HATI-HATI DENGAN TAKTIK SCAMMER TERBARU DI TELEGRAM



Semenjak kebelakangan ini aktiviti penipuan (scamming) atas talian semakin menjadi-jadi. Salah satu faktor penggalak adalah kerana para penjahat yang memilih untuk menjadi scammer itu tahu bahawa ada ramai pengguna gajet di luar sana yang mudah tertipu.

Antara yang terbaru, kelompok scammer ini menggunakan aplikasi Telegram untuk memancing mangsa membayar duit yang konon-kononnya untuk pelaburan yang mampu menghasilkan keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sila jangan tertipu!

Ini adalah ciri-ciri grup Telegram yang merupakan scammer. Jika anda mendapati ada ciri-ciri ini, jangan terpedaya dan sila berhati-hati.

1. Anda tiba-tiba dimasukkan ke dalam group untuk pelaburan oleh orang yang tidak dikenali tanpa diminta.

2. Ramai orang dalam grup tersebut yang memberikan “testimoni” dan ramai pula yang mengatakan ingin melabur lagi. INGAT: dalam grup yang sebenar dengan perilaku manusia yang sebenar, jarang sekali ada orang yang menyebut-nyebut ingin melabur lagi di dalam grup kerana selalunya keputusan tersebut akan disebut secara PM kepada orang yang menguruskan, bukan secara umum di dalam grup. Malah, tidak ada sesiapa yang akan secara sukarela memberikan testimoni melainkan diminta.

3. Anda boleh uji kesahihan “para pelabur” yang memberikan “testimoni” dengan cuba untuk chat bersama mereka secara peribadi. Jika mereka adalah watak yang tidak benar, anda akan mendapati bahasa yang digunakan semasa chat adalah pelik. Kadang-kala, ada pengguna yang namanya nama Melayu tetapi tidak tahu berbahasa Melayu.

4. Modus operandi mereka di dalam grup penipuan tersebut adalah: mewujudkan banyak watak palsu untuk memberikan gambaran seolah-olah ramai yang telah berjaya melalui pelaburan tersebut. Watak-watak palsu ini akan menulis: (i) ayat testimoni yang menyebut berapa keuntungan yang mereka dapat, dan (ii) menyebut pula bahawa mereka ingin melabur lagi.

Ini adalah antara screenshot grup penipuan di Telegram tersebut:




Sekiranya anda dimasukkan ke dalam grup penipuan tersebut, apa yang perlu anda lakukan adalah JANGAN menulis atau respon apa-apa. Ini adalah kerana jika anda menulis atau respon apa-apa yang tidak disenangi oleh pemilik grup tersebut, mereka akan melaporkan mesej anda kepada Telegram dan akaun anda boleh dibatalkan oleh Telegram.

Sebaliknya, apabila anda dimasukkan ke dalam grup-grup penipuan ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menekan pautan “REPORT SPAM AND LEAVE” yang berwarna merah yang berada di bahagian atas dalam ruangan chat. Apabila ramai yang telah menekan pautan tersebut, maka Telegram boleh mengambil tindakan dengan menutup grup tersebut.

Semoga kita semua terhindar daripada menjadi mangsa penipuan.



-----

Kami boleh bantu anda untuk:
✅ Membina website profesional
✅ Membangunkan sistem database yang "custom"
✅ Menghasilkan aplikasi online

Hubungi kami untuk info lanjut:
📲 011-20884110
https://www.wasap.my/601120884110/Nak+Website

——
Naim Zulkipli
AMZ IT Solutions

Previous
Next Post »