Pagi tadi aku bertugas sebagai pelapor (istilah lain: pencatat) bagi program Ceramah Tokoh bersempena Seminar Budaya Melayu Sarawak ke-5, yang bertempat di Kompleks Pelancongan Sarawak. Aku bertugas untuk slot pertama, tentang tokoh-tokoh agama di Sarawak, yang disampaikan oleh bekas Mufti Sarawak, Dato’ Sri Haji Anis Haji Abot. Ternyata penyampaian oleh Dato’ Sri Haji Anis Haji Abot membangkitkan minat yang sangat mendalam dalam diriku. Beliau menceritakan tentang beberapa ulama di Sarawak yang punya peranan yang sangat penting dalam menyebarluaskan ilmu-ilmu Islam di Bumi Kenyalang ini. Jika sebelum ini aku sering tertanya-tanya, siapakah ulama-ulama terdahulu yang telah memainkan peranan penting dalam dakwah di Sarawak; kerana sudah tentu sinar Islam yang dirasai pada hari ini di Sarawak ada yang mengusahakannya. Justeru, penyampaian Dato’ Sri Haji Anis Haji Abot telah berjaya memenuhi keinginanku itu.
Dato’ Sri Haji Anis Haji Abot berkongsi apa yang diperolehinya daripada sebuah kertas kerja, hasil kajian sekumpulan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1988 tentang para ulama di Sarawak, yang ditulis oleh Dr. Ismail Abdul Rahman; bahawa sejauh yang dapat dikesan tentang sejarah ulama di Sarawak, kita hanya dapat memulakan dengan nama Dato’ Hakim Abang Haji Abdul Rahman, yang juga dikenali dengan nama Dato’ Hakim Keramat. Bolehlah dikatakan bahawa Dato’ Hakim Keramat, setakat dokumen dan catatan yang dijumpai, adalah ulama perintis di Sarawak.
Dato’ Hakim Keramat lahir pada tahun 1829 dan meninggal dunia pada tahun 1890. Beliau merupakan anak hasil perkahwinan Haji Ibrahim bin Abang Ambil bersama Dayang Maimunah. Dato’ Hakim Keramat telah berangkat ke Mekah ketika berusia 12 tahun bersama ayahandanya untuk mendalami ilmu agama. Beliau pulang ke Sarawak pada tahun 1850, setelah mendapat berita daripada Datuk Patinggi Abdul Gapor bahawa Sarawak telah dijajah oleh orang Inggeris. Dato’ Hakim Keramat pulang ke Sarawak kerana bimbang akidah orang Islam diancam oleh golongan penjajah. Di Sarawak, beliau telah dilantik sebagai Ketua Hal Ehwal Agama bagi orang Sarawak. Walaupun bertugas sebagai salah seorang pegawai kerajaan, Dato’ Hakim Keramat juga telah membina sebuah surau di Kampung Bandarsah dan di situlah beliau mengajar ilmu-ilmu Islam kepada orang-orang kampung.
Apa yang cukup menarik perhatianku adalah susur galur perjuangan para ulama; bagaimana perjuangan para ulama terdahulu telah melahirkan rentetan para ulama yang lain yang masing-masing memainkan peranan yang cukup penting dalam mengembangkan kefahaman Islam di Sarawak. Dato’ Hakim Keramat mempunyai beberapa orang anak, yang semuanya menjadi orang-orang yang ‘alim. Namun, yang menarik perhatianku adalah Dato’ Hakim Keramat juga mempunyai seorang anak susuan, yakni seorang ulama yang namanya tidak asing di Sarawak, Sheikh Othman Abdul Wahab. Sebagai anak susuan, Sheikh Othman Abdul Wahab turut mendapat pendidikan daripada Dato’ Hakim Keramat. Kecerdasan akal Sheikh Othman Abdul Wahab menyebabkan beliau turut dihantar oleh Dato’ Hakim Keramat untuk melanjutkan pengajian ke Mekah. Kepandaian Sheikh Othman Abdul Wahab terbukti apabila beliau merupakan antara ulama yang terpilih untuk mengajar di Masjidil Haram. Antara anak murid Sheikh Othman Abdul Wahab adalah Haji Amrullah (ayahanda kepada Pak HAMKA). Sekembalinya ke Sarawak, Sheikh Othman Abdul Wahab terus giat mengajar ilmu-ilmu agama ke masyarakat setempat. Malah, Sheikh Othman Abdul Wahab turut mengajar sampai ke Sambas di Indonesia.
Sheikh Othman Abdul Wahab mempunyai seorang anak murid yang bernama Dato’ Imam Abang Haji Morshidi, yang turut belajar sampai ke Mekah. Dato’ Imam Abang Haji Morshidi bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam sistem pengajian agama yang sebelum ini bersifat tradisional (mengaji kitab), dengan menggunakan sistem persekolahan seperti yang kita ketahui pada hari ini. Dato’ Imam Abang Haji Morshidi telah mengasaskan Al-Madrasah Al-Mursyidiyah pada tahun 1917. Madrasah itu kemudiannya telah ditukar namanya kepada Al-Madrasah Al-Islamiyah sehingga ke hari ini.
Setelah Dato’ Imam Abang Haji Morshidi meninggal, anak kepada Sheikh Othman Abdul Wahab yakni Sheikh Sharkawi telah mengambil-alih pentadbiran Al-Madrasah Al-Islamiyah sebagai mudir (guru besar). Sheikh Sharkawi telah menjadi mudir di sekolah itu dengan bantuan temannya yang bernama En. Joll Abdul Qari. Sheikh Sharkawi dan rakannya sangat gigih dan komited dalam mentadbir Al-Madrasah Al-Islamiyah. Sekolah itu terus berjalan seperti biasa dan tidak ditutup operasinya walaupun pada zaman penjajahan Jepun di Sarawak. Sheikh Sharkawi sememangnya dikenali sebagai seorang pejuang agama dan bangsa. Beliau merupakan seorang pemidato yang baik. Beliau antara pemidato yang lantang bersuara dalam perjuangan Anti-Cession dahulu. Sheikh Sharkawi kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Mesir, sebelum melanjutkan tugas ke Arab Saudi dan meninggal dunia di sana.
Setelah pemergian Sheikh Sharkawi ke Mesir, pentadbiran Al-Madrasah Al-Islamiyah telah diambil alih oleh En. Joll Abdul Qari. Walaupun pada hari ini nama En. Joll Abdul Qari kurang dikenali, tetapi beliau adalah merupakan seorang yang sangat ‘alim. Beliau merupakan seorang ahli fiqh, nahu dan saraf. Beliau juga menguasai Bahasa Inggeris yang baik. Pada ketika itu, sesiapa yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah merupakan aset kerajaan yang sangat bernilai. Namun, En. Joll Abdul Qari telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan demi menumpukan perhatiannya kepada Al-Madrasah Al-Islamiyah. Di bawah pengajaran Sheikh Sharkawi dan En. Joll Abdul Qari, telah lahir beberapa orang anak murid. Seorang yang penting dan menarik untuk dinyatakan di sini adalah Ustaz Nahrawi Amin.
Ustaz Nahrawi Amin memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula Al-Madrasah Al-Islamiyah yang hampir ditutup, setelah En. Joll Abdul Qari jatuh sakit dan tidak lagi menguruskan sekolah tersebut. Ustaz Nahrawi Amin, yang telah kembali daripada pengajian di Madrasah Al-Junid Al-Islamiyah yang begitu terkenal di Singapura, telah menghidupkan semula Al-Madrasah Al-Islamiyah. Ustaz Nahrawi Amin juga telah memberikan motivasi dan galakan yang cukup hebat kepada anak-anak muda Sarawak pada ketika itu, yang rata-ratanya adalah orang miskin, untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama, khususnya ke Madrasah Al-Junid Al-Islamiyah, dan seterusnya ke Tanah Melayu dan ke Mesir. Didikan dan dorongan daripada Ustaz Nahrawi Amin yang diberikannya kepada anak-anak muridnya di Al-Madrasah Al-Islamiyah itulah yang telah melahirkan nama-nama tokoh agama yang dikenali pada hari ini seperti Datuk Nahrawi Abdul Rahman (Imam Besar Negeri Sarawak), Tuan Haji Anis Haji Abot (bekas Mufti Negeri Sarawak), Ustaz Awang Pon Awang Sebon (bekas Hakim Mahkamah Syari’e Negeri Sarawak, Pengasas ABIM Negeri Sarawak), serta Ustaz Loling Othman (Mufti Negeri Sarawak).
Begitulah sedikit sebanyak susur galur para ulama di negeri Sarawak yang aku kira sangat menarik untuk digali sejarahnya, serta dihidupkan kembali semangat dan kisah perjuangan mereka agar dapat dijadikan sebagai sumber motivasi dan panduan bagi para pendakwah muda di negeri Sarawak hari ini dalam memainkan peranan sebagai penyambung mata rantai perjuangan dakwah. Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang nama-nama yang telah dinyatakan di atas, mohon agar dapat dikongsikan maklumat itu dan dihantar ke alamat emel: akhie_naim@yahoo.co.uk
Allah jua Yang Maha Mengetahui.
12 comments
Click here for commentssenang ati mek baca tok.baruk mek kenal ckit ulama2 swak.makseh atas usaha tok
Replysenang ati kmk baca tok.adala ckit kmk tauk ttg ulama swak.makseh atas usaha tok
Replysalam..nak nanyak, kat swk ada x sekolah pondok @ madrasah @ pusat pengajian islam?kmk nk hantar adik kmk kt sia..
Replysalam..kmk dari keturunan sheikh othman abdul wahab as-sarawaqi. sekarang menetap di selangor. raya tok kmk berkesempatan berjumpa dengan saudara keturunan sheikh otman di sungkai perak. sidak ada bercerita tentang susur galur salasilah keluarga kmk. dr info yg kmk dapat keturunan sheikh otman ada di singapura, jakarta, brunei dan timur tengah. kmk berminat nak tauk asal usul keluarga kmk coz sgt menarik minat kmk untuk tauk. dr apa yg kmk tauk sheikh otman adalah golongan bangsawan dari kepulauan jawa. dan dr info yg kmk dpt dato abg haji abdillah dan dato merpati jepang ada kaitan dengan sheikh otman. kalau ada info tentang ya kmk nak tauk juak. -qush- khus86@yahoo.com
ReplyAssalamualaikum..sik sangka.kmk just try cari dlm goggle nama Sheikh Othman..Kmk ada kertas kerja di polah aunty kmk dolok ttg susur galur family, n ada nama Sheikh Othman dlm ya..n ada nama ketrunan di muzium swk...yup, susur galur paling atas kmk tgk dlm susur galur ya adalah keturunan raja di pulau jawa..dr puteri bulan,dato merpati jepang...n ada mcm2 ttg susu galur ketrunan tok yg kmk sik dpt madah di sitok coz sapa yg dr ketrunan kmk org tok akan tauk apa pemandey drkpun...harap maklum...
ReplyAssalamualaikum...kmk cari dlm google nama yg dingat, sheikh othman..kmk cuma tauk yg ketrunan kmk dtgnya dr raja dr kepulauan jawa..antaranya, dr nama yg disebut "Anonymous"...seperti dato merpati jepang..puteri bulan...asal ketrunan tok mmg dr jawa..byk rahsia disebalik ketrunan tok..n ada di antara kita mmg di berik anugerah oleh Allah...sesiapa ketrunan tok mesti tauk apa kelbihan cdak..mmg ketrunan kita tok rami yg dah mengarei....harap maklum...
Replyas,salam
Replynama kmk Othman bin faisal bin Hj nawawi bin sheikh othman abdul wahab....sheikh othman ya moyang kmk....hj nawawi ya anak kepada moyang kmk..nya msh ada dkt kuchng knk tok......
Terima kasih Siti Hasmah dan Othman Faisal. Boleh sik contact kmk personally thru my email akhienaim@gmail.com so that boleh bincang gik tentang tok. TQ.
ReplyAssalamualaikum.. admin blog.. cney ktk dpt mklumat bknaan madrsah al-Islamiah? sgt ttrik ngn maklumat ya, n kmk sdg dalam kajian utk molah tesis ijazah sarjana muda berkenaan dengan madrasah al-islamiah.. so, bleh kmk tauk isi yang admin post tok dirujuk melalui apa.. tima kasih :)
ReplyWa'alaikumussalam Amni Syamimi. Tulisan tok adalah catatan kmk daripada satu seminar berkenaan dgn tokoh2 agama dalam sejarah Sarawak, anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Mun ktk perlukan orang2 yang boleh dirujuk, emel kmk di akhienaim@gmail.com
ReplyAssalamualaikum....
Replydi sitok kamek dengan rasa rendah hati nak mintak tolong kepada sesiapa yang sudi membantu kamek dalam mencari serba sedikit maklumat mengenai TOKOH ULAMA' TERMASYHUR di SARAWAK iaitu SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB..
kamek akan membuat sedikit penulisan mengenai Sheikh yang akan dibentang pada hari RABU (27/8/2014) minggu depan, dan In Shaa Allah akan di hantar pada hari yang sama....
Setakat tok kmk terjumpa tentang latarbelakang keluarga Sheikh HJ Othman dalam artikel UKM...
dan seterusnya, kmk mohon cadangan daripada semua, ada sik sesiapa ustaz atau tokoh ulama' yg sedia ada boleh kamek minta pandangan nya tentang ketokoha Sheikh Hj. Othman..
boleh contact kmk melalui email tok: zieyafj@gmail.com
moga2 dengan sedikit usaha kita, dapat memperkenalkan lagik tokoh2 ulama di negeri Sarawak...
Amin Ya Rabbal'alamin..
Jazakumullahu khairan kathir..
Ustaz nahrawi ☺
Reply