Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan agung kita Sayyiduna Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam, serta kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat yang terpimpin.
Semenjak mutakhir ini serangan dan cabaran daripada orang bukan Islam terhadap autoriti dan ketuanan Islam dan umat Islam di negara ini semakin menjadi-jadi. Sikap ahli politik - sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang - yang ternyata 'mabuk kuasa' sehingga sanggup berkompromi dan menggadaikan maruah dan prinsip agama semata-mata demi meraih undi dan sokongan.
Justeru, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan sebuah organisasi gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang satu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan agama ketika isu pertukaran agama Azlina Jailani, kini merasakan keperluan untuk kembali bergerak secara aktif bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan oleh ahli politik (termasuk ahli politik Islam) dan segelintir NGO Islam (yang sudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan rentak parti politik) dalam mempertahankan kedaulatan agama - khususnya dalam isu-isu semasa yang sangat berkait dengan soal aqidah seperti isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
Maka, muslimin dan muslimat sekalian adalah dijemput untuk bersama-sama menyatakan sokongan dan dokongan terhadap PEMBELA, sekaligus bersama-sama untuk berjuang mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara yang kita cintai ini.
Layari blog PEMBELA: http://adf.ly/1AbM3
Sertai grup Facebook PEMBELA: http://adf.ly/1AbNt