Syabas dan tahniah! Rafa'kanlah kesyukuran ke hadrat Allah 'azza wa jalla kerana dengan Rahmat-Nya kita dipanjangkan usia untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kalau hendak difikirkan dan direnungi, sudah tentu kita akan mendapati bahawa diri kita sebenarnya tidak layak untuk melalui bulan yang melimpah ruah dengan kebaikan ini. Kesucian bulan ini seharusnya tidak layak untuk dinodai dengan jasad dan jiwa yang hina dan penuh dengan kotoran dosa ini. Namun, besarnya Rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala, dengan berkat kasih penghulu kita Sayyiduna Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam, sekali lagi kita diberi peluang untuk menyucikan jiwa, mendidik rohani serta mengumpul bekalan akhirat sebanyaknya di dalam bulan Ramadhan ini.
Bersempena dengan Ramadhan 1434H ini, marilah kita bersama-sama menghayati lirik lagu di bawah ini:
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tapi malam kami muram bertemukan mu
Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenanganSalam Ramadhan!
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga