Pengenalan Ringkas Platform Quantum Metal


Semakin ramai orang mula faham kepentingan menyimpan emas. Emas adalah aset yang mempunyai nilai intrinsik, kalis inflasi, dan boleh menyimpan nilai kekayaan seseorang sampai bila-bila. Ya, harga emas sedunia akan turun naik setiap hari; tetapi, perlu difahami bahawa emas itu harganya TIDAK AKAN jatuh sampai sifar, dan dalam jangka masa panjang harga emas pasti akan terus naik kerana emas itu adalah sumber semulajadi yang semakin digali akan semakin berkurangan (permintaan tinggi dan bekalan berkurangan akan menyebabkan harga menjadi semakin tinggi).

Quantum Metal (QM) adalah sebuah syarikat yang menawarkan satu platform untuk setiap orang menyimpan dan membuat pelaburan emas. Perlu difahami, QM bukan sebuah syarikat pelaburan. QM hanya menyediakan platform untuk individu itu membuat jual beli emas, membuat simpanan emas, dan membuat pelaburan (melalui simpanan) emas dengan sendiri. Maksudnya, keputusan untuk membeli dan menjual adalah tertakluk kepada individu itu sendiri, dan bukan ditentukan oleh syarikat atau orang lain.

Dalam QM, ada tiga platform yang boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli. Platform-platform tersebut adalah Gold Savings Account (GSA), Gold Convert Account (GCA), dan Gold Asset Enhancement (GAE). Kesemua ini adalah platform. Bermakna, terpulang kepada seseorang ahli itu untuk menggunakan mana-mana platform yang dikehendaki.

Apakah GSA?

GSA adalah platform simpanan emas. Melalui GSA, seseorang ahli itu boleh membeli emas dan emas tersebut akan disimpan oleh QM. Ahli boleh melihat jumlah emas yang dimiliki di dalam sistem QM. Semua platform QM telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Ini bermakna, bagi setiap gram emas yang dibeli itu ada emas fizikalnya di dalam simpanan, dan bukan hanya rekod atas kertas. Antara kelebihan GSA ini adalah:

  • Ahli boleh membeli emas serendah RM10 sahaja
  • Emas fizikal boleh ditebus bila-bila masa
  • Emas boleh dijual semula kepada QM untuk mendapatkan wang tunai bila-bila masa
  • Tidak ada caj simpanan dikenakan
  • Simpanan emas oleh QM (sama konsep seperti menyimpan duit dalam bank)

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana QM mendapat untung daripada platform ini, jawapannya adalah QM akan “mark-up” harga emas sewaktu kita membeli emas tersebut. Selain daripada itu, tidak ada caj lain.

Platform GSA ini adalah sesuai untuk semua orang yang hendak memulakan simpanan dalam bentuk emas kerana simpanan boleh dibuat dengan serendah RM10 sehingga sebanyak mana yang mampu. QM akan bantu untuk simpan emas bagi pihak kita, dan kitab oleh menjualnya semula kepada QM atau menebus emas fizikal pada bila-bila masa.

Apakah GCA?

Platform GCA menyediakan fasiliti pinjaman; sama konsepnya seperti Ar-Rahnu. Seseorang itu boleh mendapatkan wang tunai dengan memajakkan emas (yang dalam GSA) kepada QM. Antara kelebihan GCA ini adalah:

  • Nilai pembiayaan sekurang-kurangnya 85%
  • Caj simpanan emas cuma 3.5% setahun (pro-rated)
  • Emas yang dipajak tidak akan dilelong (boleh dibiarkan bertahun-tahun)
  • Pinjaman boleh dibayar balik dengan menggunakan keuntungan daripada kenaikan harga emas

Biasanya, fasiliti GCA ini digunakan untuk mengelakkan ‘belanja hangus’. Paling sesuai, untuk individu yang mempunyai gaji bulanan. Dengan menggunakan fasiliti GCA ini, seseorang itu boleh mengelakkan duit gaji bulanan daripada habis dibelanjakan begitu sahaja. Dengan GCA, seseorang itu masih boleh berbelanja setiap bulan seperti biasa, tetapi dalam masa yang sama turut memiliki aset emas (yang boleh membantu mengekalkan nilai harta).

Apakah GAE?

Platform GAE ini adalah merupakan platform QM yang paling popular, dan merupakan platform yang eksklusif di QM. Setakat ini, belum ada mana-mana syarikat lain di dunia yang menawarkan platform seperti GAE di QM ini. GAE ini adalah ibarat “pelaburan emas”, di mana kita membeli emas dan kemudian menjualnya semula apabila harga emas telah naik. Antara kelebihan GAE ini adalah:

  • QM menyediakan pembiayaan tawarruq sebanyak 5x atau 10x daripada emas yang kita beli
  • Potensi keuntungan sebanyak 5x / 10x ganda daripada kenaikan harga emas
  • Tidak ada margin call (tidak ada force sell walaupun sedang rugi)

Analogi mudahnya begini: kita beli sejongkong emas, dan simpan bawah katil. Apabila harga emas naik, kita jual semula jongkong emas itu untuk mendapatkan keuntungan. Apabila harga emas jatuh, kita simpan sahaja jongkong emas itu dan tunggu sehingga harga emas naik semula. Melalui GAE ini, QM menyediakan peluang untuk kita mendapatkan 5x / 10x ganda nilai daripada emas yang kita beli. Bermakna, jika kita membeli emas sebanyak 10gm, kita akan mendapat emas 100gm untuk disimpan melalui pembiayaan yang disediakan.

Platform GAE ini sudah tentu tidak sesuai untuk semua orang. Harga seunit GAE5X adalah USD25 dan GAE10X adalah USD250. GAE ini adalah sesuai untuk sesiapa yang mempunyai sedikit lebih duit untuk dilaburkan, dan mempunyai holding power atau kemampuan dari segi masa kerana berkemungkinan untuk mendapatkan keuntungan daripada platform GAE ini memerlukan kepada masa. Pulangan daripada GAE ini adalah bergantung kepada harga emas dunia semasa. Maka, ada kalanya keuntungan daripada GAE ini boleh diperolehi sepantas beberapa hari sahaja, dan ada kalanya keuntungan daripada GAE ini boleh memakan masa beberapa bulan sehingga beberapa tahun.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan yang ingin ditanyakan, boleh terus kemukakan kepada saya melalui e-mel: akhienaim@gmail.com


Naim Zulkipli
5 Februari 2023


-----
Buka akaun simpanan emas patuh syariah ini secara PERCUMA di sini: https://bit.ly/daftar-akaun-simpanan-emas

Previous
Next Post »