Akhirnya, setelah lebih seminggu rakyat Malaysia menunggu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan senarai nama anggota Kabinet baru bagi kerajaan Malaysia. Keputusan luar jangka dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu ternyata memberikan kesan kepada pemilihan jemaah menteri bagi sesi kali ini. Beberapa muka-muka lama tidak lagi terpilih, dan begitu juga beberapa muka-muka baru dilantik. Jawatan Setiausaha Parlimen tidak lagi diwujudkan, sesuai dengan keadaan Barisan Nasional (BN) yang semakin kekurangan ahli Parlimen yang boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet. Berikut adalah senarai penuh jemaah Menteri Malaysia yang baru;
Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Razak
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail
KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh
Tahniah diucapkan kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang telah dilantik. Rakyat pastinya mengharapkan agar semua pemimpin-pemimpin ini akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Kita semua mengharapkan agar pemimpin-pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat ini akan dapat benar-benar menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, memberikan manfaat kepada rakyat serta memacu masyarakat negara ini ke arah kecemerlangan yang menyeluruh.
Mengambil semangat daripada ucapan Saidina Abu Bakr As-Siddiq, ketika mula-mula dilantik sebagai khalifah bagi umat Islam, yang mana beliau mengatakan: “Jika sekiranya kamu melihat aku melakukan kebaikan maka bantulah aku dan sekiranya kamu melihat aku melakukan kesalahan maka tegurlah aku.” Sikap tawadhu’ (rendah diri) yang terbit daripada kesedaran bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa, bukan yang paling tinggi jawatannya di dunia ini. Mengambil sikap tersebut, aku ingin menyeru kepada seluruh masyarakat di negara ini agar memberikan sokongan padu kepada jemaah Menteri yang baru dilantik, selagimana mereka menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan betul. Tetapi jika sebaliknya, maka ayuh kita menegur secara berhikmah.
Khusus buat semua Menteri, Timbalan Menteri, serta Ahli Parlimen serta Ahli DUN sekalian, aku titipkan di sini sebuah nasihat daripada Hassan Al-Basri kepada Khalifah ‘Umar Ibn ‘Abdul Aziz, yang aku kira cukup untuk dijadikan nasihat dan peringatan kepada semua pemimpin negara ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perhatikan, nasihat Hassan Al-Basri ini;
“Ketahuilah wahai Amirul-Mu’minin, Allah mengangkat seorang pemimpin yang adil itu adalah untuk menegakkan setiap yang lurus, untuk melempangkan setiap yang menyeleweng, untuk membetulkan setiap yang rosak, untuk membantu setiap yang lemah, untuk menginsafkan setiap yang membuat penganiayaan, untuk memberi kekuatan setiap yang dianiaya dan untuk menolong setiap yang sengsara.”
Begitu juga, contohilah sikap kepimpinan serta rasa pertanggungjawaban sepertimana yang ada pada salah seorang khalifah agung umat Islam, Khalifah ‘Umar Ibn ‘Abdul Aziz. Beliau pernah berkata: “Aku akan dipersoalkan oleh Allah walaupun seorang kanak-kanak mati di tebing Sungai Furat.”
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa amanah kepimpinan itu adalah amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dia berkuasa untuk mengangkat sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia juga berkuasa untuk menurunkan sesiapa yang Dia kehendaki. Justeru, janganlah kalian sebagai pemimpin negara berasa angkuh dan sombong dengan kedudukan yang ada, kerana sesungguhnya kesombongan itu hanyalah hak Allah S.W.T. semata-mata.