Azman mempunyai gaji bersih RM1440. Saya gunakan contoh gaji yang agak rendah untuk menunjukkan bahawa fasiliti GCA ini sesuai untuk semua golongan. Kita andaikan Azman baru berkahwin, dan isterinya turut bekerja untuk menampung sedikit sebanyak kos sara hidup mereka. Selepas mendapat gajinya, Azman pun terus membuat pembayaran berikut:
Ansuran Kereta | RM400 |
Bil Elektrik | RM100 |
Bil Air | RM20 |
Tambah Nilai Telefon | RM50 |
Sewa Rumah | RM500 |
JUMLAH | RM1,120 |
Baki duit Azman tinggal RM370. Azman boleh gunakan duit RM370 itu untuk minyak kereta, makan minum, untuk disimpan, atau untuk dilaburkan, atau untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain sepanjang bulan itu. Berkemungkinan, Azman perlu membuat kerja sampingan untuk menampung lagi perbelanjaan-perbelanjaan lain itu. Yang pastinya, duit Azman akan habis ‘hangus’ dan Azman mungkin boleh membuat sedikit simpanan bulanan.
Setiap bulan, begitulah kehidupan Azman.
Untuk contoh yang kedua, kita akan andaikan bahawa harga emas semasa adalah RM277 / gram. Di QM, harga jualan emas adalah 7% daripada harga semasa (harga jual dalam contoh ini: RM296.39 / gram). ‘Spread’ ataupun ‘markup’ sebanyak 7% ini adalah nilai yang biasa bagi penjual emas.
Sekarang, mari kita lihat contoh orang yang memanfaatkan fasiliti GCA di QM:
Kita andaikan Rahman mempunyai kehidupan yang sama seperti Azman. Rahman juga mempunyai gaji bersih RM1440. Berbeza dengan Azman, setelah mendapat gajinya Rahman terus membeli emas. Berdasarkan harga jualan yang disebut di atas;
RM1440 / RM296.39 = 4.85846 gm
Rahman menghabiskan duit gajinya sebanyak RM1440 itu untuk mendapatkan 4.85846 gm emas. Setelah itu, Rahman terus membuat permohonan pembiayaan GCA dengan menggunakan 4.85846 gm emasnya itu. QM akan membiayai 91% daripada nilai emas yang ada. Bermakna, selepas membuat GCA, Rahman akan menerima (selepas 1-5 hari bekerja) duit di dalam akaun banknya sebanyak:
4.85846 gm x RM277 x 91% = RM1224.67
Rahman pun terus membuat pembayaran-pembayaran berikut:
Ansuran Kereta | RM400 |
Bil Elektrik | RM100 |
Bil Air | RM20 |
Tambah Nilai Telefon | RM50 |
Sewa Rumah | RM500 |
JUMLAH | RM1,120 |
Duit Rahman cuma tinggal RM104.67. Sama seperti Azman, Rahman juga perlu membuat kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Bezanya, Rahman sudah ada simpanan tambahan 4.85846 gm emas. Emas tersebut dipegang oleh QM sehinggalah Rahman membayar kembali duit RM1224.67 yang dibiayai itu tadi.
Bagaimana Rahman mendapat manfaat daripada GCA ini?
Emas dalam pegangan QM bagi GCA ini akan dicaj sebanyak 3.5% setahun. Dalam kes Rahman, itu bermaksud caj sebanyak RM0.1174 sahaja sehari. Emas dalam pegangan QM ini tidak akan dilelong, dan caj pegangan itu tidak perlu dibayar lebih awal. Katakanlah Rahman menunggu selama 300 hari. Kita andaikan, selepas 300 hari itu harga emas telah naik ke RM350 / gram.
Rahman pun membuat keputusan untuk membayar balik pembiayaan RM1224.67 tadi dengan menggunakan keuntungan daripada kenaikan harga emas.
Rahman mempunyai 4.85846 gm emas. Nilainya pada ketika itu adalah RM1,700.46.
Ditolak bayaran balik, RM1700.46 – RM1224.67 = RM475.79
Caj pegangan untuk 300 hari: RM0.1174 x 300 = RM35.22
Maka, Rahman menutup pembiayaan GCA yang telah dibuat tadi tanpa perlu mengeluarkan duit, malah Rahman menerima lagi ke dalam akaun banknya sebanyak: RM475.79 – RM35.22 = RM440.57.
Bermakna, dengan gaji RM1440 tadi, Rahman menerima tambahan RM225.24 dengan hanya menukarkan duit gajinya itu kepada emas terlebih dahulu. Bayangkan bagaimana pula jika Rahman membuat begitu setiap bulan; untuk jangka masa panjang, Rahman akan dapat meningkatkan pendapatan bulanannya secara signifikan.
Jika anda ingin menukar kebiasaan berbelanja ‘hangus’ ini, manfaatkan GCA ini. Mulakan dengan membuka akaun simpanan emas patuh syariah secara percuma di QM melalui pautan ini:
https://bit.ly/daftar-akaun-simpanan-emas
Jika anda ingin mendapatkan penerangan yang lebih lanjut, sila hantar mesej kepada saya melalui WhatsApp / Telegram di nombor: 019-8285019.
Kita berusaha untuk pulihkan ekonomi kita. Tukar wang kepada emas!