Dari Pontianak

Syukur, segala lafaz puji bagi Allah. Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 12.45 tengahari tadi daripada Pontianak. Aku ke Pontianak, Indonesia selama sehari bagi menziarahi teman-teman di pertubuhan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang sedang melaksanakan Muktamar Nasional (MUKNAS) 2008 mereka yang ke-26. Dengan kesibukan jadual dan tugasan yang ada, aku hanya mampu pergi menziarahi MUKNAS PII tersebut selama sehari. Itupun di penghujungnya. Menariknya muktamar PII ini dijalankan dalam tempoh yang agak lama, yakni daripada 5 - 11 Julai. Itupun, menurut Saudara Yudi, Setiausaha Agung PII, kalau perbahasan dan perbincangan masih meleret, tempoh muktamar itu mungkin dipanjangkan lagi. Ah, mereka di Indonesia memang begitu, mereka hebat berbahas. Walaupun kadang-kadang yang dibahaskan itu perkara yang remeh yang tak perlu dibahaskan pun (mengikut pandangan kita di Malaysia), tetapi sekurang-kurangnya itu menggambarkan budaya perbincangan yang sihat dengan memiliki akal yang tajam dan kritis. Sempat juga aku melihat kumpulan PII-WATI (sayap wanita PII) berbincang tentang hal-ehwal PII-WATI dengan begitu bersemangat sekali; berhujah dengan gaya pidato yang penuh semangat. Di kesempatan ini, perlu aku ucapkan terima kasih kepada saudara Zaid Makarma, Ketua Umum (di Malaysia kita menggunakan Presiden) PII. Beliaulah yang telah menyambut kedatanganku di Bandara (Lapangan Terbang) Pontianak bersama saudara Salman dua orang lagi ahli wanita PII yang aku tidak ingat nama mereka (maaf sangat-sangat ya!). Saudara Zaid jugalah yang telah banyak membawaku ke sana-sini, dan menghantarku pulang ke Bandara Pontianak tengahari tadi. Salam buat Yudi, rakan se-jawatanku, yang tak sempat ku temui sebelum berangkat pulang. Mungkin beliau letih kerana perbincangan mereka ini selalunya meleret sampai awal pagi, dan selalunya saudara Yudi hanya akan dapat tidur selepas Subuh. Apapun, semoga MUKNAS PII 2008 ini sukses!

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Yudi
admin
2:07 pm ×

Terima kasih Akhie Naim atas kunjungannya dalam muktamar PII. Saya peribadi mohon maaf karena tidak sempat melepas enta balik ke kuching masa tu. Saya doakan semoga Muktamar PKPIM august nanti berjalan sukses. Amien.

Congrats bro Yudi you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar