Sekitar Perhimpunan Aman PEMBELA 15 April 2011










Alhamdulillah, perhimpunan aman Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 15 April 2011 usai solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar dan aman. Perhimpunan tersebut bertujuan untuk memberikan mesej kepada semua rakyat negara ini - khususnya kepada golongan Kristian - agar jangan mencabar kedaulatan Islam di negara ini. Islam adalah agama negara ini, dan Islam menempati kedudukan yang istimewa di negara ini. Status quo itu jangan dicabar kerana ada umat yang akan mempertahankan! Kami juga tidak akan rela nama Tuhan orang Islam digunapakai oleh orang bukan Islam. Cukup menyedihkan, kerana masih ada juga di kalangan orang Islam yang kebingungan sehingga tergamak hati mereka membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam untuk merujuk kepada tuhan yang mereka percayai! Inilah bahana faham 'pluralisme agama' yang semakin merebak semenjak akhir-akhir ini, termasuklah kepada para pemimpin-pemimpin politik.

Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan kepada umat Islam yang berjuang dengan tulus atas landasan Ahli Sunnah wal Jamaah yang benar!
Previous
Next Post »