UMAT ISLAM DALAM KELEKAAN



Pernah dengar cerita katak dengan eksperimen air panas? Dalam eksperimen ini, katak diuji dengan air panas. Dalam ujian pertama, air dipanaskan sehingga mendidih dalam sebuah bekas. Kemudian, seekor katak diletakkan di dalam bekas tersebut. Secara spontan, katak tersebut akan melompat keluar daripada bekas itu kerana terkena air panas. Dalam ujian kedua, seekor katak diletakkan di dalam sebuah bekas yang berisi air sejuk. Katak itu tidak melompat keluar, dan duduk dalam keadaan selesa. Bekas itu kemudian diletakkan di atas api dan air dalam bekas itu dipanaskan sedikit demi sedikit. Katak itu tidak melompat keluar daripada bekas itu, dan akhirnya mati dalam air yang panas.

Apa pengajaran daripada kisah ini?

Dalam ujian pertama, katak itu melompat keluar kerana terkejut dengan air yang panas. Dalam ujian yang kedua, katak itu tidak melompat keluar kerana disebabkan perubahan suhu air yang berubah sedikit demi sedikit, katak itu tidak perasan akan perubahan tersebut sehingga apabila dia mula merasai kepanasan air itu, keadaan sudah terlalu lambat.

Begitulah keadaan musuh-musuh Islam menyerang Islam di negara Malaysia. Mereka menyerang Islam sedikit demi sedikit. Mereka tidak menyerang Islam sekaligus, kerana mereka tahu umat Islam akan bangkit memberontak. Sebaliknya mereka bermain drama dengan meraih simpati orang-orang Islam yang tidak punya jatidiri yang kukuh. Mereka meremeh-remehkan autoriti Islam. Mereka merendah-rendahkan pemimpin Islam. Mereka menjadikan umat Islam sendiri mempersoalkan keabsahan praktis-praktis berkaitan kedudukan Islam di negara ini. Mereka mula merampas posisi-posisi penting dalam pentadbiran kerajaan sedikit demi sedikit.

Jika kita, umat Islam, masih leka dan lalai dan beranggapan bahawa tidak wujud real threat daripada musuh-musuh Islam terhadap Islam di negara ini, maka bersedialah untuk "mati di dalam air yang panas".
Previous
Next Post »