KISAH PEMUDA ARAB DI AMERIKA



KISAH BENAR BERLAKU DI AMERIKA

Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 US dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..? 
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara, saya sumbangkan 4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar. 

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

BERUNTUNGLAH ORANG YANG SELALU BERSEDEKAH

Yang Baik Jadi Ikutan
Kebergantungan Sesama Manusia


Sehebat-hebat suami  kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat isteri kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.
Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagiaan. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. 

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Saya C&P tq kepada yg kongsi
Allah Allah Allah 🧕🏻🥰🤲




--------------------------------

Sedekah online untuk Tahfiz As-Sofa secara mudah. Setiap sumbangan layak untuk mendapat pengecualian cukai di bawah Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sedekah Online : http://bit.ly/infaqTahfiz

Previous
Next Post »