GAE, PELABURAN EMAS SAYA DI QM SEDANG RUGI


Dalam usaha untuk menggandakan harta (mencari rezeki), salah satu kaedah yang berpotensi mendatangkan hasil yang lumayan adalah pelaburan. Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan, perkataan “pelaburan” itu membawa maksud “sesuatu yang dibeli dan sebagainya dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda” [1].

Quantul Metal Sdn Bhd (QM) adalah antara syarikat yang sah berdaftar di Malaysia, yang menawarkan platform untuk kita membuat pelaburan sendiri dengan membeli dan menjual emas. Salah satu produk QM yang sangat baik untuk kita membuat pelaburan sendiri ini adalah Gold Asset Enhance (GAE). Kelebihan yang ditawarkan oleh QM melalui GAE ini adalah pembiayaan (tawarruq) yang membolehkan kita mendapat pegangan emas sebanyak 10 kali ganda daripada nilai yang dibeli untuk tujuan pelaburan.

Konsepnya mudah, jika kita membeli emas 1 gram, kita akan mendapat emas sebanyak 10 gram. Apakah emas itu kita pegang dan simpan? Sudah tentu tidak. Emas itu dipinjamkan kepada kita sebagai pelaburan kita. Contoh, sekiranya kita membeli emas 1 gram pada harga RM200 / gram, dan kemudiannya harga emas naik RM220 / gram, maka kita mendapat keuntungan sebanyak RM20 / gram x 10 gram = RM200. Dengan pembiayaan 10x itu, sekiranya harga emas naik RM20/gram, keuntungan kita adalah RM200/gram. Hasil keuntungan itu adalah milik kita, manakala emas dipulangkan semula kepada QM. Dan, ada caj pentadbiran yang akan dikenakan oleh QM (sekitar RM1++ sehari).

Ada beberapa persoalan yang seringkali menjadi kemusykilan ramai tentang produk GAE daripada QM ini. Sekiranya keuntungan berlipat ganda (10x), maka kerugian juga pasti berlipat ganda (10x). Itu benar. Namun, apa yang menariknya tentang QM ini adalah tidak ada konsep “force sell”. Bermakna, sekiranya GAE yang kita beli sedang mengalami kerugian, kita tidak dipaksa untuk menjual emas itu. Sebaliknya, kita boleh meneruskan pegangan dan menunggu sehingga harga emas naik semula.

Ini adalah contoh GAE dalam pegangan saya:


Jika dilihat senarai ini, semua unit GAE yang saya beli sedang mengalami kerugian [2]. Malah, ada satu unit yang nilainnya -180.93 (USD). Tetapi walaupun sedang kerugian, saya tidak dipaksa untuk menjual semula, malah saya boleh menunggu sehingga harga emas naik semula.

Konsepnya sama seperti jika kita membeli seketul cincin emas untuk pelaburan. Jika kita beli cincin emas pada harga RM500, dan keesokan harinya harga emas jatuh menjadikan harga cincin itu RM450, apakah kita akan menjual cincin itu? Secara bijaknya, tidak. Kita akan tunggu sehingga harga emas naik semula untuk kita menjual cincin itu. Perlu difahami juga, bahawa harga emas tidak akan pernah jatuh sampai sifar, dan harga emas lama kelamaan tetap akan naik kerana emas adalah unsur semulajadi yang semakin lama semakin berkurangan sumbernya di dunia ini.

Tetapi, bolehkah jika kita menjual semula unit GAE pada ketika harga rendah? Ya, boleh. Sekiranya kita bersedia untuk menerima kerugian (pulangan lebih rendah daripada modal yang dikeluarkan). Sifat pelaburan memang begitu, boleh untung dan boleh rugi. Sebab itu biasanya untuk membeli unit GAE ini, apa yang penting adalah kita menggunakan strategi yang baik (termasuklah tidak menghabiskan keseluruhan wang yang ada untuk membeli GAE), dan bersedia untuk menunggu.

Apa yang penting untuk difahami adalah bahawa QM hanya menyediakan platform. Keputusan untuk membeli dan menjual adalah keputusan kita sendiri.





[1] https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pelaburan
[2] pada ketika artikel ini ditulis pada 17 Oktober 2022

-----

Daftar akaun QM secara percuma di sini:
https://bit.ly/daftar-ahli-emas

Untuk info lanjut, hubungi saya:
https://www.wasap.my/60198285019/Nak+Info+QM

Previous
Next Post »