CERITA SERINGGIT


CERITA SERINGGIT


Sepanjang seminggu yang lepas ini, saya ada kumpulan yang secara konsisten melakukan komitmen bersedekah pada setiap malam di 10 akhir Ramadhan ini dengan tujuan untuk memastikan supaya kami mendapat ganjaran bersedekah pada Lailatul Qadr. Lebih baik daripada 83 tahun punya sedekah tu!

Ada salah seorang penyumbang, saya tahu orangnya, yang sangat membanggakan dan menggembirakan hati saya. Beliau setiap hari menyumbang RM1. Ya, seringgit. Nilai seringgit ini bagi sesetengah orang mungkin kecil. Namun, saya yakin di sisi Allah nilai sumbangan seringgit ini sangat besar. Kerana apa?

Beliau (penyumbang itu) bukan orang senang. Beliau seorang pelajar. Mungkin sahaja di dalam akaun bank beliau tinggal RM50. Namun, kerana terlalu ingin untuk beramal dan mengejar manfaat Lailatul Qadr, beliau sedekah juga secara konsisten pada setiap malam sebanyak RM1. Paling tidak, beliau sudah jauh lebih baik daripada orang yang langsung tidak bersedekah walaupun sedikit di bulan Ramadhan ini.

Nilai sedekah kita di sisi Allah bukan dikira pada jumlahnya, tapi pada bahagian yang dikeluarkan daripada harta kita. Beliau yang bersedekah RM1 tadi selama 10 hari telah berinfaq sebanyak RM10 daripada RM50 harta beliau; itu adalah sebanyak 20%. Jika seseorang yang mempunyai simpanan RM10,000 berinfaq RM1,000 - ini baru 10% sahaja daripada hartanya. Maka infaq RM10 tadi lebih bernilai daripada RM1,000.

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. ditanya:
"Apakah sedekah yang paling utama?" Jawab Baginda s.a.w., "Sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadhan." (H.R. Al Tirmidzi)

Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada semua pewaqaf di bulan Ramadhan ini.


Naim Zulkipli

--------------------------------

Sedekah online untuk Tahfiz As-Sofa secara mudah. Setiap sumbangan layak untuk mendapat pengecualian cukai di bawah Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sedekah Online : http://bit.ly/infaqTahfiz

Previous
Next Post »