Kalungan Al-Fatihah...

Kematian itu hakikat kehidupan,
Yang hidup pasti pergi,
Bertemu Tuhan yang dicintai,
Melangkah semakin hampir ke negeri abadi...

Mari bersama kita membacakan Surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham Wahi Bin Che Tong yang telah meninggal dunia pada pagi tadi (29/3/08) jam 7.45 pagi. Allahyarham Wahi Bin Che Tong adalah merupakan ayahanda tercinta kepada sahabat saya, rakan seperjuangan, teman se-usrah, Sdri. Aisah Munirah Binti Wahi. Semoga saudari sentiasa tabah, sepertimana selalunya, dengan ketentuan Allah S.W.T. ini. Mudah-mudahan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh.

Takziah buat Sdri. Aisah Munirah dan keluarga.

Al-Fatihah.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
anis
admin
7:11 pm ×

Assalamu'alaikum wr wb..

innalillahi wa inna ilahi raji'un..
takziah buat kak Aishah. Smg kepergian ayahanda nya mendapat rahmat Allah.. Ya Allah.. tabahkan hati sahabat2 yg bersama berjuang di jalan_MU ya Allah..

Congrats bro anis you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar