Wahai tuanku! Wahai Rasulullah!
Wahai yang mempunyai kemegahan di sisi Allah!
Sesungguhnya orang-orang yang melakukan kesalahan telah datang,
Dengan dosanya untuk memohon ampun kepada Allah...
Berkata tuan guru yang dikasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki:
“Tahniah dengan kedatangan Maulid Nabi 1431, Hari Kekasih buat semua Pencinta Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam. Tiada yang dapat dikalimahkan pada hari ini melainkan kalimah KEMAAFAN buatmu ya Rasulullah kerana kami tidak pantas menjadi umat kebanggaanmu dan atas kebiadaban kami terhadapmu.”
Semoga sambutan Maulidurrasul 1431 ini menjadikan kita lebih hampir kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.
Sollu ‘ala an-Nabiy!