ZIONIS MENGGANAS LAGI: APA SIKAP KITA?


Rejim Zionis mengganas lagi. Siri serangan terbaru yang turut mensasarkan orang awam di bumi Palestin ternyata menggambarkan dengan jelas kebiadaban rejim Zionis yang dengan angkuh dan bongkaknya menunjukkan betapa mereka langsung tidak menghormati segala konvensyen dan ketetapan yang telah dibuat oleh badan-badan dunia. Ternyata juga, rejim Zionis telah menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan mereka kerana antara ramai yang terkorban dalam serangan-serangan mereka adalah golongan kanak-kanak. Terbaru, rejim Zionis telah mengebom sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan telah mengorbankan seramai 47 orang. Turut musnah dalam serangan itu adalah sebuah klinik bergerak. Ternyata rejim Zionis sungguh tidak berperikemanusiaan, biadab dan kurang ajar.

Namun, setiap kali rejim Zionis mengganas di bumi Palestin, persoalan yang sama akan timbul: apa sikap pemimpin-pemimpin dunia? Lebih penting lagi, apa sikap pemimpin negara-negara Islam (baca: negara majoriti penduduknya Islam)? Kecaman demi kecaman terus disuarakan. Demonstrasi dianjurkan di mana-mana di seluruh dunia. Sudah hampir kering air mata, sudah hampir kehabisan suara memekik dalam sesi-sesi demonstrasi, tetapi hasilnya tetap sama yakni rakyat Palestin terus menderita. Maka, kalau kita ingin membincangkan tentang sikap ‘golongan politik dan berkuasa’ dalam menangani isu ini, pastinya kita akan marah, geram dan kecewa. Sungguh mengecewakan, tidak ada satu pun negara di dunia ini – termasuk negara Islam – yang berani menghantar pasukan tenteranya ke Palestin untuk membantu rakyat di negara itu. Puak Zionis tidak ada justifikasi langsung untuk melancarkan serangan ke atas Palestin; malah lebih teruk daripada itu, negara haram Israel tidak seharusnya dibiarkan terus wujud atas tanah rampasan dan darah umat Palestin! Mungkinkah perlu diwujudkan satu desakan yang hebat kepada semua pemimpin negara-negara di dunia ini agar menghantar tentera masing-masing ke Palestin?

Namun, dalam masa yang sama, di peringkat individu pun harus ada usaha dan perkara yang kita selaku orang awam ini laksanakan. Khususnya bagi yang beragama Islam, penodaan terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah sesuatu yang tidak boleh didiamkan sahaja. Kawasan Masjid Al-Aqsa adalah kawasan suci, sebuah tempat yang tercatat dan dirakam dengan nyata dalam Al-Qur’an Yang Mulia! Di masjid itulah Rasulullah s.a.w. telah mengimamkan solat para nabi dan rasul ketika peristiwa Isra’ Mi’raj. Di masjid itulah Rasulullah s.a.w. telah diangkat ke Sidratul Muntaha untuk menghadap Tuhan Yang Maha Agung! Justeru, perlulah untuk kita pada hari ini melakukan sesuatu mengikut kadar kemampuan kita bagi membantu saudara seagama kita di Palestin yang terus ditindas dan dizalimi.

Maka, berikut dicadangkan beberapa tindakan yang perlu dan boleh kita laksanakan dalam kapasiti selaku orang awam dan orang Islam yang punya keterbatasan kuasa dan kemampuan.

Berdoa pada setiap kali selepas solat agar Allah S.W.T. membantu orang Islam di Palestin dan menghancurkan musuh-musuhNya.


  1. Membuat ceramah dan sesi penjelasan kepada masyarakat tentang isu Palestin.
  2. Menganjurkan sesi-sesi solat hajat di masjid-masjid, surau-surau, juga di rumah-rumah kediaman dan pejabat.
  3. Menghulurkan sumbangan kewangan kepada tabung-tabung keamanan bagi membantu masyarakat di Palestin.
  4. Menghadiri mana-mana demonstrasi anti-Israel dan anti-Zionis yang dianjurkan.

Selain daripada itu, apa yang sangat penting juga adalah bagi umat Islam memperkasa keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah S.W.T. Hubungan dengan Allah S.W.T. perlu dijaga dan sentiasa diperkasakan. Adalah dikhuatiri dosa-dosa yang kita lakukan itulah yang menjadi penyebab tertolaknya doa-doa kita. Seperkara lagi yang cukup penting juga adalah bagi umat Islam di seluruh negara, dan juga di seluruh dunia, untuk bersatu dan kembali memperkasa ukhuwwah kerana Allah S.W.T. Apalah ertinya hadith Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa umat Islam itu seluruhnya ibarat batang tubuh yang satu, apabila sakit satu anggotanya maka sakitlah seluruh tubuhnya, seandainya umat Islam di seluruh dunia masih lagi dengan sikap mementingkan diri sendiri, bertelagah dan bergaduh semata-mata demi kepentingan dan keuntungan dunia. Umat Islam di Palestin sana boleh dizalimi kerana umat Islam di seluruh dunia sudah bercerai-berai dan tidak lagi punya kekuatan sebagai sebuah umat.

Lihat sahaja di negara ini sebagai contoh. Betapa umat Islam – hanya kerana perbezaan ideologi politik – sanggup bertelagah dan berpatah arang. Dalam isu-isu kemanusiaan sekalipun – seperti kes-kes bencana alam, dan termasuklah juga isu Palestin ini – masing-masing menggerakkan usaha masing-masing kerana masing-masing ingin mendapat nama dan dilihat sebagai juara dalam isu tersebut! Betapa sikap mementingkan diri sendiri dan angkuh masih menebal! Ayuh pemimpin umat, bangkitlah daripada tidurmu yang lena! Wahai umat seluruhnya, pasakkan tekad kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin! Ingatlah, tatkala kita berseronok melayani kehendak nafsu kita, saudara seagama kita sedang menderita di bumi Palestin. Ingatlah, tatkala kita alpa dan lalai dalam mengingati Allah S.W.T., saudara-saudara kita di bumi Palestin mengharapkan doa serta kesatuan sokongan dan bantuan daripada umat Islam! Ayuh, kekuatan itu milik Allah! Kemenangan itu daripada Allah!

Semoga Allah memberikan kekuatan dan menyampaikan kemenangan kepada kita!


Wangsa Maju, 3.25 pagi.

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Anonymous
admin
3:31 pm ×

Kita kena ajar yud dan kuncu2 bus bukan sja dng boikot tapi dgn membunuh org mereka. Bukan cara bom bunuh diri tapi dgn membayar samseng, pngisap dadah bunuh orng2 penting sprt duta dn klrga mereka. Mereka sudah banyk bunuh knk2 kita jadi xslh klu kita bnh ank2 mrka juga. Juga bunuh ceo syt milik mereka dan lepas tu suruh klrga mereka saman bus dn kuncu2 mereka. Kita mesti ada kumpulan sniper yg boleh tembak dari jauh. Bekas komando cucup sesuai. Bljr dari orng asli guna sumpit. Buat sumpit pendek dn guna racun yg paling bisa. Sila sebarkan komen ini keseluruh dunia. Alih ke bhsa ingeris.

Congrats bro Anonymous you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar