Pendidikan Islam Perlu Diutamakan




Hanya seorang Muslim yang tidak mempunyai pandangan alam Islam yang jelas dan benar sahaja yang akan beranggapan bahawa pendidikan ilmu-ilmu Islam tidak berguna dan kurang kepentingan. Hakikatnya, tidak pernah ada keraguan atau perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama yang benar bahawa ilmu-ilmu Islam itu (aqidah, syariah, tasawwuf) lebih mulia dan lebih penting daripada ilmu-ilmu yang lain. Oleh sebab itu dalam Islam, ada ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu "fardhu 'ayn" dan ada ilmu yang merupakan "fardhu kifayah".

Salah satu tanda kebodohan umat Islam dalam mengatur sistem pendidikan pada hari ini, adalah apabila sistem itu diatur dengan menggunapakai pandangan alam yang asing yang menghasilkan kebiadaban. Tanda kebiadaban itu, adalah dengan menyamatarafkan semua matapelajaran; atau, lebih teruk lagi, meletakkan matapelajaran yang paling penting (Pendidikan Islam) pada kedudukan yang lebih rendah daripada matapelajaran yang kurang penting (seperti Sains dan Matematik). Belum lagi diambil kira, kualiti silibus Pendidikan Islam itu sendiri.

Seharusnya, apa yang wajib dilakukan oleh umat Islam pada hari ini (khususnya mereka yang diberikan amanah oleh Allah untuk memegang kuasa pentadbiran) adalah berusaha untuk menambah kualiti dan kuantiti pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Tiada gunanya kita menghasilkan pelajar yang menjuarai Olimpiad Matematik Dunia jika mereka masih tidak fasih membaca Al Qur'an serta tidak mengenal hak-hak Allah dan Rasul-Nya.

Naim Zulkipli
Previous
Next Post »