Laporan di dalam mStar Online hari ini (15 November 2011), menyebutkan:
Perkasa Nafi Cadang Halang Guru Kristian Mengajar Sekolah KerajaanOleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Selasa menafikan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu pernah mengusulkan supaya guru-guru yang beragama Kristian agar tidak dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan.
Sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai berniat jahat, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata bahawa pertubuhan berkenaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkanperpecahan kaum dan agama di negara ini."Kalau kata Perkasa buat usul sedemikian, ingin saya jelaskan bahawa ia adalah satu kenyataan yang jahat dan tidak bertanggungjawab. Sebab seingat saya tidak ada kenyataan seperti itu dibuat," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini.Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai status sebenar kepada soalan asal yang dikemukakan Datuk Wilfred Mojilip (BN-Tuaran) yang mahu mengetahui pendirian Kementerian Pelajaran berhubung usulPerkasa seperti yang disiarkan menerusi media.Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, kemungkinan dakwaan usul tersebut dibuat oleh pihak atau individu yang tidak mewakili Perkasa."Mungkin ada mana-mana pihak membuat kenyataan yang tidak benar, atau mungkin individu yang tidak mewakili Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang sah."Kita tak pernah keluarkan kenyataan seumpama ini," katanya.Sebelum itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika menjawab soalan itu dengan tegas menyatakan bahawa cadangan agar guru-guru beragama Kristian tidak dibenarkan mengajar di sekolahkerajaan jelas bercanggah dengan dasar penempatan guru sedia ada."Kementerian Pelajaran melaksanakan dasar penempatan guru di sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan berlandaskan kepadakeperluan opsyen dan kekosongan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan ideologi politik mereka."Jadi usul yang dikemukakan oleh Perkasa adalah tidak bertepatan dengan dasar penempatan guru dan juga semangat kebebasan agama di negara ini."Semua guru terikat dengan undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam dan mengawal aktiviti agar tidak bercanggah dengan garis panduan itu," katanya.
Benar atau tidak PERKASA mengeluarkan kenyataan seperti itu, bukanlah hal yang penting bagi saya. Tetapi yang penting adalah bahawa kenyataan seperti itu tidaklah terlalu salah. Apatah lagi baru-baru ini kita digemparkan dengan laporan ada guru tuisyen yang mengajar anak-anak muridnya ajaran agama Kristian. Untuk makluman sesiapa yang masih blur lagi, pengajaran agama Kristian kepada orang Islam, khususnya anak-anak muda, adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip agama Islam serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Hal ini tidak berkaitan dengan semangat kebebasan beragama kerana prinsip "kebebasan beragama" yang diamalkan di negara ini merujuk kepada ruang yang diberikan untuk penganut agama masing-masing berpegang dan beramal dengan ajaran mereka, dan dalam masa yang sama memahami bahawa agama negara ini adalah Islam - sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita menolak "kebebasan agama" jajaan Barat yang menyikapi agama secara terlalu "liberal" sehingga bebas agama itu diterima-ditolak-diubah, sebahagian atau sepenuhnya.
Maka, demi menjamin perkembangan yang sihat untuk para pelajar di negara ini, khususnya anak-anak orang Islam yang majoritinya belajar di sekolah kerajaan, tidaklah salah untuk pihak kerajaan menapis dan menilai dengan teliti siapakah guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Latarbelakang agama dan ideologi politik memang wajar dijadikan sebagai antara pertimbangan dalam memilih seorang guru. Jangan lupa kepada pepatah Melayu, "guru kencing berdiri, murid kencing berlari".