Semalam (6 Januri 2019) berlaku peristiwa bersejarah apabila buat kali pertamanya DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong meletakkan jawatan baginda. Seluruh rakyat tertanya-tanya apakah sebabnya baginda mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Pelbagai spekulasi berlegar-legar dalam media sosial, kebanyakannya spekulasi yang negatif. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, respon yang sewajarnya diambil oleh kita adalah:
- Tidak mempercayai dan menyebarkan apa sahaja spekulasi tentang Baginda Sultan kerana semua yang berlegar itu hanyalah spekulasi tanpa ada apa-apa bukti yang kukuh. Bukankah itu namanya fitnah? Berapa banyak lagi fitnah yang ingin kita sebarkan di negara ini?
- Berusaha menutup apa sahaja keburukan Baginda Sultan jika ada yang sampai ke pengetahuan kita sebagai adab kita terhadap Baginda Sultan. Tidak ada kebaikan jika kita menyebar-nyebarkan keburukan orang lain; apatah lagi jika orang tersebut adalah seorang pemimpin tertinggi negara yang mana memburukkan baginda bermakna merosakkan negara kita sendiri.
- Memberikan kepercayaan kepada Majlis Raja-raja bersama segala penasihat mereka untuk membuat keputusan bagi melantik YDP Agong yang baru, yang pastinya adalah yang terbaik untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.