Ayuh Bersatu Bantah TPPA

Dalam kerancakan episod hangat politik Malaysia, kita jangan terlepas pandang pula episod penting TPPA. Perdana Menteri telah mengisyaratkan bahawa keputusan tentang TPPA akan dibuat tidak lama lagi, sama ada Malaysia akan menandatangani perjanjian tersebut ataupun tidak. Banyak pakar ekonomi dan badan-badan bukan kerajaan seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) telah mengikuti secara dekat perkembangan perundingan TPPA, membuat kajian serta pemerhatian yang intensif dan mendapati bahawa perjanjian TPPA hanya akan merugikan negara ini kerana perjanjian tersebut berat sebelah dan hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat.

Apa yang merisaukan sekarang adalah dalam kehangatan skandal politik yang melingkari YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, khususnya skandal 1MDB, negara kita terdedah kepada tekanan dan peras ugut daripada Amerika Syarikat untuk menandatangani TPPA. Media Amerika Syarikat, TIME, telahpun mendedahkan sekurang-kurangnya lima kelemahan Perdana Menteri Malaysia yang boleh diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat. Boleh baca di sini: http://time.com/3974380/obama-malaysia-najib-razak-1mdb/



Bayangkan, dengan sedikit tekanan Amerika Syarikat boleh menawarkan untuk membantu Perdana Menteri kita untuk menyelesaikan segala masalah beliau (contoh: bantu bayar hutang negara) dengan syarat beliau menandatangani perjanjian TPPA. Tahun ini sahaja sudah beberapa kali Barrack Obama bertemu dengan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Untuk apa? Sebelum ini Amerika Syarikat tidak pedulikan sangat pun Malaysia yang kecil ini. Sudah pasti ada suatu kepentingan yang Amerika Syarikat hendak kejar: TPPA. Dengan hanya satu tandatangan, masa depan negara akan tergadai kepada Amerika Syarikat.

Maka, walau apapun pegangan dan pandangan politik kita, hendaklah kita bersatu dalam isu TPPA ini dan bersama-sama memberikan sokongan kepada Perdana Menteri kita agar TIDAK MENANDATANGANI perjanjian TPPA ini, demi masa depan negara. Ambil tahu tentang TPPA, ketahui kenapa kami membantah TPPA dan kenapa Malaysia TIDAK PATUT menandatangani TPPA. Sila baca tentang TPPA dan tandatangan bantahan anda secara online di www.janganjualnegara.com


Previous
Next Post »