PELUANG PENGAJIAN UNTUK LEPASAN SPM

PELUANG PENGAJIAN UNTUK LEPASAN SPM


Bidang pengajian yang terbaik untuk masa depan adalah bidang pengajian Islam. Dalam pandangan hidup Islam, berbeza dengan pandangan hidup Barat, setiap sesuatu yang wujud ada tempat dan kedudukannya yang tersendiri. Begitulah dengan ilmu; dalam Islam, setiap sesuatu ilmu tidak sama taraf antara satu sama lain. Contohnya, ilmu Al Qur’an dan ilmu biologi tidak sama taraf, tidak sama tahap kepentingannya dan tidak sama tahap kemuliaannya. Ilmu Al Qur’an sudah tentu lebih tinggi kedudukannya daripada ilmu biologi kerana ilmu Al Qur’an adalah ilmu tentang wahyu Ilahi, kalam Tuhan, yang lebih penting dan lebih tinggi daripada ilmu tentang tubuh badan manusia dan haiwan.

Justeru, bidang pengajian yang terbaik untuk masa depan dunia dan akhirat adalah bidang pengajian Islam – tanpa menafikan kepentingan bidang-bidang pengajian yang lain.

Bagi para pelajar lepasan SPM, saya tawarkan kepada anda peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian Islam di Kolej Islam As-Sofa. Jika anda bukan lepasan daripada sekolah agama, tawaran ini juga untuk anda kerana syarat kelayakan untuk masuk ke Kolej Islam As-Sofa adalah minima.

Jika anda, atau ahli keluarga, atau rakan taulan, berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kolej Islam As-Sofa, sila berhubung dengan pejabat Kolej Islam As-Sofa di talian 03-42664408 (Pejabat) atau 011-35668051 (WhatsApp).

Jika ingin memohon terus untuk kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa, sila isi borang permohonan online di website Kolej Islam As-Sofa.

Sila baca beberapa persoalan lazim di bawah, beserta jawapan dan penerangannya.


Apakah program yang ditawarkan di Kolej Islam As-Sofa?

Kolej Islam As-Sofa menawarkan program-program berikut:
  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Kewangan & Perbankan Islam
  • Diploma Tahfiz Al-Qur’an dan Qiraat
  • Diploma Kaunseling
  • Sijil Pengajian Islam


Apakah program di Kolej Islam As-Sofa ini diiktiraf?

Ya, semua program pengajian yang dijalankan di Kolej Islam As-Sofa telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan dan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Apakah syarat kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa?

Bagi program Diploma Syariah Islamiyyah dan Diploma Usuluddin, syaratnya adalah:
# Mendapat 3 kredit dalam SPM, dan
# Lulus salah satu subjek pengajian Islam

Bagi program Diploma Kewangan & Perbankan Islam, syaratnya adalah:
# Mendapat 3 kredit dalam SPM, dan
# Lulus subjek Matematik

Bagi program Diploma Tahfiz Al-Qur’an dan Qiraat, syaratnya adalah:
# Mendapat 3 kredit dalam SPM, dan
# Lulus salah satu subjek pengajian Islam, dan
# Lulus temuduga di Kolej Islam As-Sofa

Bagi program Diploma Kaunseling, syaratnya adalah:
# Mendapat 3 kredit dalam SPM


Berapakah yuran di Kolej Islam As-Sofa?

Yuran di Kolej Islam As-Sofa adalah seperti berikut:
  • Yuran pendaftaran: RM1,000 (sekali sahaja)
  • Yuran pengajian: RM15,000
  • Yuran asrama: RM150 sebulan
  • Yuran MPP: RM50 (sekali sahaja)
  • Makan minum tanggungan sendiri
  • Buku-buku yang diperlukan tanggungan sendiri

** Kadar yuran mungkin berubah. Sila berhubungan dengan pihak Kolej Islam As-Sofa untuk mendapatkan kadar yuran-yuran yang paling tepat dan semasa.


Lepas tamat di Kolej Islam As-Sofa boleh pergi mana?

Kolej Islam As-Sofa telah membuat perjanjian dengan beberapa universiti untuk membolehkan para graduan Kolej Islam As-Sofa mendapat laluan pendidikan yang terbaik. Sehingga kini, Kolej Islam As-Sofa telah membuat perjanjian persefahaman dengan:
  • Universiti Muhammad ke-5, Maghribi
  • Universiti Qurawiyyin, Maghribi
  • Universiti Zaytuna, Tunisia
  • Universiti Khartoum, Sudan
  • Universiti Al-Qur’an Al-Karim & Ilmu-ilmu Islam, Sudan
  • IAIN Sulthan Thaha Saifuddin, Indonesia
  • Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
Selain itu, para pelajar Kolej Islam As-Sofa juga berpeluang untuk menyambung ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain di seluruh negara.


Apakah prospek kerjaya bagi lepasan Kolej Islam As-Sofa?

Bidang pengajian Islam adalah antara bidang yang paling luas serta lumayan dari segi prospek masa hadapan. Di samping fahaman tipikal bahawa lepasan pengajian Islam boleh menjadi guru agama atau pensyarah agama, lepasan bidang pengajian Islam berpotensi untuk menjadi:
  • Penasihat Diraja (Sultan adalah ketua agama)
  • Hakim Syariah
  • Peguam Syariah
  • Pegawai Penyelidik
  • Mufti atau Ahli Majlis Fatwa
  • Panel Syariah (Malaysia bergerak ke arah hab-halal dunia)
  • Kerjaya dalam perbankan Islam
  • Kerjaya dalam Takaful
  • Penerbit / Penyunting penulisan-penulisan
  • Mudir / Pengetua / Pentadbir
  • Imam / Qadhi
  • Dan lain-lain lagi.
Graduan Kolej Islam As-Sofa mempunyai beberapa nilai tambah yang istimewa kerana mereka mengaji dan mengkhatamkan kitab-kitab turath, serta mereka akan diberikan keutamaan untuk diserap masuk sebagai tenaga pengajar dan staf pentadbiran ke semua institusi-institusi pendidikan di bawah Sofa Education Group yang sehingga kini sudah mempunyai lebih 15 cawangan institusi pendidikan rasmi dan tidak rasmi di seluruh dunia.


Apakah keistimewaan di Kolej Islam As-Sofa?

Antara keistimewaan yang eksklusif di Kolej Islam As-Sofa adalah:
  • Sistem pentarbiahan berasaskan Al-Qur’an. Para pelajar Kolej Islam As-Sofa akan bertadarus membaca Al-Qur’an sebanyak 1 juzuk setiap hari. Setiap bulan akan diadakan majlis pengkhataman Al-Qur’an.

  • Hampir setiap malam surau Kolej Islam As-Sofa dihidupkan dengan pengajian kitab-kitab turath yang diwajibkan kepada para pelajar Kolej Islam As-Sofa.

  • Pembacaan hadith. Para pelajar Kolej Islam As-Sofa berpeluang untuk membaca dan mendapat ijazah sanad hadith (yang bersambung sehingga kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam). Antara program tahunan di Kolej Islam As-Sofa adalah bacaan kesemua Sunan Sittah dan kitab Al Muwatta’ Imam Malik.

  • Institusi Ahli Sunnah wal Jamaah yang diiktiraf. Kolej Islam As-Sofa adalah institusi di bawah Sofa Education Group, yakni organisasi yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai institusi Ahli Sunnah wal Jamaah.

  • Jaringan antarabangsa yang unik. Antara keistimewaan eksklusif Kolej Islam As-Sofa adalah jaringan perjanjian yang dimeterai dengan universiti yang tertua di dunia – Universiti Qurawiyyin, Maghribi.

  • Kolej Islam As-Sofa setiap tahun akan menerima kunjungan ulama dan ilmuan daripada seluruh pelusuk dunia. Di samping itu, para pelajar Kolej Islam As-Sofa akan sentiasa berpeluang untuk mendapat pendedahan terlibat dengan pelbagai aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Fasiliti dan kemudahan yang terbaik – sesuai dengan taraf pengajian Islam yang merupakan bidang pengajian yang paling mulia. Kemudahan tempat belajar yang selesa dan majlis graduasi yang diadakan di hotel 5 bintang.

  • Penekanan terhadap adab dan mahabbah yang menjadikan suasana belajar di Kolej Islam As-Sofa sangat unik dan menyeronokkan. Kolej Islam As-Sofa ibarat sebuah keluarga besar!




Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Nizam
admin
8:10 pm ×

Assalamualaikum,

Kami menawarkan pelbagai kursus yang menarik dan relevan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM atau diploma yang ingin melajutkan pengajian di peringkat universiti, termasuklah program perantis Hospitaliti terbaik yang menawarkan peluang kerja di luar negara.

Program Perantis Hospitaliti Vatel -
⦁ Jaminan kerja lepas tamat pengajian
⦁ Program yang dimuatkan 1.5 tahun pengalaman industri bagi setiap pelajar
⦁ Institut pengurusan hotel terkemuka di Dunia
⦁ MoU / perjanjian dengan hotel-hotel yang terkenal di peringkat antarabangsa
⦁ Peluang berkerja di luar Negara / Program Tukar Pelajar

Ada juga disediakan biasiswa yg berjumlah RM20 juta untuk yang layak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nizam 011-2806 3089 (WhatsApp / sms / call).

Boleh juga layari https://matkarier.wixsite.com/lepasansekolah atau https://www.facebook.com/MatKarier.

Reply
avatar
love
admin
1:48 am ×

Yuran Rm15,000 untuk pengajian Diploma selama 2 Tahun yer.

Reply
avatar