.



Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen Y.A.Bhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah.

Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan Y.A.Bhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.

Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir, hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya. Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.

Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.

Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan pengajaran masa lalu.

Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik.

Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi DUA surat khabar serta membebaskan TIGABELAS tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.

Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.

Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.

Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini. Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini - bersama-sama.

Wallahu’alam.