Apakah Unit Amanah?

Apakah Unit Amanah? Unit Amanah juga dikenali sebagai Unit Trust. Untuk memahami apakah itu Unit Amanah, adalah baik untuk kita membaca penerangan daripada pihak Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) yang diterbitkan di dalam laman sesawang mereka:



Unit Amanah adalah satu bentuk pelaburan secara kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai hasrat pelaburan yang sama untuk mengumpulkan dana mereka untuk dilaburkan di dalam portfolio sekuriti atau aset-aset yang lain.

Seorang pengurus dana yang bertauliah dan profesional akan melaburkan dana yang telah dikumpulan tersebut di dalam portfolio yang merangkumi kelas-kelas aset seperti berikut:
  • Tunai
  • Bon & Deposit
  • Saham
  • Hartanah
  • Komoditi

Dalam Unit Amanah, pemegang unit tidak memiliki sekuriti di dalam portfolio tersebut secara langsung. Milikan dana dibahagikan dalam bentuk unit-unit kelayakan. Apabila dana yang dilaburkan meningkat atau menyusut nilainya, maka nilai setiap unit itu tadi turut meningkat atau menyusut. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada ketika pelaburan dilakukan dan jumlah wang yang dilaburkan.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit adalah selalunya dalam bentuk agihan pendapatan dan peningkatan modal, diperolehi daripada kumpulan aset yang mendokong dana unit amanah tersebut. Setiap unit menghasilkan pulangan yang sama, yang ditentukan oleh tahap agihan dan/atau peningkatan modal bagi sesuatu tempoh waktu.

Pelabur Unit Amanah adalah selalunya mereka yang mempunyai sedikit wang atau simpanan untuk dilaburkan, tetapi tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk menguruskan portfolio pelaburan secara langsung atau portfolio saham. Sebaliknya, mereka lebih cenderung untuk melabur melalui instrumen yang selamat dan dipercayai yang sesuai dengan hasrat mereka. Unit Amanah membolehkan para pelabur melabur dalam pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya tidak terbuka untuk mereka.

Para pelabur menginginkan pulangan yang maksima daripada pelaburan mereka, maka Unit Amanah menyediakan peluang dan akses pelaburan yang, dalam jangka masa panjang, sepatutnya menghasilkan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada simpanan tunai dan deposit tetap.

Sudah tentu, pulangan yang tinggi tersebut datang dengan risikonya yang tersendiri. Dalam jangka masa pendek, pulangan daripada pelaburan Unit Amanah adalah selalunya lebih rendah daripada deposit tetap bank. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa sederhana ke panjang (cth: 3-20 tahun), pelaburan Unit Amanah kebiasaannya menghasilkan pulangan yang lebih besar dengan risiko yang berpatutan.

(Sumber: FIMM Website)

-----
Mulakan pelaburan anda dalam Unit Amanah hari ini.
Hubungi saya untuk temujanji segera:

Tel./WhatsApp: 019-8285019
Abdul Muntaqim bin Zulkipli
Perunding Unit Amanah Berdaftar
Previous
Next Post »