CARA BELI DAN LIHAT REKOD SIMPANAN EMAS DI QM



Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun simpanan emas di bawah Quantum Metal (QM), ini adalah panduan ringkas tentang bagaimana untuk membuat pembelian emas sebagai simpanan (GSA), dan bagaimana untuk melihat rekod emas yang anda telah beli.


Langkah #1:

Setelah anda mendaftar masuk ke portal ahli, klik pada menu GSA dan pilih “QM Sell”. Perkataan “QM Sell” bermaksud pihak QM menjual (sell) emas kepada anda. Jangan salah pilih “QM Buy” kerana “QM Buy” bermaksud pihak QM membeli (buy) emas daripada anda.




Langkah #2:

(1) Pilih akaun GSA untuk menyimpan emas yang dibeli.
(2) Masukkan nilai (dalam RM) emas yang hendak dibeli.
(3) Pilih kaedah pembayaran (pilih FPX untuk perbankan online).

 


Langkah #3:

Sahkan semua maklumat pembelian adalah betul. Tekan confirm.

 


Langkah #4:

Pilih bank anda, dan teruskan pembayaran sepertimana transaksi pembelian online yang lain.


Setelah selesai, anda akan mendapat mesej pengesahan. Anda boleh muat turun segala dokumen (PDF) yang dilampirkan untuk simpanan rekod.

Di halaman utama ini, anda boleh melihat rekod Gold Storage Account (GSA) anda:


Simpanan emas dikira dalam unit gram / tray ounce. Nilai yang dipaparkan pada bahagian “Approx Value” adalah berdasarkan kepada harga belian semasa (QM Buy price — juga ada dipaparkan di halaman utama).

Ingat, dengan GSA ini, anda boleh membeli emas serendah RM10. Emas terkumpul di dalam GSA anda boleh dijual pada bila-bila masa kepada QM, atau boleh ditebus sebagai emas fizikal. Simpanan dalam GSA juga boleh digunakan untuk GCA / GAE (produk QM yang lain, akan diterangkan di dalam penulisan yang lain). Semuanya itu boleh dilakukan dengan mudah melalui portal ahli QM anda.

Selamat menyimpan emas!



=======
Buka akaun simpanan emas patuh syariah di QM secara percuma:
https://bit.ly/daftar-akaun-simpanan-emas

Previous
Next Post »