PROGRAM BERSAMA BIG BIKERS






Sekitar 7 tahun lepas, saya telah mengendalikan sebuah program di bawah Yayasan Sofa, dengan kerjasama Yayasan TM, pada bulan Ramadhan. Program tersebut adalah sebuah program komuniti yang agak bermakna, dengan penyertaan lebih 1,000 orang peserta daripada pelbagai latarbelakang dan telah dijalankan di sekitar kawasan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Rembau, Negeri Sembilan.

Antara yang menarik, adalah penyertaan sebuah kelab "big bikers". Suatu pengalaman yang menggembirakan apabila kami dapat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dalam program-program kebaikan. Ahli-ahli kelab "big bikers" tersebut telah memberi peluang untuk para pelajar sekolah dan anak-anak yatim daripada kawasan persekitaran untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menaiki motosikal besar. Walaupun aktiviti tersebut adalah sesuatu yang nampak mudah dan kecil, tetapi yang penting adalah kebersamaan dan keterlibatan ahli-ahli masyarakat bersama warga Yayasan Sofa dalam program yang penuh kemuliaan seperti program menghidupkan bulan Ramadhan tersebut.

Sehingga kini, saya sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang kerjasama antara Yayasan Sofa dengan mana-mana pihak, untuk tujuan kebaikan bersama.

-----
Untuk menyumbang kepada Tahfiz As-Sofa, berzakat, berwaqaf, mengadakan kerjasama program, dsbnya, hubungi saya:
011-37251174 (Naim Zulkipli)
naim@yayasansofa.com.my
t.me/naimz82
Previous
Next Post »