Siri Keselamatan Diri – Jangan Jadi Mangsa 1
Seni Beladiri – Membahayakan atau Penyelamat?
Oleh: Zulkipli bin Ismail
2 berita jenayah keluar dalam media perdana dua dekad yang lalu, tapi masih dalam ingatan kerana secara spesifik menyebut mengenai seni beladiri.
Kes pertama: Pada tahun 2006, di Selangor, seorang wanita ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar. Difahamkan mangsa, berumur 26 tahun, mengambil jalan pintas ke tempat kerja melalui sebuah padang pada pukul 11 malam sebelumnya kerana sudah terlambat. Apabila identiti mayat dikenalpasti, ayah kepada mangsa menyatakan “Anak saya telah mempelajari tae kwon do semasa menuntut di SMK SxLx dan pasti berusaha menangkis serangan jika hanya seorang. Saya yakin dia diserang oleh beberapa orang”.
Kes kedua: Pada tahun 2007, di Perak, dua remaja perempuan, berumur 16 tahun, menaiki 1 motosikal, berjaya mengejar dan bantu menangkap 2 remaja lelaki, yang juga menaiki 1 motosikal, selepas mereka meragut telefon bimbit remaja perempan yang membonceng. Kedua remaja lelaki ditangkap polis berpakaian preman yang turut mengejar apabila terdengar jeritan remaja perempuan itu. Insiden berlaku sekitar 5 petang.
Kedua-dua remaja perempuan itu pemain hoki mewakili daerah, dan mewakil negeri dalam sukan kayak ie atlit yang masih aktif. Remaja yang membonceng juga pemegang talipinggang merah dalam tae kwon do (satu tahap lagi untuk talipinggang hitam).
Kedua-dua berita ini memberi gambaran bagaimana seni beladiri itu boleh membahayakan jika overrated (kes pertama), dan boleh menjadi penyelamat apabila digabung dengan faktor lain (kes kedua).
Dalam kes pertama, si ayah menyatakan anak nya mempelajari seni beladiri di sekolah, bermakna sudah 8 tahun sebelum kejadian. Saya membuat andaian dia tidak meneruskan dengan latihan selepas tamat sekolah, seperti kebanyakan kita, terutama perempuan. Masalah utama semua kemahiran fizikal ialah ianya mesti diamalkan berterusan untuk kekalkan kemahiran. Jika hanya bergantung kepada apa yang dipelajari semasa disekolah, disinilah seni beladiri itu overrated dan boleh membawa bahaya jika menyebabkan overconfident.
Dalam kes kedua, kedua-dua remaja perempuan adalah atlit yang masih aktif, dalam sukan hoki. Bermakna selain ketangkasan, mereka ini sudah terbiasa dengan sakit kena body contact (rempuhan badan) dan pukulan dari kayu serta bola hoki. Sebagai atlit sukan berpasukan, mereka juga peka dengan apa berlaku disekeliling, kerana perempuan pembonceng menyatakan dia memang sudah perasan dua lelaki itu menghampiri mereka dan sudah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Sebagai bonus, perempuan pembonceng itu sudah agak tinggi dalam latihan tae kwon do nya.
Dari itu, menjadikan seni beladiri itu senjata utama dalam keselamatan diri adalah sesuatu yang subjektif, bergantung kepada beberapa faktor lain. Insyaallah akan dibincangkan lebih mendalam dipenulisan akan datang.
Pelajarilah apa-apa seni beladiri jika boleh istiqamah (konsisten) tetapi jangan overconfident dan anggap dengan mempelajari itu selesai isu keselamatan diri.
-----
Zulkipli bin Ismail berkelulusan daripada Loughborough University of Technology (England), merupakan seorang jurulatih bertauliah HRDC, Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan NIOSH, Jurulatih Kecergasan Jasmani (KBS), pemegang sijil International Crime Prevention Specialist, dan ahli The International Society of Crime Prevention Practitioners (USA). Beliau berpengalaman dalam Silat, Karate, Kickboxing, Aikido, dan Tai Chi Huang. Untuk jemputan ceramah bagi modul “Keselamatan Diri - Jangan Jadi Mangsa”, beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel: zulkipli.ismail1@gmail.com.


