Wahhabiyyah: Ancaman Besar Umat Islam Di Akhir Zaman



Secara peribadi -- hasil didikan dan manfaat yang diperolehi daripada ramai ulama' Islam daripada seluruh dunia yang saya temui dan duduk di dalam majlis ilmu mereka (bukan lihat dalam Youtube ya) -- saya boleh menyimpulkan bahawa salah satu ancaman paling besar untuk umat Islam di akhir zaman ini adalah fahaman Wahhabiyyah. Saya berpandangan begitu kerana fahaman Wahhabiyyah ini, seperti yang difirasatkan oleh baginda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam 1400 tahun yang lalu, para pengikutnya tampak 'alim dan soleh pada zahirnya tetapi pada hakikatnya jauh daripada Islam "seperti anak panah yang terlepas daripada busurnya".

Orang awam yang tidak pernah belajar ilmu agama dalam bentuknya yang sempurna -- yang merangkumi dimensi aqidah, fiqh dan tasawwuf -- secara berdisiplin (yakni belajar daripada seorang guru dengan menggunakan kitab atau silibus), dan kemudiannya terdetik rasa untuk mula mendekati agama adalah antara kelompok yang sangat mudah terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah ini. Salah satu sebabnya adalah kerana perwatakan zahir para pemuka Wahhabiyyah ini yang nampak seolah-olah 'alim dan soleh. Kedua, kerana para pemuka Wahhabiyyah seringkali menggunakan (menyalahgunakan?) hujah Al Quran dan Hadith secara tidak adil; lantas bagi mereka yang tidak pernah mendalami atau mengikuti pengajian ilmu agama secara tertib sebelumnya merasakan bahawa segala maklumat yang disampaikan itu benar belaka dan segala yang menyalahinya adalah salah belaka.

Pada hari ini, sudah terlalu ramai dalam kalangan umat Islam di negara ini yang terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. Hal ini berlaku kerana umat Islam sudah jauh daripada budaya ilmu. Umat Islam hanyut dalam budaya hedonis -- budaya berhibur yang bukan hanya merujuk kepada kecenderungan untuk menghadiri konsert-konsert yang melalaikan, tetapi lebih penting daripada itu adalah budaya yang meletakkan hawa nafsu sebagai keutamaan.

Apa kaitan hawa nafsu dengan fahaman Wahhabiyyah?

Dalam masyarakat yang berbudaya hedonis -- hiburan-hiburan yang membelai hawa nafsu diangkat dan dipopularkan. Sebab itulah para artis digilai. Akhirnya masyarakat mula percaya bahawa yang popular itu adalah yang terbaik dan yang betul, walaupun hakikatnya tidak. Contoh mudah dan jelas: jika berfikir secara rasional, semua orang tahu bahawa artis-artis bukan contoh ikutan yang terbaik kerana terpalit dengan bermacam masalah: skandal, perceraian, pergaduhan, dadah, rokok dan sebagainya. Bukan semua artis begitu, tetapi secara umumnya begitu. Namun, walaupun dengan segala masalah yang sering ditayangkan secara umum itu, tetap juga para artis digilai. Kerana apa? Kerana populariti. Hal yang sama berlaku dalam lapangan agama. Para ustaz dan penceramah yang popular dianggap benar dan betul. Walhal, boleh dikatakan majoriti ustaz dan penceramah yang popular di Malaysia ini adalah berfahaman Wahhabiyyah. Nilaian umat bukan lagi berdasarkan ilmu (kerana memang tidak berbudaya ilmu), tetapi berdasarkan populariti.

Mufti negeri Perak, Kedah, Johor, dan Negeri Sembilan -- sebagai contoh -- walaupun memegang jawatan yang tinggi dan berautoriti dalam agama, tidak popular dalam kalangan masyarakat kerana jarang-jarang muncul dalam kaca televisyen dan jarang-jarang menyampaikan kuliah-kuliah yang ditularkan dalam Youtube dan Facebook. Akhirnya masyarakat lebih percaya kepada penceramah-penceramah Youtube daripada para Mufti dan para 'ulama yang benar-benar 'alim tetapi tidak popular.

Jangan pula disalahkan para 'ulama kerana tidak berusaha mempopularkan diri. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi.

Kesalahan fahaman Wahhabiyyah telah terlalu banyak dihuraikan. Terlalu banyak. Artikel ini adalah antara rumusan tentang kesalahan fahaman Wahhabiyyah:

Artikel-artikel oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa berikut pula adalah antara penerangan ringkas tentang kesalahan-kesalahan utama dalam fahaman Wahhabiyyah:
Risau Malaysia dah semakin ramai yang terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah.
Previous
Next Post »