Ada segelintir pihak yang mengatakan bahawa Raja atau Sultan itu sebagai manusia tidak terlepas daripada undang-undang. Saya setuju, dan saya juga tidak bersetuju. Kedudukan seorang Raja tidak boleh disamakan dengan rakyat. Maka adalah tidak patut rakyat (termasuk para menteri) menjatuhkan hukuman terhadap seorang Raja. Di Malaysia, kita sudah mempunyai Majlis Raja-raja. Biarlah Majlis ini yang menjalankan tugas untuk mengawalselia para Raja. Tambahan para Raja di negara ini, semuanya mempunyai penasihat daripada kalangan ilmuan.
Dalam Rukun Negara, "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara" adalah prinsip kedua. Lihat, disebut "Raja" dahulu sebelum "Negara". Juga, prinsip ini diletakkan sebelum "Keluhuran Perlembagaan" dan "Kedaulatan Undang-undang". Maka, saya merasakan bahawa tuntutan untuk melayan para Raja dengan layanan yang sama seperti rakyat juga adalah merupakan satu bentuk "penghinaan" terhadap institusi raja.
Apakah sekarang Rukun Negara pun kita mahu runtuhkan?
--Naim Zulkipli