Monday, 23 January 2012

Nak makan babi? Makanlah.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam dan ahli keluarga baginda yang mulia.

Saya teringat satu kisah benar yang pernah diceritakan oleh guru kami yang mulia, al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin al-Maliki, beberapa tahun yang lepas yang saya ingat kisahnya sampai ke hari ini. Kisah tersebut benar-benar telah membuka satu kotak pemahaman yang lebih jelas kepada saya tentang ‘aqidah. Kisah tersebut tentang seorang ustaz muda yang berdakwah di kampung orang asli. Kegigihan berdakwah ustaz tersebut membuahkan hasil apabila ada di kalangan orang asli tersebut yang menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, ustaz tersebut terkesima dan mengalami dilema apabila orang asli tersebut menyatakan:

“Ustaz, saya nak masuk Islam... tapi saya tak nak tinggalkan makan babi. Boleh tak?”

Saturday, 7 January 2012

The Etiquette of Seeking Knowledge

The Islamic tradition teaches us that both students of sacred knowledge and their teachers have lofty principles and refined codes of conduct that they must adhere to in order to ensure that they can truly achieve virtue through their knowledge and that God opens up for them (futūḥ) the full extent of wisdom and perception. From the most distinguished of these etiquettes (ādāb) that must accompany teaching and seeking knowledge are the following.


1) To have respect in one’s heart and exhibit reverence for gatherings of knowledge.


This is embodied in some of the following practices:



Monday, 26 December 2011

Isu Qazaf: Respon Ringkas Dr. Yusri Mohd

Tulisan di bawah dipetik daripada Facebook Dr. Yusri Bin Dato' Mohamad, dan saya telah menebalkan (bold) isi-isi yang saya rasakan penting dan signifikan.


Assalamualaikum,


Saya masih berada di Dubai. Tumpuan urusan lawatan kerja sedikit terganggu apabila mendapat panggilan 'Cikgu' Sidek Baba tentang kenyataan media WADAH bertarikh 19 Disember 2011 tentang DS Anwar Ibrahim dan isu Qazaf yang mengheret nama kami berdua. Di http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/74-info-wadah.html 

Secara tidak langsung, kenyataan ini menggambarkan bahawa seolah-olah kami berdua terlibat dalam melakukan jenayah Qazaf, tidak menghormati syarak dan melanggar hukum syarak dalam isu ini. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang berat. Saya belum sempat untuk membuat respons penuh kerana sedang bermusafir. 

Saya keberatan juga untuk memberi respons tetapi jika saya berdiam sahaja nanti ada yang menyimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah yang benar tanpa menyelidik lebih lanjut. Apabila pimpinan WADAH memilih untuk tiba-tiba membuat kenyataan secara terbuka maka terpaksalah penjelasan juga dibuat secara terbuka. Untuk rekod, sebagai bekas pimpinan tinggi ABIM, saya sudah cuba dan beberapa kali menawarkan untuk membincangkan isu ini dalam organisasi secara keluarga dan tertutup tetapi kurang sambutan terutamanya di pihak pimpinan WADAH.

Respons ringkasnya dahulu, saya berpandangan bahawa pimpinan WADAH sudah tersasar dalam memahami hukum Qazaf dalam Syariah Islam dalam kes Anwar-Saiful ini. Mereka harus mengkaji semula dan merujuk balik kepada pakar-pakar Syariah yang khusus dalam bidang ini. Janganlah kasih atau benci kita terhadap mana-mana orang atau kumpulan menghalang kita bersikap objektif dan berlaku adil.

Soal utamanya, adakah kes Anwar-Saiful suatu kes tuduhan zina/liwat biasa? Atau adakah ia kes seorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa zina/liwat yang melibatkan paksaan? Adalah jelas jika dilihat secara objektif bahawa ini bukan kes tuduhan zina/liwat daripada pihak ketiga terhadap mereka. Peguam negara hanya mewakili Saiful yg mendakwa sebagai mangsa. Jadi ini jelas bukan kes Zina/liwat yang hanya boleh dibuktikan dengan empat orang saksi. 

Kes ini lebih sesuai dikategorikan sebagai dakwaan rogol atau lebih tepatnya sebanding dengan kes-kes sumbang mahram atau gangguan seks oleh majikan di tempat kerja. Dalam kes-kes sebegini, beban buktinya dalam Islam tidak sama dengan dakwaan Zina/liwat. Bukan empat orang saksi. Bukan. Bukan. Kalau masih dituntut empat orang saksi ke atas seseorang yang mendakwa di rogol, atau jadi mangsa sumbang mahram ataupun gangguan seks di tempat kerja maka bayangkan akan mampukah mana-mana mangsa kes-kes tersebut mendapat pembelaan dan keadilan? Zalimlah Islam dan Syariah Islam! Sukar sangatkah untuk memahami hal ini?

Maka DS Anwar (dan WADAH?), dalam kes Saiful, tidak boleh berselindung di sebalik hukum empat orang saksi atau di sebalik hukum Qazaf. Mahkamah harus memberi peluang kepada Saiful untuk membentangkan apa-apa bukti lain yang diiktiraf syarak dalam kategori Bayyinah atau Qarinah kalaupun bukan saksi mata (Syahadah). 

Itulah intipati sikap saya dalam hal ini. Apabila balik nanti saya akan berbincang lebih lanjut dengan Prof Dato' Dr Sidek Baba tentang apakah langkah susulan yang perlu di ambil. Kalau ada dan kalau mahu. Sebenarnya saya dan saya yakin Cikgu Sidek banyak tugas dan tumpuan lain dan saya yakin sepatutnya WADAH juga banyak tugas dan tumpuan lain di gelanggang dakwah di Malaysia yang begitu luas. Sampai bilakah dakwah Islamiyyah, umat Islam dan organisasi Islam di Malaysia hendak terlalu tertumpu, terheret dan terikat dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Saya yakin bahawa kita semua tahu bahawa Islam, dakwahnya dan umatnya adalah lebih besar dan lebih tinggi daripada mana-mana individu, organisasi atau kumpulan.

Wallahu a'lam

Sunday, 25 December 2011

Ke Mana Selepas SPM 2011?

Peperiksaan SPM 2011 telahpun selesai dan kini masing-masing sedang dalam pencarian tempat untuk melanjutkan pelajaran. Bagi yang masih mencari, ataupun bagi yang sudahpun menjumpai tempatnya, saya sarankan kalian menyertai sebuah program pengukuhan ilmu kelolaan Kolej Islam As-Sofa yang diberi nama Kursus Miftah Al-Ilmi.

Kursus ini adalah merupakan sebuah program persediaan selama empat bulan (bermula Januari 2012) yang bertujuan untuk memberikan pengukuhan terhadap ilmu-ilmu asas yang sangat penting yang akan menjadi bekalan yang sangat berguna ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Kursus ini sesuai untuk para pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang agama (diploma) di Kolej Islam As-Sofa tetapi tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama, atau untuk para pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT dan ingin memperkukuh asas-asas ilmu agama.

Apakah keistimewaan program ini?

Thursday, 15 December 2011

Umat Melayu-Islam Kaya


Ketika membawa rombongan Perkampungan Intensif Al-Qur’an Sesi ke-3 membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam baru-baru ini, saya menemui di sana satu koleksi manuskrip yang tidaklah begitu besar, tetapi cukup untuk menyampaikan kefahaman dan mesej tentang tradisi gemilang orang Melayu dan rantau Melayu: bahawa orang Melayu, diperkasakan dengan pegangan yang amat teguh terhadap agama, adalah kaya. Sangat kaya. Bukan kaya dengan harta semata-mata, tetapi yang lebih penting dan bermakna bagi saya adalah kaya dari segi khazanah ilmiahnya.



Thursday, 17 November 2011

The confusion of Seksualiti Merdeka – Muhammad Husni Mohd Amin and Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil


NOV 16 – We read with interest the article titled “Religion no excuse to discriminate on sexuality” written by Ahmad Fuad Rahmat, representing the group the Islamic Renaissance Front (IRF), published in Malaysiakini on the 14th November 2011.
As the article pertains to fundamental issues in Islam, such as the nature of Man, the nature of Good and Bad and of Right and Wrong, the nature of Rights and Freedom, all of which must be understood properly and correctly based upon the guiding principles laid down in the Qur’an and enacted in the lives of the Holy Prophet P.B.U.H, we feel compelled to respond to several key issues raised in the article, to separate the truth from falsehood, to clarify certain points that has been needlessly obfuscated by the author and finally to set forth a correct understanding of the issue.

Wednesday, 16 November 2011

Waqafkan Harta Anda


Firman Allah Subhanahu wa ta’ala (yang lebih kurang maksudnya): “Dan belanjakanlah (sebahagian) dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya. (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat aku menjadi dari orang-orang yang soleh.’” (Surah al-Munafiqun: 10)

Antara amalan yang paling baik yang boleh dilakukan oleh seseorang muslim adalah mewaqafkan harta ke jalan Allah. Harta yang diwaqafkan ke jalan Allah, akan menjadi amal jariah yakni amal berterusan yang akan membawa kebaikan yang berterusan. Rumusnya mudah, jika anda mewaqafkan sedikit harta, dan daripada harta itu terbinalah sebuah universiti (contohnya Universiti As-Sofa), maka selagi mana universiti itu membawa manfaat dan kebaikan kepada umat, selagi itulah anda yang telah mewaqafkan harta tadi mendapat ganjaran pahala, walaupun anda telah meninggal dunia!

Maka, ayuh waqafkanlah harta anda. Kami tawarkan Sijil Waqaf Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Setiap sijil bernilai RM50 dan kutipan daripada penjualan Sijil Waqaf ini akan digunakan untuk mendanai projek-projek pembangunan, pendidikan dan daqwah Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Sila jika anda berminat membeli Sijil Waqaf Yayasan Sofa Negeri Sembilan.