Laporan Bergambar Kem Eksplorasi Minda 2010

Panjatan syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpahan Rahmat-Nya program Kem Eksplorasi Minda peringkat Kuching tahun 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 19-22 Rabi'ulawwal 1431H bersamaan 5-8 Mac 2010. Biarpun kehadiran peserta hanya sekitar 15 orang ditambah dengan 3 orang Urusetia-Fasilitator, namun program tetap berjaya dijalankan dengan baik. Para peserta rata-ratanya datang daripada latarbelakang yang pelbagai; ada yang sedang menunggu keputusan SPM, ada yang sudah bekerja, dan ada yang merupakan penganggur sepenuh masa. Mereka datang daripada tempat-tempat yang secara umumnya agak terkebelakang dari segi status sosio-ekonomi seperti Balai Ringin dan Bako. Namun, partisipasi dan disiplin baik yang ditunjukkan oleh mereka membayangkan hasrat dan keinginan mereka untuk terus belajar dan melakukan sesuatu yang signifikan dan bermakna di dalam kehidupan mereka; untuk diri mereka dan untuk umat seluruhnya.

Aktiviti “Timber” yang bertujuan untuk menguji dan melatih keyakinan diri para peserta pada diri sendiri; di samping memperkukuh keyakinan sesama rakan.
Salah seorang peserta, Mohd. Rashidi, sedang menyiapkan aktiviti di dalam sesi Kejelekitan Kumpulan. Aktiviti ini bertujuan mengajar para peserta bahawa tugas yang sukar boleh menjadi mudah apabila ada perkongsian pengalaman dan kerjasama.
Para peserta sedang mengikuti salah satu sesi penerangan dan penjelasan di dalam program.
Penerangan tentang rasional dan pengajaran yang boleh diperolehi daripada setiap permainan dan aktiviti disampaikan di hujung setiap sesi oleh Ketua Fasilitator.
Sebahagian para peserta sedang menyanyikan lagu tema program yakni “Andai Ku Tahu” nyanyian kumpulan “Ungu”.
Para jurulatih daripada Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) Sdn. Bhd., Sdr. Nor Mohamed bin Norzaini (kiri) dan Sdr. Mohd. Mujahedd bin Mohd. Nasir (kanan), yang menyampaikan slot Kursus Pandangan Hidup Islam (KPHI) dengan menyampaikan tajuk-tajuk “Faham Agama dan Asas Akhlak”, “Hakikat dan Sifat Insan”, serta “Faham Ilmu dan Pembudayaannya”.
Sebuah kumpulan sedang menyiapkan menara daripada ‘straw’ sebagai salah satu aktiviti bagi menguji kreativiti serta kerja berpasukan.
Aktiviti “Kembara Si Buta” sebagai salah satu tugasan di dalam melatih dan mengajar para peserta tentang kepimpinan dan kepengikutan.
Previous
Next Post »