Respon Kepada Aisyah Tajuddin

http://www.malaysiakini.com/news/292706



Rasanya ramai yang tidak setuju atau tidak sanggup pun dengan hukuman 'bakar' atau 'rogol' terhadap Aisyah, gadis BFM yang bodoh itu. Cuma, kita kena faham bahawa kata-kata kesat dan ancaman kasar terhadap Aisyah itu datangnya daripada perbuatan Aisyah sendiri. Jangan salahkan mereka yang marah itu. Mari kita ubah sedikit senario untuk memahaminya;

Katakan ada seseorang yang normal (bukan orang gila) menghina ibu kita. Cukup dengan kata-kata: "Wey, mak kau bodoh sangat kenapa?"

Sebagai seseorang yang normal, apakah kita akan:
A) memukul orang itu
B) memarahi atau menghina kembali orang itu
C) bersabar dan berlapang dada
D) tersenyum sahaja dan memaafkan orang itu

Saya rasa, semua orang yang normal akan bertindak mengikut pilihan A atau B. Betul?

Kenapa? Kerana maruah. Apabila seseorang yang mulia di sisi kita, dalam contoh di atas ibu kita, dihina dan dicerca maka sudah tentu sifat marah dalam diri kita akan bangkit - dan ini bukan sikap yang keji tetapi terpuji kerana dengan marah itulah kita akan mampu mempertahankan kemuliaan.

Dalam Islam, setiap satu yang wujud ada kedudukannya yang tersendiri. Orang bukan Islam tidak akan mampu memahami hal ini kerana susunan seperti ini tidak ada dalam agama mereka. Dalam Islam, kedudukan Allah, Rasulullah dan para ulama itu tertinggi, lebih tinggi daripada ibubapa kita sendiri, lebih tinggi daripada professor universiti atau bekas professor universiti.

Maka, jika ibubapa (atau anak) kita dihina kita marah, TERLEBIH WAJARLAH apabila Allah, Rasulullah atau para ulama dihina kita marah.

Kalau kau mempertahankan kata-kata kau atas dasar "freedom of speech", maka kau tidak boleh salahkan aku kalau aku kata: "Mak dan bapak kau bangang eh?". It's "freedom" of speech, isn't it...

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Unknown
admin
5:48 pm ×

"Saya rasa, semua orang yang normal akan bertindak mengikut pilihan A atau B."

secara logiknya adalah betul, tetapi memandangkan kita bercakap mengenai Maruah Allah dan Rasul, maka sebaiknya kita juga bertindak sebagaimana yang Allah dan RasulNya akan bertindak dalam situasi ini.

cuba kita bayangkan kemulian peribadi Rasulullah, memang Rasulullah tegas dalam menegakkan hak dan hukum Allah, tapi bukan dengan merendahkan maruah dan kemuliaan baginda sendiri dengan bertindak diluar norma akhlak islam.

apa yang kita cuba pamerkan, masih lagi dalam kontek orang bukan islam akan bertindak jika perkara ini berlaku kepada mereka, bukan dalam aspek orang islam menangani provocative.

Reply
avatar
Naimz
admin
3:02 am ×

Marah kepada orang yang menghina Allah dan Rasul-Nya adalah sebahagian daripada akhlak Islam wahai Fatim al Muhajir.

Reply
avatar