Kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa kini dibuka.
Apakah kelebihan Kolej Islam As-Sofa?
- Para pensyarah berkelulusan Jordan, Mesir dan universiti tempatan.
- Integrasi sistem pondok dan moden.
- Pengajian ilmu secara bersanad.
- Suasana pembelajaran yang sangat selesa.
- Yuran yang sangat berpatutan.
- Pinjaman pelajaran disediakan bagi pelajar yang layak.
- Peluang bertemu ulama sedunia.
- Boleh memindah kredit (transfer credit) untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti As-Sofa atau di Jordan.
- Berpeluang mengasah bakat kepimpinan dan menimba pengalaman beraktiviti.
- Dapat bertalaqqi kitab-kitab turath ilmu Islam.
Apakah kemudahan yang ada di Kolej Islam As-Sofa?
- Bilik kelas berhawa dingin dan selesa.
- Ruang solat dan aktiviti yang luas dan selesa.
- Perpustakaan yang lengkap dengan bahan rujukan ilmiah bermutu tinggi.
- Kemudahan makmal komputer beserta akses Internet tanpa had.
- Kemudahan kedai buku serta kedai dobi
- Restoran, bank, kedai runcit serta kemudahan bersukan berdekatan
- Penginapan disediakan.
Syarat kelayakan hanyalah 3 kredit dalam SPM. Pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Arab juga boleh memohon.
Hubungi: 019-8285019 [tel/sms] atau pin:26E9563D [blackberry] atau akhienaim@gmail.com [emel]
67 comments
Click here for commentsni swasta ker..
Replyassalamualaikum. ana nak tanya. kalau dah terlambat, ada 2nd intake ke untuk kemasukan bulan jun?
ReplyYa, ini kolej swasta.
Reply2nd intake untuk kemasukan June tiada. Tetapi masih boleh mendaftar sehingga minggu ketiga bulan June. Kalau terlewat, boleh mendaftar untuk kemasukan seterusnya pada bulan Oktober nanti.
Assalamualaikum ya Akhi kareem, ana Zuhaily dari Singapura, ana ingin bertanya,
Reply1.Adakah Pelajar Luar negara diberi peluang utk ke kolej ini?
2.Berapa ya fees untuk pengajian?
3.Bila boleh ana apply utk UNI As Sofa?
Harap akhi dapat membalas mesej ana, Syukran JazakAllah khair...
Wa'alaikumussalam akhi Zuhaily,
ReplyMinta maaf kerana buat masa ini - mengikut syarat dan peraturan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi - pihak kami masih belum boleh menerima pelajar luar Malaysia. Walau bagaimanapun, insyaAllah pihak kami memang berhasrat untuk membuka kemasukan bagi pelajar-pelajar daripada luar negara apabila mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kelak.
Dalam pada itu, pihak kami ada menjalankan Kursus Miftah Al-Ilmi. Kursus ini adalah merupakan kursus pendek selama 4 bulan sahaja yang memfokus kepada ilmu-ilmu asas bahasa Arab, aqidah, fiqh, hadith, al-Quran dan IT. Untuk kursus ini kami boleh menerima pelajar daripada luar negara, insyaAllah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat kami di talian +603-42664408 atau email ke admin@assofacollege.edu.my
Assalamualaikum . Ana nak tanya. kalau pelajar yang bukan dari sekolah agama boleh tak masuk unversity as-sofa ? Emm , dan pelajar perempuan boleh tak memakai purdah ? :)
ReplyWa'alaikumussalam Indahnyaislam,
ReplyTentang kemasukan ke Universiti As-Sofa bukan di sini tempat bertanya kerana kemasukan ke Universiti As-Sofa belum dibuka. Walau bagaimanapun, untuk Kolej Islam As-Sofa, kami boleh menerima kemasukan pelajar yang bukan daripada sekolah agama tetapi mereka akan mengikuti satu kursus persediaan khusus untuk mempelajari asas bahasa Arab.
Sila email kami di admin@assofacollege.edu.my untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
salam..Buka lagi tak permohonan..??
Replyana sekarang hampir tamat belajar diploma tapi jurusan lain dari yang ada di kolej ini..boleh ana mohon..??ana basic arab pown takde..mohon jawapan :)
salam..ana nak tye..andai da buat permohonan..bagaimana nak tahu da dapat atau tidak permohonan uh..??
ReplyAna habes diploma universiti tempatan bulan 9 ni insyaAllah..ana berminat nak blaja di kolej ni..dan takde basic arab..ada harapan tak..??
salam,
Replypihak kolej akan call balik apabila permohonan telah diterima. harap dapat tunggu dengan penuh kesabaran ya.
assalammualaikum..saya mndapat twaran ke kolej islam as-sofa ni. diploma kewangan dan perbankan islam..berape kos untuk diploma nie??kurang info dlm laman wep rasmi kolej islam as-sofa..
ReplySaudara Arif Farhan Janit,
ReplyYa, dalam Kursus Miftah Al Ilmi akan diajarkan jawi dan Al Quran. :)
Salam..bgaimana dgan kewangan..boleh buat pinjaman ptptn n mara ke? Adakah biasiswa untuk dipohon.
Replysaudara ibrahim cheAZANAN:
Replyya, boleh memohon pinjaman PTPTN.
Kolej juga sedang menguruskan utk para pelajarnya boleh memohon pinjaman MARA, insyaAllah akan selesai dalam masa terdekat.
assalamualaikum..lepasan SPM tahun 2012 boleh juga untuk memohon permohonan ini atau belum lagi dikeluarkan??
Replyuntuk kemasukan sesi 2013/2014..
mohon perjelasan....syukran..
Untuk kemasukan tahun 2013, (Januari 2013), permohonan bagi kemasukan ke Kursus Miftah Al Ilmi masih dibuka. Kursus miftah al ilmi adalah kursus persediaan ke IPT selama 4-bulan. Kursus ini terbuka dan tidak memerlukan kepada keputusan SPM.
ReplyKeputusan SPM hanya diperlukan untuk mendaftar bagi kemasukan ke Diploma.
Utk info lanjut, hubungi KIS di talian 03-42664408.
assalamualaikum..
Replysaya nak tanya .
1. kalau pelajar daripada sekolah harian biasa , maksud saya bukan daripada sekolah agama dan tak de basic bahasa arab boleh ke ambk kursus Iftah Al Ilmi tu ?
2. kursus Iftah Al Ilmi buka sampai bulan berapa ?
amy mastura:
Reply1. boleh
2. skrg sudah mula, jan-april. masih boleh daftar.
utk info lanjut, sila hubungi 019-8285019, 06-7296691 atau 03-42664408.
salam .... saudara naim.. tumpang tny .... sy apply untuk diploma .. yang ditawarkan adalah kursus miftah .... sy keliru disini ..... memang lepasan dari sekolh beraliran arab .... untuk diploma bila pengambilan sebenar .... n then kene apply lagi ke untuk kursus diploma
Replysalam, greenriverday...
Replyya, kemasukan diploma adalah pada bulan Jun nanti. program miftah adalah program persediaan untuk ke IPT; bukan hanya utk yg tiada asas arab; tetapi juga pendedahan kepimpinan, pengurusan kehidupan di IPT, juga talaqqi kitab2 turath (termasuk pengkhataman beberapa kitab hadith yang muktabar).
selepas dah masuk miftah al ilmi, tidak perlu membuat permohonan baru untuk ke diploma kerana selepas habis miftah al ilmi boleh terus sahaja diserap masuk sebagai pelajar diploma.
assalammualaikum,,saya nak tanya kalau untuk lepasan stpm bole.??tapi stpm saya bukan lah aliran agama..dan saya tiada bahasa arab..
ReplyAssalamualaikum ya akhie. Sy zizan dr swak, nak tye la.. skrg ni sya blja d uitm swak ttpi rsa hendak msok ke kolej as sofa ini krn sya lebih mnat mndalami ilmu agama. Jadi, sy takda basic arab dan kalu saya mohon diploma trus adakah rayuan sy d trima atau tak?
ReplyWa'alaikumussalam. Syarat kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa adalah minima 3 kredit dalam SPM dan lulus subjek pengajian Islam. Tidak disyaratkan daripada sekolah agama ataupun tidak, semua boleh. Cuma, bagi yang tidak ada basic Arab, akan dikehendaki untuk mengikuti Kursus Miftah al Ilmi ataupun mengambil kelas pra-syarat.
Replydisini ana nak tanya dia nak 3 kredit tidak kisah apa2 mata pelajaran ke atau sebalik nye....
Replyassalamualaikom.... ana nak tanya kat sini dia nak 3 kredit xkisah apa2 mata pelajaran ke atau sebalik nye...
ReplyYa, 3 kredit tu tak kisah apa-apa matapelajaran. 3 kredit DAN lulus mana-mana subjek pengajian islam.
ReplySalaam, blh sy tau siapa lecturers kat Kolej As sofa? x jpa kat website, thanks
Replyassalammualaikum, kalau adik saya ada sijil hafazan tahfiz 25 juzuk, boleh mohon tak? umur dia 19 tahun.
Replyassalammualaikum, kalau ada sijil tahfiz 25 juzuk tapi tak ada spm boleh mohon tak?. umur sekarang(2013) 19 tahun.
ReplyPara pensyarah di Kolej Islam As-Sofa terdiri daripada lepasan Mesir, Sudan, Jordan dan universiti tempatan. Majoriti pensyarah adalah merupakan ahli ilmu yang menuntut ilmu secara bertalaqqi dan mempunyai sanad dalam ilmu-ilmu yang diajar.
ReplyKalau tidak ada SPM tidak boleh. Syarat kemasukan ke KIS mesti ada SPM. Walau bagaimanapun, jika berminat kami ada program untuk membantu para pelajar untuk mendapatkan SPM dan kemudian mendaftar ke KIS. Sila emelkan ke akhienaim@gmail.com atau admin@assofacollege.edu.my
assalamualaikum.. saya telah ditawarkan diploma perbankan islam.. selepas diploma, adakah kebanyakan lepasan kolej ini menyambung pelajaran ke luar negara terutama di jordan? syukran..
Replyassalamualaikum.. saya telah ditawarkan diploma perbankan islam.. selepas diploma, adakah kebanyakan lepasan kolej ini menyambung pelajaran ke luar negara terutama di jordan? syukran..
Replyassalamualaikum.. saya telah ditawarkan diploma perbankan islam.. selepas diploma, adakah kebanyakan lepasan kolej ini menyambung pelajaran ke luar negara terutama di jordan? syukran..
ReplyAssalamualaikum, saya mempunyai seorang kawan dia seorang mualaf, dia memeluk Islam semasa dia berumur 16 tahun. Dia mendapat tawaran masuk ke KIS dan dia lulus pendidikan Islam dalam SPM. Dia bertanya kepada sy adakah dia layak masuk ke KIS kerana dia baru sahaja menjinakkan diri mengaji basic Al-Quran(iqra)?
Reply# sy tak tahu nak jawab pertanyaan dia jadi sy mengambil kesempatan bertanya kepada admin.
Salam tuan naim...sy nk tnye di kolej ni ada x menawarkan diploma separuh masa..sy bkerja n ingin mengambil diploma dlm pengajian islam secara part time..
ReplyWa'alaikumussalam...
ReplySyarat kemasukan ke KIS adalah 3 kredit dalam SPM dan lulus salah satu subjek pengajian Islam. Baru nak berjinak-jinak pun boleh, yang paling penting mesti ada "kesungguhan".
Diploma separuh masa setakat ini belum ada. Yang ada, adalah Kursus Miftah Al Ilmi (Komuniti) selama 3 tahun, kelas pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat bermula jam 9.00 - 10.30 malam (fleksibel).
Diploma berapa tahun tuan?
Replysalam .. pengajian islam mksudnya ape? subje ape yg kena lulus?
ReplyPengajian diploma adalah selama 2 tahun.
ReplySubjek pengajian Islam tu maksudnya subjek2 Pengajian Islam / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Quran & Sunnah / Pendidikan Syariah Islam / Bahasa Arab
Asalamualaikum?ana nk tanya sesi pendaftaran 2014 bila ya?harap d balas.....
ReplySila rujuk laman web www.assofacollege.edu.my
ReplySalam. Transfer kredit ke ijazah sarjana muda di Jordan tu apa maksudnya? Dan adakah klau melalui KIS, kita hanya mengambil setahun degree di Jordan?
Replysalam. kalau nak masuk sebelum result spm keluar boleh ke?
ReplyYa, transfer credit bermaksud apabila menyambung degree boleh buat dalam masa satu tahun.
ReplyAssalamualaikum . Ana nak tanya , selepas habis pembelajaran di kolej ini , apakah perkerjaan y bakal diceburi ?
ReplyWa'alaikumussalam Noor Shamimy... pekerjaan yang bakal diceburi, bergantung lah kepada pelajar tu nak ceburi pekerjaan apa. Peluang pekerjaan sangat luas. :)
Replyassalamualaikum akhi.. ana ingin bertanya.. pelajar lepasan spm dari sekolah vokasional boleh mohon kolej ni tak ?? dan pemakaian purdah dibenarkan atau tidak ?? syukran..
Replywa'alaikumussalam. boleh. asalkan mencukupi syarat mendapat 3 kredit dlm spm termasuk lulus subjek pendidikan islam. pemakaian purdah tidak dibenarkan di seluruh kawasan kolej.
ReplyAssalam, ada x graduan2 sblm ni yg melanjutkan pelajaran transfer kredit ke luar negara ? Adakah pelajar KIS ditaja pengajian ke luar negara ?
ReplyAssalamualaikum. . Apakah yg dimaksudkan tawaran bersyarat?
Replyassalamualaikum.....ana nak tanye brkenaan smbung bljr di jordan.....adakah bole saye diploma usuluddin dari kolej islam perak sambung bljr di jordan under KIS....?....adakah betul2 tempoh setahun tepat sekirnye transfer credit?......maaf mnganggu
Replyassalamualaikum...maaf ....saya nak bertanye tentang sambung belajar di jordan.....saye lepasan diploma usluddin dari kolej islam perak....bole ke saye sambung belajar di jordan under KIS..?.....kalau bole, macam mane kite nak buat permohonan itu..?
ReplyMuhammad Al-Fenangy:
Replypelajar KIS yang paling senior akan melanjutkan pengajian ke Maghribi dan Indonesia pada bulan 9 ini. Tapi memang ada pelajar Malaysia sebelum ini yang menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda di Indonesia selama 1 tahun sahaja.
Sharifah Nurnajihah:
Wa'alaikumussalam. Maksudnya tawaran itu tertakluk kepada syarat. Jika tidak memenuhi syarat, tawaran tersebut terbatal dengan sendirinya.
Muhammad Hafifi Hamdan:
Boleh, ambil diploma di Kolej Islam As-Sofa kemudian sambung di luar negara dengan mendapat pindahan kredit. :)
Assalam, kalau pelajar lepasan pondok ingin melanjutkan pelajaran bgaimana pula ye?sblum ini, Ana mmpnyai SPM dan diploma
ReplyHafiz Razmen: boleh, mohon sahaja secara online. yang penting ada SPM.
ReplySalam akhie, sya merupakan lepasan ijazah akademik sebuah ipt. Saya berminat untuk mendalami ilmu agama dan berminat untuk ambik diploma dan 2nd degree dlm bdg agama. Bolehkah saya memohon dgn status skrg?
ReplyTira Cadar: boleh sahaja... mmg ada beberapa pljr kolej islam as-sofa yg merupakan graduan diploma dan ijazah sarjana muda dlm pelbagai bidang lain... :)
Replyassalamualaikum sye nk tanye apa syarat nk mohon pinjaman MARA di kolej islam as sofa sedara? Mohon jawapan....
Replyassalamualaikum apa syarat nk mohon pinjaman MARA di kolej islam as sofa ye sedare? mohon penjelasan
ReplyHaziQ BoBoyZ: syarat dia mesti minima 5 kredit dlm SPM. utk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi Kolej Islam As-Sofa di talian 03-42664408.
Replyapbila tmat kursus miftah ilmi,bleh tak smbung diploma di kolej as sofa.tetapi spm tidak mndpt 3kredit
ReplyAmzar Roy:
ReplyTidak boleh. Syarat kemasukan diploma mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit dalam SPM + lulus salah satu subjek pengajian Islam.
Salam , nak tanya ..Saya meupakan pelajar lepasan STAM 2015 . dan saya mendapat pangkat JAYYID JIDDAN di dalam STAM . Subjek SPM yang saya kredit hanya BAHASA MELAYU , SAINS , BAHASA ARAB dan PENDIDIKAN AL QURAN AS SUNNAH . Bolehkah saya dapat masuk ke KIS? Adakah keputusan SPM mempengaruhi permohonan saya ke KIS sedangkan keputusan STAM saya (JAYYID JIDDAN)? Mohon pencerahan .
ReplyAssalaamualaikum Saudara Hanif Asghar,
ReplyYa, mengikut keputusan SPM yang saudara berikan itu, saudara layak untuk kemasukan ke KIS. Dan ya, memang keputusan SPM sahaja yang akan mempengaruhi keputusan ke KIS kerana syarat kemasukan ke KIS adalah SPM 3 kredit + lulus salah satu subjek pendidikan Islam (yang mana dalam hal ini saudara memang layak) -- ini syarat seperti diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Keputusan STAM atau sijil2 lain tidak memberikan apa2 kesan kerana tidak termasuk dalam syarat kelayakan.
Asalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2016. Buat masa sekarang saya belajar di Tahfiz Khalifah. Saya berminat untuk mengambil diploma di Kolej ini. Adakah kemasukan ke Kolej ini masih dibuka? Untuk pengetahuan tuan, saya memperoleh keputusan SPM sebnayak 8 credit.
ReplyJikalau kemasukan ke kolej ini masih dibuka, bagaimanakah cara untuk mendaftar kemasukannya?
Saya amat mengharapkan maklum balas dari tuan dengan secepat mungkin.
Terima kasih
Assalamualikum saya nak bertanya ... berapa tempoh pengajian untuk kursus miftah al ilmi dan selepas tamat pengajian adakah pelajar layak untuk memasuki mana2 university dalam negara mahupun luar negara ? Dan apa kemungkinan pekerjaan yang layak bagi lepasan jurusan mifta al ilmi ni ?
Reply