Tahniah Maulawi, Al-Hafiz



Menghafaz Al Qur'an adalah merupakan khususiyyat (keistimewaan eksklusif) yang dimiliki oleh umat Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam. Tidak ada umat terdahulu yang diberikan keistimewaan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala untuk menghafal kitab-kitab mereka; jika ada pun, teramatlah sedikit. Sedangkan begitu ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini yang menghafal Al Qur'an.

Alhamdulillah, terbaru saudara Maulawi Arsalan Bin Husni, pelajar Darul Quran wal Hadith As-Sofa telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam Majlis Syahadah 30 Juzu' Al Qur'an yang telah diadakan di Kolej Islam As-Sofa. Kejayaan saudara Maulawi adalah kebanggaan buat warga As-Sofa yang telah melahirkan sekian ramai Huffaz Al Qur'an sehingga ke hari ini. Lebih membanggakan, para huffaz yang dilahirkan bukanlah calang-calang huffaz kerana mereka juga memiliki kemantapan ilmu aqidah dan syariah yang dipelajari melalui disiplin ilmu Islam yang terpelihara, melalui ijazah ilmu-ilmu yang diterima daripada para guru yang memegang sanad ilmu yang sampai kepada baginda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam.

Tahniah saudara Maulawi Arsalan Bin Husni al Hafiz!
Previous
Next Post »