Datuk, oh Datuk...

Marah Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) apabila seorang pelakon Bollywood dianugerahkan dengan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Aku hampir tergelak apabila membaca: “Datuk” Shah Rukh Khan. Kalau dah orang seperti pelakon Bollywood itu pun layak diberi gelaran ‘Datuk’, apalah lagi nilai yang ada pada darjah kebesaran tersebut. Bukan niatku untuk menghina atau meremeh-temehkan seorang pelakon daripada Bollywood itu (yang dulunya sangat digilai oleh ramai wanita tempatan); tetapi pemberian anugerah itu seharusnya dan sewajarnya dihadkan kepada individu-individu yang punya sumbangan yang besar dan signifikan kepada agama, bangsa dan negara. Aku tertanya, apa sumbangan pelakon itu?

Benar, aku ini hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak punya hak bagi menentukan siapa yang layak atau tidak layak untuk menerima darjah kebesaran. Namun, anggaplah ini sebagai satu nasihat buat semua; agar kita kembali menilai dan memikirkan tentang sikap dan penilaian kita terhadap apa yang berharga dan apa yang tidak berharga. Pada hematku, sekadar pernah berlakon di Kota Melaka sehingga dianggap membantu ‘mempromosikan’ Melaka sebagai sebuah pusat pelancongan, adalah tidak wajar untuk diangkat martabatnya sehingga dianugerahkan gelaran ‘Datuk’. Apakah Malaysia ini sebuah negara yang begitu ‘anonymous’, sehingga dengan berlakonnya pelakon tersebut di Kota Melaka, lantas mengangkat nama Malaysia sehingga tercetak dengan berkilau-kilau atas peta dunia?

Pada hematku, kalau pelakon itu tidak datang ke Malaysia sekali pun, tidak akan memberikan kesan yang besar kepada industri pelancongan Malaysia. Cuma mungkin, kita sendiri yang perlu lebih giat, lebih serius dan lebih bijak dalam mencorak Malaysia sebagai sebuah negara yang menarik untuk dilawati. Dalam hal ini, kita seolah-olah sudah hilang ‘identiti’. Kita sibuk membangunkan binaan-binaan canggih, menara-menara yang tinggi, pusat-pusat beli-belah yang hebat, tetapi dalam masa yang sama kita seolah-olah terlupa untuk ‘membangunkan’ dan ‘memperkasa’ sisi ‘budaya’ dalam masyarakat. Kalau generasi muda di negara ini masing-masing sudah terhimbau dengan budaya Barat, akhirnya apa yang ingin kita pamerkan sebagai keunikan kita buat tatapan para pelancong?

Itu kalau benar aspek pelancongan itu yang ingin dijadikan keutamaan.

Dari satu sudut yang lain, aku memandang penganugerahan gelaran ‘Datuk’ yang terlalu mudah kepada begitu ramai orang, sebagai satu tanda betapa kita berada dalam satu suasana ‘kecelaruan nilai’. Hal ini demikian kerana kita seolah-olah sudah tidak dapat menilaikan dengan betul sesuatu perkara itu, lantas meletakkan kedudukan sesuatu perkara itu di tempat yang tidak betul. Contohnya, mengapa seorang pelakon Bollywood yang diberikan anugerah, sedangkan masih ramai seniman, ilmuan dan ahli intelektual di negara ini yang tidak mendapat apa-apa anugerah sedangkan sumbangan mereka jauh lebih besar ertinya daripada seorang pelakon Bollywood itu? Apakah seorang pelakon ataupun ahli sukan itu lebih besar sumbangannya kepada negara berbanding seorang ilmuan? Dalam hal ini, sama-sama kita kaji dan fikirkan secara serius dan mendalam: apakah pembangunan fizikal-material itu lebih penting berbanding pembangunan manusia dan budaya?

Sama-sama kita fikirkan.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang lebih kurang maksudnya:

...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Mujaadilah, ayat ke-11)

Maha Suci Allah yang Memiliki segala Kemuliaan dan Kebesaran.

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Nadiah Azli
admin
9:46 pm ×

"Shah Rukh Khan dapat Datuk," kata saya.

"Bodoh."

Henji(balasan) ringkas dari seorang teman.

Reply
avatar
Jango Fett
admin
6:07 pm ×

datuk shah rukh khan???ngenak juak bnyi nya...hahaha..ali rustam pn kja lah tok..

Reply
avatar
Anonymous
admin
12:08 am ×

PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

————————————————–

( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

Salinan kepada:

Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

—————————————————

JUMAAT 3 OKTOBER 2008

Sila layari www.layarbahtera.com . Terima Kasih

Reply
avatar