13 TUNTUTAN PELAJAR!

Tanggal 22 Februari 2008, bersamaan 14 Safar 1429H, aku bersama rakan-rakan pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) yang lain, beserta wakil pemimpin pelajar peringkat kampus, telah menjayakan sidang media untuk melancarkan secara rasminya Dokumen 13 Tuntutan Pelajar bersempena Pilihanraya Umum Ke-12. Berikut disertakan isi kandungan dokumen tersebut;

BISMILLĀHIRRAHMĀNIRRAHĪM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebagai sebuah komponen dalam masyarakat, kami dengan penuh insaf ingin menyatakan tuntutan dan hasrat kami.

Kami yakin, dalam pembinaan sebuah negara yang demokratik dan berjaya, peranan dan potensi generasi muda tidak harus diabaikan.

Kami juga sedar bahawa masa depan negara terletak di bahu generasi muda hari ini.

Maka, kami menyatakan 13 tuntutan yang harus dipertimbangkan oleh bakal- bakal calon dan kerajaan yang akan datang, bagi memastikan agenda mengangkat martabat generasi muda dapat dilaksanakan:

1. Menukar Sains dan Matematik Kepada Bahasa Melayu
Proses pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu agar tidak berlaku kemerosotan pelajar luar bandar. Malah agar minat dan kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan jika diajar dalam bahasa Melayu

2. Membanteras Program Hiburan Melampau dan Gejala Hedonisme
Generasi muda harus tidak diekploitasi sebagai konsumer hiburan yang melampau. Potensi mereka harus dibangunkan mengikut modul modal insan yang seimbang. Kerajaan harus mengawal program hiburan.

3. Menolak Universiti Berteraskan Parti politik
Kewujudan universiti berteraskan parti politik tidak membina bangsa yang berkongsi semangat kebangsaan, dari segi bahasa dan ‘worldview’, akhirnya memecahkan lagi pola ketidakseimbangan perpaduan kaum

4. Menuntut Autonomi Universiti
Bukan sekadar autonomi pentadbiran, tetapi autonomi ilmu dan idea. Universiti harus mengekalkan prestij keilmuan dengan tidak membenarkan ahli politik memegang tampuk Canselor dan Naib Canselor, akan tetapi kepada ahli akademik yang ada kredibiliti.

5. Mewajibkan Subjek Falsafah di Semua Universiti dan Pilihan Terbuka Subjek Minor
Ini bertujuan menyeimbangkan mahasiswa dengan elemen berfikir dan kemanusiaan. Malah, subjek minor secara terbuka dapat mengembangkan potensi mahasiswa kelak.

6. Menyediakan Biasiswa dan Bantuan Kewangan
Menuntut pihak kerajaan menyediakan biasiswa pengajian penuh kepada pelajar bumiputera dan bantuan kewangan yang mencukupi kepada pelajar bukan bumiputera, seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Alternatifnya ialah menghapuskan caj 3% yang dikenakan PTPTN serta merta.

7. Menjadikan IPT Sebagai Zon Internet Percuma
Menyediakan kemudahan capaian internet wireless secara percuma dan menyeluruh di seluruh institusi pengajian tinggi, bagi memudahkan proses pembelajaran dan penyelidikan

8. Meminda AUKU
AUKU harus dipinda dan memberi kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik. Legasi AUKU menyebabkan telah lahir generasi yang berjiwa kecil dan pasif.

9. Menolak Pelabelan ‘Pro Kerajaan’ dan ‘Pro Pembangkang’.
Pelabelan ini sebenarnya permainan politik sempit politik kepartian, yang ingin menguasai legitimasi parti di universiti. Label yang tidak sihat ini menyebabkan jurang di kalangan mahasiswa melebar.

10. Menolak Sikap Prejudis Terhadap Program Da’wah di Universiti
Sesetengah universiti menyekat program da’wah seperti gerakan tabligh, usrah dan membincangkan tokoh pemikir Islam. Sikap universiti ini menghalang daripada pembinaan mahasiswa yang kritis dan berperibadi mulia.

11. Mengangkat Tema Islamisasi Sebagai Teras Universiti.
Universiti harus menjadikan universiti sebagai pusat Islamisasi ilmu, dengan memperkenalkan subjek pengajian Islam dengan lebih meluas, dan mendidik mahasiswa supaya jurang ‘compartmentalization’ tidak melebar.

12. Mendaulatkan Bahasa Melayu di Tempatnya.
Bahasa Melayu harus diletakkan sebagai keutamaan tertinggi bagi bakal kerajaan. Sikap pemimpin yang meremehkan bahasa Melayu merupakan sikap yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia.

13. Melantik Wakil Senator di Kalangan Pelajar
Wakil pelajar ini dapat menyuarakan suara secara langsung dalam Parlimen, secara tidak lansung mengiktiraf pelajar dalam proses pembinaan negara.

Tuntutan ini disokong oleh (akan bertambah semasa ke semasa):

1. Akademi Pemikiran Pelajar Islam (APPIM)
2. Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)
3. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
3. Ikatan Pengajian Islam Pahang (IKATAN)
4. Kelab Intelektual Muda UIAM
5. Kelab PERKIM PAUIAM
6. Kelab Kreatif PAUIAM
7. Kesatuan Pelajar Islam Melaka (KPIM)
8. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
9. Kesatuan Pelajar- Pelajar Islam Perak (KPIP)
10. Kesatuan Pembimbing Insan Terengganu (KEPITAR)
11. Persatuan Bahasa Melayu UM
12. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang (PEMBIMBING)
13. Persatuan Pelajar Islam Darul Aman (PERSIDA)
14. Persatuan Pendidikan Islam Negeri Sembilan (PPINS)
15. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
16. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
17. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PEPIAS)
18. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
19. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
20. Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah

Dan individu:

1. Sdr Idzuafi Hadi Kamilan, mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia 2006/2007
2. Sdr Nurul Aizam Zaini, mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Multimedia Universiti 2006/2007
3. Sdr. Muzammil Arif Kamaruddin, mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniKL-MFI 2006/2007
4. Sdr. Naqib Derani, mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) 2006/2007
5. Sdr. Mohamad Hanif Abdullah, mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Darul Iman 2006/2007
6. Sdr. Ahmad Syahmeer Junaidi, mantan Presiden PERMAI UNITAR Sarawak 2006/2007
7. Sdr. Mohd. Hafezi Abdul Hamid, mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar Institut Bahasa Melayu 2004/2005

Rakan-rakanku, khususnya teman se-mahasiswa sekalian; inilah masanya kita menyatakan secara tegas tuntutan-tuntutan kita terhadap kerajaan baru yang akan dibentuk kelak. Calon-calon yang menang kelak adalah 'wakil rakyat', maka sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk memastikan bahawa wakil-wakil kita yang akan ke Parlimen dan DUN kelak akan membawa aspirasi serta harapan rakyat untuk menyaksikan masa depan agama, bangsa dan negara akan terbela.

Dokumen 13 tuntutan ini juga boleh dibaca di laman web PKPIM [ www.pkpim.net ]. Seandainya saudara/saudari ingin menyatakan sokongan, sila hantar emel ke spp@pkpim.net. Untuk sebarang persoalan, sila hubungi PKPIM di talian 03-61879520 (pejabat) / 03-61842570 (faks).

Wassalam.

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
Anonymous
admin
12:35 pm ×

Saya S.O.K.O.N.G!!!~

Reply
avatar
Anonymous
admin
1:39 am ×

sangat2 sokong!

Reply
avatar
Anonymous
admin
1:49 am ×

Hope those BN MPs will support and approve this things

Reply
avatar
Anonymous
admin
1:53 pm ×

sokong sgt2 la...
psal ptptn 2 mmg mmbankan..pda mulanya dtg nk mnolong tp nk mnndas akhrnya..

Reply
avatar