Beberapa Istilah Baru Dalam Bahasa Melayu

Mutakhir ini ada beberapa istilah-istilah baru yang sering digunakan, yang sehingga kini saya rasa masih ramai yang menggunakannya dalam bahasa Inggeris (termasuk saya sendiri). Maka di sini saya kongsikan beberapa istilah "moden" dalam bahasa Melayu, supaya selepas ini kita boleh bersama-sama mula menggunakannya sebagai ganti kepada istilah-istilah dalam bahasa Inggeris.

Bahasa MelayuBahasa Inggeris
Suri teladanRole model
JerayawaraRoadshow
Latar pentasBackdrop
GegantungBunting
Imej tumpuHighlight
ParkirParking
PascanilaiPostmortem
SwafotoSelfie
Kira detikCount down
Bilik acuFitting room
Ujana tehGarden tea
PersantaianResort
TularViral

Ayuh, gunakan bahasa Melayu!

Previous
Next Post »