Ibadah Berjemaah


Gambar hiasan.

Teringat pesanan guru kami, Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Muhammadi, satu ketika dahulu. Pesan beliau, paling afdhal untuk melakukan amalan bagi kita orang awam ini - yakni orang yang banyak bergaul dengan dosa dan maksiat, tidak seperti para solihin dan awliya' - adalah amalan yang dilakukan secara berjemaah. Hal ini kerana kata beliau, apabila kita melakukan amalan secara berjemaah, seperti berdoa secara berjemaah, maka kemungkinan untuk doa tersebut dimakbulkan dan diberikan ganjarannya oleh Allah Subhanahu wa ta'ala adalah lebih besar kerana berkemungkinan ada dalam kalangan ahli jemaah yang berdoa tersebut orang yang soleh yang diterima doanya oleh Allah. Maka, dengan sebab diterima doa seorang ahli jemaah itu tadi, semua ahli ibadah yang turut berdoa akan mendapat habuannya juga kerana doa itu doa untuk jemaah.

Mungkin kerana besarnya nilai ibadah secara berjemaah, maka Sayyiduna Umar al Khattab radhiyallahu 'anhu telah menjalankan solat tarawih secara berjemaah (yang sebelumnya tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam) lalu menyatakan: "Inilah sebaik-baik bid'ah!"
Previous
Next Post »