Melahirkan Pemimpin Remaja

Minggu lepas usai berprogram bersama dengan 15 orang remaja Muslim lelaki di Kuching, Sarawak. Program tersebut yang merupakan satu program latihan bagi memupuk kepimpinan serta kemahiran pengurusan program dalam kalangan remaja Muslim lelaki Sarawak. Satu hal yang menjadi pemerhatian peribadi saya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini adalah kekurangan "leadership character" yang muncul daripada kalangan remaja Muslim. Bukan tidak ada, tetapi sangat kurang. Mungkin kerana para remaja zaman sekarang lebih banyak dimanjakan; mungkin juga kerana manusia-manusia yang semakin keliru yang menggerakkan sistem pendidikan di negara ini yang memfokuskan kepada pembinaan "a good citizen" daripada melahirkan "a good man".

Oh ya, jangan keliru pula. Mereka yang lantang berpidato, handal berdebat, boleh mewakili sekolah dan negara dalam bermacam pertandingan, tidak semestinya mempunyai "leadership character". Kepimpinan bukan ditandai dengan kepetahan berpidato, walaupun kemahiran berkomunikasi adalah salah satu daripada kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin yang baik.

Apapun, program bersama 15 orang remaja Muslim lelaki Sarawak tersebut telah berjalan dengan baik. Program ini masih lagi berjalan kini, dengan beberapa tugasan yang telah diberikan kepada mereka untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan ini. Mudah-mudahan sepanjang beberapa bulan menjalankan tugasan ini, mereka melalui pengalaman yang menginsafkan, mematangkan dan mengajar mereka banyak perkara tentang kepimpinan dan pengurusan.







Previous
Next Post »