Cuba lihat gambar sebuah naskah terjemahan Al-Qur’an di atas yang saya kira dimiliki oleh ramai orang Islam di negara ini. Naskah tersebut tulisannya cantik dan kemas, terjemahannya walaupun dalam Bahasa Indonesia tetapi sangat mudah difahami. Juga, naskah Al-Qur’an ini boleh diperolehi secara percuma, hadiah daripada Raja Arab Saudi. Mohon sahaja daripada kedutaan Arab Saudi, mereka akan memberikannya secara percuma.
Namun, aku kira adalah perlu untuk aku ketengahkan satu hal yang cukup penting, yang selama ini aku sendiri tidak perasan. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas tuan guru, Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki yang telah menunjuki kami kesalahan besar yang terdapat dalam naskah terjemahan Al-Qur’an tersebut.
Cuba kalian selak naskah Al-Qur’an yang cantik itu, buka halaman 63; Juzu’ ke-3, surah Al-Baqarah. Bacalah terjemahan bagi Ayat Kursi yang diberikan. Nah, terjemahannya memang tidak ada masalah. Tetapi cuba lihat nota kaki bernombor 161, penjelasan yang diberikan oleh penterjemah bagi menghuraikan perkataan ”Kursi” Allah dalam ayat tersebut. Bagi yang tidak punya naskah terjemahan itu, aku salinkan di sini nota kaki yang menghuraikan makna ”Kursi” (ini tulisan rumi bagi perkataan ’arab itu - sila rujuk Al-Qur’an untuk ejaan sebenar) tersebut:
Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya. Pendapat yang sahih terhadap ma’na ”Kursi” ialah tempat letak telapak kakiNya.
Maha Suci Allah daripada sebarang persamaan dengan makhluk! Terjemahan tersebut adalah merupakan terjemahan mereka yang mempunyai ’aqidah mujassimah - ya’ni ’aqidah yang meletakkan Allah sebagai mempunyai jisim, mempunyai anggota! Maha Suci Allah daripada segala apa yang mereka dakwakan itu! Sebagai seorang Islam yang berada di atas landasan lurus ahli sunnah wal jama’ah, mana mungkin Allah menyerupai makhlukNya!
Firman Allah dalam Al-Qur’an yang lebih kurang maksudnya:
”Katakanlah (wahai Muhammad): ’(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)
Tiada suatu pun yang serupa dan sebanding dengan Allah S.W.T. Sedangkan ”telapak kaki” itu adalah merupakan makhluk - ciptaan Allah seperti terdapat pada manusia, pada haiwan. Mustahil sama sekali bagi kita yang mempunyai ’aqidah yang benar menyatakan bahawa Allah mempunyai ”telapak kaki”, kemudian ada pula ”tempat letaknya”. Itu suatu kesesatan!
Aku memetik tulisan al-’Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ’Alawi al-Maliki al-Hasani dalam kitabnya bertajuk ”Qul Haazihi Sabiili”, yang telah diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki dengan tajuk ”Inilah Jalanku”; dalam bab pertama di bawah tajuk ”Dialah Tuhan Yang Tidak Menyerupai Sesuatu”:
”Sesungguhnya Allah S.W.T. suci dari dilingkungi oleh masa dan tempat. Maka Dia tidak disertai oleh suatu masa dan tidak ditempati oleh suatu tempat, kerana Dia adalah Tuhan yang mencipta masa dan tempat. Bagaimanakah pula Dia memerlukan kepada kedua-duanya?”
Dalam kitab tersebut beliau juga menyatakan bahawa Allah S.W.T. juga suci daripada sebarang penyerupaan dengan sesuatu dari makhluk ciptaanNya pada mana-mana bentuk penyerupaan.
Firman Allah dalam Al-Qur’an yang lebih kurang maksudnya:
”Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat, sifat-sifat, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Asy-Syuura: 11)
Justeru, kita perlu sangat berhati-hati dalam mengambil pakai terjemahan yang salah dan menyeleweng, yang dilakukan oleh orang-orang yang mungkin tidak memahami disiplin dan adab dalam melakukan penterjemahan Al-Qur’an. Para salafussoleh (sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in) mempunyai satu kaedah dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Qur’an yang kesamaran maksudnya ini: ”kami beriman dengan maksud yang dikehendaki oleh Allah, bukan yang dikehendaki oleh kami”. Oleh sebab itu, Imam Ghazali melarang kita daripada menterjemahkan kalimah-kalimah yang tidak jelas maksudnya seperti ini; gunakan sahaja perkataan dan istilah asal, itu lebih selamat.
Kita tidak boleh memandang enteng kesalahan seperti ini, kerana menyamakan Allah dengan makhluk adalah merupakan syirik; dan syirik itu dosa yang terbesar! Jangan sesekali kita menyamakan Allah dengan makhluk, sama ada secara zat, sifat atau perbuatan. Semoga Allah terus menyuluhi kita dengan hidayah-Nya tanpa putus, serta mencucuri ke atas kita limpahan Rahmat-Nya.
Maha Suci Allah, Allah jua yang Maha Mengetahui.
5 comments
Click here for commentsKomen ini ana dah edit dan komen sebelum ni ana harap anta tolong deletekan
ReplyAssalamua'laikum w.b.t..
Terjemahan ayat kursi
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
Al-baqarah - 255
Dan nota kaki tersebut tertulis Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya. Pendapat yang sahih terhadap ma’na ”Kursi” ialah tempat letak telapak kakiNya.
Ana tidak hebat berbahasa Arab, apatah lagi bahasa Al-Quran.
Ayat-ayat mutasyabihat, apabila ditafsirkan secara akal, akan menghasilak sifat-sifat yang fizik yang lagi menjisimkan. Walau bagaimanapun, jika ayat (maupun nota kaki) ini dibaca dengan mata hati, ia dapat dilihat dari perspeksi yang berbeza.
"Tapak kaki" yang disebut pada nota kaki seolah-olah melambangkan sifat kukuh. Berdiri (ana bukan menyifatkan Allah berdiri seperti berdirinya manusia) dengan kukuh sehingga menghasilkan kesan tapak seolah-olah menyatakan ilmu atau kekuasaan Allah adalah sangat kukuh, firm, mendatangkan kesan tanpa paksaan mana-mana makhluk, tidak dapat disangkal apatah lagi oleh makhluk yang lebih kecil dari langit dan bumi! Kerdilnya manusia ini seperti semut yang boleh ‘dipijak’ bila-bila Dia kehendaki.
Ana bukanlah berakidah mujassimah, naud'zubillah. Tapi, ana memandang realiti ummat Islam apabila berhadapan dengan isu seperti ini. Sifat mudah melatah masyarakat, tidak mustahil tafser Al-Quran jenis ini kelak ditemui di tong sampah, dibakar ataupun mengundang sifat futur empunyanya yang tidak mempunyai duit untuk membeli tafsir yang lain ataupun sebagai tipu daya syaitan untuk meyemarakan lagi khilaf antara gol wahabi dan ahlusunnah.
Gara-gara marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Asalnya pasti dari sebatang mancis dan artikel seperti ini mungkin boleh menjadi mancisnya.
In internet, it is possible, that Rom can be built in one day...
Pesan ana kepada semua, Al-Quran harus dibaca secara zahir dan batin (of course dengan asbabun nuzul)agar kita tidak memperbodohkan diri sendiri hingga membayangkan Allah itu seolah-olah berjisim dengan adanya kaki dan tangan...
anonymous to anonymous:
Replyana setuju..
pandanglah dgn mata hati..
bagaimana pula akhie naim cuba bayangkan dgn ayat ini...
"Demi jiwa yang berada di dalam genggamanNya?"
Ayat ini seringkali digunakan...maafn ana bukan experties, ana tak pasti ni ayat quran atau tak..
tapi, adakah akan ada yg mentafsirkan ayat ini seolah Allah ada sepasang tangan yang mengenggam jiwa manusia?? (na'udhubillah..)
Eloklah kalau dah perasan diri bukan "pakar"..
ReplyJadi, toksah la nak menserabutkan akal dengan mentakwil ayat-ayat mutasyabihat..
guano?
salam wbt..
Replyem, disebabkan belum pakar, ana tak berani nak tulis sama ada setuju atau tidak..huhu
tapi akh naim, kalau tak salah quran tu mesti ada tulis
"sebarang penemuan kesalahan/komen sila laporkan kpd penerbit.." (atau ayat2 yg sewaktu dengannya)
jadi..elok juga rasanya kalau akh naim dapat bawa berbincang dengan pihak penerbit.
insyaAllah pasti ada tindakan susulan yang lebih baik =)
Al-Quran dan terjemahan ini tentulah menurut ajaran Wahhabi sebab negara Arab Saudi mengikut fahaman tersebut. Teringat soalan Dr. Mashitah baru-baru ini di Utusan Malaysia, kalau sesat, maka tak bolehlah kita menunaikan ibadat haji sebab Masjid al-Haram di dalam negara yang menurut ajaran Wahhabi.
ReplySayangnya dakwah Ibn Taymiyyah disalah erti oleh golongan Wahhabi. Melarang keras itu adalah cara peribadi Ibn Taymiyyah. Beliau mahu umat Islam berfikir dan tidak mengikut ibadah yang menjadi tradisi semata-mata tanpa memahami makna sebenar sesuatu ibadah itu.