Tadi pili di rumah patah, bahagian bebenang tertinggal di dalam paip. Kami panggil seorang handyman yang duduk satu flat yang sama dengan kami (di kawasan Ampang) untuk bantu keluarkan bebenang yang tertinggal supaya saya boleh pasang pili yang baru. Selesai tugas, saya hulur duit upah. Dia tak nak terima pula. "Saya ikhlas," katanya. Berkali-kali saya desak beliau terima, berkali-kali jugalah beliau menolaknya. Tidak patut sungguh.
Jadi, sesiapa yang ada tugas-tugas yang perlu bantuan di rumah di kawasan Ampang, boleh lah cuba mendapatkan perkhidmatan beliau, harap-harap beliau terima upah. Nama beliau Budin, dan beliau boleh dipanggil selepas waktu pejabat. Siapa yang ingin khidmat beliau boleh WhatsApp saya di 019-8285019 untuk mendapatkan nombor telefon Budin. Tetapi, jangan pula panggil dengan hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan percuma ya. Bantu dan bayar, jika beliau menolaknya, itu rezeki kalian.
Beliau boleh membuat kerja baikpulih paip, sinki, tandas, pecah dinding, dan sebagainya yang tidak terlalu besar.