Maahad Tahfiz dan Turath As-Sofa merupakan institusi yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, dan terletak di sebuah tanah seluas 5 ekar di Hulu Langat, Selangor. Tanah tersebut dibeli daripada pemilik asal dengan harga RM5 juta. Dengan kekangan kewangan yang sedia ada, pemilik tanah telah bersetuju untuk Yayasan Sofa membuat bayaran secara ansuran sebanyak RM125,000 sebulan bagi pembelian tanah tersebut.
Maahad Tahfiz dan Turath As-Sofa adalah sebuah sekolah yang unik dan eksklusif, kerana tergabung di dalamnya dua elemen: tahfiz dan turath. Para pelajar di maahad ini akan menghafal 30 Juzuk Al-Quran (tahfiz), dan dalam masa yang sama mereka juga akan belajar melalui jalan talaqqi dan bersanad kitab-kitab karangan para ulama yang agung dalam tradisi Islam seperti Jauharah al Tauhid, Fathul Qarib al Mujib Syarah Ghayah wa al Taqrib, Qatr al Nada wa Bal al Sada, Bidayah al Hidayah, dan banyak lagi (turath). Maahad ini adalah lubuk melahirkan para ulama sandaran umat Islam seluruh dunia!
Maahad yang telah berjalan semenjak tahun 2018 ini bertapak di atas tanah yang sehingga kini masih berbaki RM3.5 juta bayaran yang perlu dilangsaikan kepada pemilik asal tanah. Komitmen bulanan yang telah dipersetujui adalah sebanyak RM125,000. Sekiranya Yayasan Sofa gagal memenuhi komitmen tersebut, perjanjian jual beli akan terbatal dan segala wang yang telah dibayar sebelum ini tidak akan dikembalikan. 100 orang pelajar yang kini sedang mengikut pengajian di situ akan kehilangan tempat pembelajaran mereka.
Oleh itu, marilah kita semua (umat Islam) bersama-sama membantu dengan berinfaq dan bersedekah harta kita bagi menampung pembelian tanah sekolah ini yang seterusnya akan dapat memastikan sekolah yang penting ini akan terus hidup dan dapat terus melahirkan generasi ulama pembimbing umat seluruh dunia Islam. Dengan duit yang anda infaqkan, bermakna andalah yang sebenarnya telah memastikan maahad yang istimewa ini terus berjalan.
Jom, sertai INFAQ PEMBELIAN TANAH.
RM25 utk 1/10 daripada 1 kaki persegi, atau
RM250 untuk 1 kaki persegi.
Untuk menyumbang, sila hubungi saya untuk kaedah sumbangan: 011-37251174
Atau klik sahaja pada pautan: https://www.wasap.my/601137251174/infaq+HL
Sijil INFAQ PEMBELIAN TANAH akan diberikan.
Jika anda masih ragu-ragu, ini ada 13 sebab kenapa anda mesti berinfaq untuk Maahad Tahfiz dan Turath As-Sofa:
#01
Semua tenaga pengajar di Maahad Tahfiz dan Turath As-Sofa disaring secara teliti bagi memastikan kesemuanya bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Semua tenaga pengajar mempunyai sanad ilmu yang diajar. Maka, para pelajar belajar ilmu dengan jalan talaqqi dan bersanad yang menjamin ketulenan ilmu tersebut.
#02
Sekolah ini adalah sekolah tahfiz luarbiasa. Di samping menghafal 30 juzuk al Qur’an, para pelajar turut mengikut pengajian kitab-kitab hadith serta ilmu-ilmu turath secara bersilibus dan bersistematik. Ilmu al Quran dan ilmu hadith tergabung kemas di sini.
#03
Para pelajar di maahad ini mempunyai hala tuju masa depan akademik yang jelas kerana As-Sofa mempunyai pusat persediaan untuk SPM tersendiri, sebuah kolej swasta sendiri (Kolej Islam As-Sofa), serta ikatan kerjasama erat dengan universiti-universiti di Maghribi, Tunisia, Sudan dan Indonesia, di mana mereka boleh mendapatkan ijazah sarjana muda sehingga ijazah kedoktoran yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
#04
Di maahad ini, kemuliaan para penuntut ilmu agama sentiasa ditinggikan dan diangkat martabat mereka. Fasiliti pembelajaran di maahad ini dipastikan dalam keadaan yang sangat selesa dan kondusif, pencapaian dalam hafalan al Qur’an dan ilmu turath akan diraikan dengan penuh gilang gemilang sesuai dengan kedudukan mereka yang memikul ilmu al Quran dan Hadith.
#05
Maahad ini terletak di tempat yang sangat cantik dan damai, sangat sesuai untuk para pelajar yang menghafal al Qur’an dan ilmu-ilmu turath. Adalah satu kerugian yang sangat besar untuk umat Islam sekiranya maahad ini gagal bertahan di lokasinya yang sangat cantik ini.
#06
Kualiti maahad ini sentiasa terjamin kerana maahad ini diasaskan oleh ulama, penasihatnya adalah ulama, dan pengetuanya juga adalah ulama. Maahad ini ditubuhkan dengan niat tulus untuk tujuan ilmu, bukan untuk tujuan perniagaan.
#07
Infaq untuk ilmu, ganjarannya akan kekal malah akan terus bertambah setiap kali ilmu itu diajar atau diamalkan. Selagimana di maahad ini ada pelajar yang membaca al Qur’an dan mempelajari hadith, maka selagi itulah pewaqaf dan penyumbang akan mendapat pahala daripada setiap bacaan al Qur’an dan pembelajaran ilmu itu.
#08
Pewaqaf atau penyumbang dapat melibatkan diri dengan jihad ilmu, yakni mempertahankan sebuah institusi pendidikan yang sangat penting untuk pembangunan semula sebuah tamadun Islam yang gemilang.
#09
Pewaqaf atau penyumbang akan sentiasa didoakan oleh para pelajar tahfiz, para asatizah, serta para ulama dalam dan luar negara yang seringkali menziarahi maahad ini setiap tahun.
#10
Setiap sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah sub-seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan.
#11
Amalan bersedekah dan berinfaq harta ini adalah antara amalan yang sangat mujarab untuk memberkati harta dan menambah rezeki. Ada banyak hadith-hadith yang menceritakan tentang ganjaran berlipat ganda yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang suka bersedekah.
#12
Amalan bersedekah adalah antara amalan yang boleh menghapuskan dosa-dosa kerana Rasulullah telah bersabda, “sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api” (maksud hadith).
#13
Baginda Rasulullah telah bersabda bahawa di hari akhirat kelak, semua manusia akan dipayungi oleh sedekahnya sehingga tiba masa pengadilan. Pada hari akhirat yang dahsyat itu, sudah tentu kita memerlukan kepada payungan yang besar dan kuat.
Jom, sertai INFAQ PEMBELIAN TANAH.
RM25 utk 1/10 daripada 1 kaki persegi, atau
RM250 untuk 1 kaki persegi.
Untuk menyumbang, sila hubungi saya untuk kaedah sumbangan: 011-37251174
Atau klik sahaja pada pautan: https://www.wasap.my/601137251174/infaq+HL
Sijil INFAQ PEMBELIAN TANAH akan diberikan.
Jika anda ingin membuat infaq secara pembayaran online, sila klik pautan ini:
** infaq secara online pada kadar RM250 untuk 1 kaki persegi
“Sesungguhnya sumbangan tuan/puan amat besar nilainya dan terlalu berharga bagi kami. Semoga Allah memberikan kita semua taufiq agar sentiasa menjadi asbab tertegaknya tempat-tempat yang barakah di atas muka bumi ini. Aamiin.”
#assofasentiasadihati