BENGKEL BERSAMA BELIA MUSLIM SARAWAK

Dua minggu lepas (tanggal 25 Disember 2018) saya telah terbang ke Kuching, Sarawak untuk menghadiri satu bengkel bagi membincangkan pelan tindakan untuk umat Islam Sarawak, bersama dengan para belia Sarawak yang lain. Seronok bersama dengan rakan-rakan belia yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka bagi menghadiri satu program yang penting dan serius. Lebih menyeronokkan, perbincangan berjalan dengan sangat baik dan sarat dengan diskusi-diskusi yang penting dan ilmiah.

Pandangan alam yang dipakaikan oleh Barat terhadap umat Islam telah menyebabkan ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini memandang belia sebagai satu fasa waktu dalam kehidupan manusia yang perlu digunakan untuk berseronok dan berhibur (dikaburi dengan istilah 'mencari pengalaman', 'mengembara', dan sebagainya). Oleh sebab itu belia sinonim dengan sukan dan hiburan; sehingga kita ada satu kementerian yang dinamakan "Belia dan Sukan". Sungguh malang umat Islam yang memerangkap belia dalam konteks yang sempit itu, yang menuruti pandangan alam Barat dengan mewujudkan jurang generasi (generation gap) antara golongan belia, dewasa dan tua. Seolah-olah masa belia dikhususkan untuk berhibur, masa dewasa untuk bekerja, dan masa tua untuk berehat. Tidak pernah berlaku pembahagian seperti itu dalam tradisi Islam.

InsyaAllah, usaha kami adalah untuk mengembalikan umat Islam agar kembali hampir kepada tradisi Islam yang sebenar seperti yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan dijelmakan melalui akhlak dan peribadi baginda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam.




Previous
Next Post »