PANDUAN KEJURULATIHAN MUSLIM
Bagi seorang jurulatih muslim, persiapan rohani itu perlu diberikan penekanan yang lebih penting daripada persiapan fizikal. Dalam melaksanakan program latihan, seorang jurulatih muslim perlu hadir dengan membawa hati yang ikhlas melaksanakan program itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Keikhlasan bukan sesuatu yang perlu ditunjuk-tunjuk secara fizikal, seperti kononnya kita menolak bayaran apabila diberi, atau bercakap dengan lemah lembut gemalai bak pontianak. Ikhlas tempatnya di dalam hati, dan akan dirasai oleh para peserta program latihan di dalam hati jua. Keikhlasan ini perlu sentiasa diingatkan kerana sebagai manusia biasa, hati kita pasti sentiasa dibolak-balikkan oleh syaitan. Saya sendiri telah banyak kali menyaksikan - kerana direzekikan untuk selalu berprogram bersama para fasilitator yang ikhlas: apabila seseorang jurulatih itu benar-benar ikhlas melakukan kerja kerana Allah dan Rasul-Nya, walaupun tanpa latihan ESQ atau NLP dan persiapan yang banyak, maka tetap program yang dilakukan itu akan mencapai hasil dan kejayaan dengan izin dan pertolongan daripada Allah Subhanahu wa ta'ala.
Program bersama para pelajar di sekolah saya dahulu - Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching. |