KPHI SARAWAK: MASALAH DALAMAN KAUM MUSLIMIN



Umat Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang cukup kompleks. Dalam usaha untuk merungkaikan segala permasalahan yang melanda umat Islam, serta seterusnya membangunkan kembali sebuah tamadun umat yang terbaik, adalah penting untuk umat ini mengenalpasti akar kepada segala masalah yang melanda umat; supaya segala masalah itu dapat dicabut daripada akar umbinya yang akan memastikan segala masalah lain yang timbul daripada masalah akar itu dapat diselesaikan secara efektif dan kekal.

Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, masalah akar bagi umat Islam pada hari ini adalah masalah kehilangan adab (loss of adab). Adab dibentuk oleh dua kemampuan yakni kemampuan mengenal (recognition) dan mengiktiraf (acknowledgement). Kedua-dua perkara tersebut adalah asas kepada disiplin diri (body), akal (mind) dan jiwa (soul). Maka kehilangan adab ertinya kehilangan disiplin diri, akal dan jiwa. Akibatnya, seseorang itu:

a.       Tidak mampu mengenal dan mengiktiraf kedudukan sebenar dirinya dari sudut hubungannya dengan kemampuan dan potensi fizikal, intelektual dan spiritual.

b.       Tidak mampu mengenal dan mengiktiraf kedudukan dirinya yang sebenar dan hubungannya dengan masyarakat dan umat.

c.       Tidak mampu mengenal dan mengiktiraf hakikat bahawa ilmu dan kewujudan mempunyai hirarki yang tersendiri.

Antara gejala kehilangan adab dalam masyarakat yang dapat diperhatikan pada hari ini adalah penyamarataan semua orang hinggakan Pemilik Kewibawaan yang sah sekalipun diletakkan setaraf dengan yang lain oleh orang-orang yang langsung tidak berwibawa. Selain daripada itu, orang yang tidak beradab cenderung membesarkan kesilapan-kesilapan kecil dan melupakan jasa dan sumbangan para ilmuan silam. Ini adalah bertentangan dengan tuntutan adab. Orang yang tidak beradab juga suka menyalahkan Mazhab dan Tasawuf secara melulu sekaligus memusuhi para Ulama Mujtahidun dan orang-orang yang dikurniakan ilmu Kerohanian oleh Allah. Di samping itu, golongan yang tidak beradab akan menumpukan perhatian kepada persoalan Umat dan pemerintahan negara (politik) dan melupakan peranan individu. Ini membuka ruang kepada kemasukan sekularisme, ideologi sekular dan pendidikan sekular. Kemuncak kepada gejala kehilangan adab ialah meletakkan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam setaraf dengan manusia biasa sehingga kedudukan sebenar Baginda sebagai utusan Allah semakin diperkecilkan.

[Ringkasan daripada buku “Islam and Secularism” oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Bab IV ‘The Muslim Dilemma’]

Untuk memahami dengan lebih baik masalah yang sedang melanda kaum Muslimin pada hari ini, saudara dan saudari dijemput menghadiri Kursus Pandangan Hidup Islam (KPHI) dengan tajuk “Masalah Dalaman Kaum Muslimin” yang akan disampaikan oleh En. Md. Asham Bin Ahmad daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Kuching. Program bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Tiada yuran dikenakan dan minum pagi serta makan tengahari akan disediakan untuk semua peserta. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 082-230726 (Pejabat), 019-6136759 (Aminah), 019-8212606 (Shamsiah), atau 019-8285019 (Naim).
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Fakeh
admin
1:15 am ×

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Congrats bro Fakeh you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar