Pengakhiran Agung Seorang Orientalis Jujur


Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam di dunia ini yang tidak mengenali dan tidak pernah mendengar nama Prof. Dr. Rex Sean O'Fahey. Beliau selama ini merupakan seorang pensyarah dan pengkaji berdedikasi di Universiti Bergen, yang terletak di kawasan pesisiran Norway. Namun, siapa yang menyangka bahawa di sebuah universiti yang jauh di dalam benua Eropah itu, beliau telah menghabiskan kebanyakan usia beliau untuk memberikan penumpuan kepada pengkajian tentang perihal seorang wali besar dunia Islam, Sayyid Ahmad ibn Idris radhiyallahu 'anh yang merupakan pengasas kepada Tarekat Ahmadiah Idrisiah. Buku beliau "The Enigmatic Saint" merupakan hasil karya yang menunjukkan dedikasi, minat, dan kecintaan beliau kepada Sayyid Ahmad ibn Idris. Begitu berharga buku beliau ini sehinggakan buku ini dijual di Amazon pada harga RM500!

https://amzn.to/2WjSMw5

Kesungguhan dan kecintaan beliau sebagai seorang pengkaji orientalis yang jujur, menghabiskan sebahagian besar kehidupan beliau untuk mengkaji sosok peribadi Sayyid Ahmad ibn Idris (sehingga cucu beliau sendiri pun mengenali nama Sayyid Ahmad ibn Idris), dibalas oleh Allah Subhanahu wa ta'ala dengan hadiah yang paling berharga. Dua minggu sebelum beliau wafat, beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan sebahagian besar ahli keluarga beliau.

Semoga Allah menghimpunkan beliau bersama para kekasihNya.


Testimoni daripada dunia akademik terhadap Prof. Rex Sean O'Fahey: Klik di sini
Previous
Next Post »