Sedikit Rakaman Majlis Pernikahan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Syukur, telah lebih seminggu saya diijabkabulkan bersama pasangan hidup, Noor Adibah Binti Othman. Mohon maaf kepada kawan-kawan dan rakan kerana agak lambat memuatnaik (upload) gambar ke laman maya ini. Gambar-gambar pernikahan kami yang betul-betul berkualiti (yang diambil oleh jurukamera profesional) masih belum diperolehi. InsyaAllah, apabila telah diperolehi kelak akan saya muatnaik ke laman maya untuk tatapan kawan-kawan, khususnya yang tidak berkesempatan menghadiri majlis pernikahan saya tempoh hari. Kepada yang menghadirkan diri, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Kepada yang tidak berkesempatan menghadirkan diri, harap dapat dipanjangkan doa buat kami; mudah-mudahan rumahtangga yang dibina ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala serta dilimpahi dengan Mawaddah wa Rahmah.

Pernikahan itu perlu diwar-warkan dan dihebahkan. Tujuannya, antara lain, adalah untuk mengelakkan fitnah dan memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan ini sudah diijabkabulkan secara sah. Justeru, di sini saya sertakan beberapa gambar yang ada dalam simpanan kami untuk tatapan semua. Terima kasih kepada isteri tercinta yang tidak lupa meminta rakan-rakan mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa ta’ala merahmatinya dan menjadikan isteri saya sebagai seorang isteri yang solehah, serta menjadikan saya seorang suami yang soleh untuk isteri saya.

Terima kasih kepada adik kami, Syed Putra Iqmal yang telah menyediakan gambar berikut khusus buat kami. Mudahan beliau cepat bertemu jodoh! (Hahaha...)

Previous
Next Post »

9 comments

Click here for comments
4:40 pm ×

Assalamualaykum Syeikh. Maaf kerana tak berkesempatan walimatul urus enta. Ana doakan agar ikatan murni ini menuju kepada mawaddah wa rahmah dan keluarga sakinah.

Reply
avatar
innii
admin
12:44 am ×

Tahniah kepada pasangan abg naim dan adib..

p/s : lepas ni sape lak exco pusat naik pelamin ye..huhu..

Reply
avatar
alifzaimimra
admin
11:18 am ×

salam dan tahniah buat abg naim n diba. maaf tak dapat hadir ke majlis walimah kalian. hawa doakan moga hubungan kalian berkekalan hingga akhir hayat. :)

Reply
avatar
12:15 pm ×

Mabruk!!

Maaf tidak dpt menghadirkan diri
Mg kebahagiaan kekal ke akhir hayat

Reply
avatar
ummu
admin
7:30 am ×

salam ziarah,
selamat pengantin baru.semoga diberkati Allah hingga ke akhirnya.

Reply
avatar
Anonymous
admin
11:54 am ×

comelnye pic....
smoga berbahagia...

Reply
avatar
Izzan Fahat
admin
1:59 pm ×

salamun alaik

tahniah di atas ikatan perkahwinan yg bertaut.smga kekal hngga ke akhir hayat :)

Reply
avatar
neem
admin
6:29 pm ×

tahniah..

tgk gmbr dalam blog neem

Reply
avatar
NURILHAM
admin
2:02 am ×

comelnyerr gambar kawin...berseri2 muka adib..haha..tahniah buat abg naim n adib..moga bakal melahirkan zuriat yg soleh n solehah!hu3

Reply
avatar