Beza Emas 999 dan 916



Bagi mereka yang sudah biasa membeli atau menjual emas, istilah emas 999 dan emas 916 tidak asing lagi. Namun, bagi anda yang mungkin baru hendak berjinak-jinak dengan dunia emas, mungkin anda tertanya-tanya apakah perbezaan di antara emas 999 dan emas 916.

Emas 916 (juga dikenali sebagai emas 22-karat) adalah barang emas yang kandungannya terdiri daripada 91.6% emas dan 8.4% logam lain. Emas 916 ini kebiasannya adalah barangan kemas; seperti rantai emas, cincin, dan sebagainya. Emas adalah logam yang agak lembut. Justeru, dalam membentuk barangan kemas dan memastikan barangan tersebut lebih kukuh, logam asing ditambah ke dalam barangan emas tersebut.

Emas 999 (juga dikenali sebagai emas 24-karat) adalah emas tulen. Emas 999 adalah barangan emas yang kandungannya 99.999% emas. Kenapa tidak 100%? Kerana, dalam apa jua bahan atau barang pun di dunia ini, adalah mustahil untuk memastikan ketulenan 100%; mungkin ada debu atau habuk yang akan tercampur ke dalamnya. Emas 999 selalunya digunakan untuk membuat duit – seperti syiling, dinar, bar emas, atau jongkong emas.

Antara emas 999 dan emas 916, sudah tentu emas 999 adalah lebih bernilai kerana kandungan emasnya lebih banyak. Ada banyak lagi campuran emas yang lain seperti emas 850, emas 416, dan sebagainya. Itu sahaja kayu ukur kualiti barangan emas. Perlu difahami bahawa emas adalah emas – tidak wujud perbezaan antara emas yang datangnya daripada Kelantan dengan emas yang datangnya daripada Australia.

Mana satukah yang lebih berbaloi untuk dibeli? Jawapannya: kedua-dua emas 999 dan emas 916 berbaloi untuk dibeli.

Emas 916 adalah barangan kemas. Sesuai dibeli untuk dipakai dan digunakan oleh wanita. Untuk tujuan perhiasan, emas 916 sesuai dibeli. Untuk wanita sahaja, bukan untuk lelaki kerana lelaki diharamkan memakai emas. Namun, untuk tujuan simpanan dan pelaburan (yang dimaksudkan dengan pelaburan di sini adalah simpanan untuk melindungi harta), emas 999 lebih sesuai untuk dibeli dan disimpan. Hal ini kerana, untuk jangka masa panjang, barang kemas emas akan mempunyai sedikit susut nilai (berbanding harga emas semasa) disebabkan kesukaran untuk menentukan jenis-jenis logam lain yang ditambah kepada barangan kemas emas tersebut.

Maka, untuk tujuan perhiasan, belilah emas 916. Untuk tujuan simpanan dan perlindungan harta, belilah emas 999.




-----

Tahukah anda sekarang ada cara untuk anda mula menyimpan dan membeli emas dengan serendah RM10 sahaja! Anda juga boleh membuat pelaburan emas dengan mendapatkan leverage 10x. Untuk info lanjut hubungi saya: 019-8285019
Previous
Next Post »