Sambung Pengajian Di Kolej Islam As-Sofa

Kepada para pelajar lepasan SPM yang masih mencari-cari tempat untuk menyambung pengajian, saya syorkan anda menyambung pengajian anda di Kolej Islam As-Sofa. Khususnya, jika anda seperti ini:

  • ❤ minat dalam bidang pengajian Islam
  • ❤ masih tidak tahu mahu menyambung dalam bidang apa

Anda boleh menyemak kelayakan anda di semakan kelayakan online di sini.

Kolej Islam As-Sofa adalah merupakan antara institusi pengajian tinggi swasta yang terbaik di negara ini, khususnya dalam bidang pengajian Islam, kerana:

  • ✔ kesemua bidang pengajian di Kolej Islam As-Sofa mempunyai akreditasi MQA.
  • ✔ pengajian Diploma di Kolej Islam As-Sofa mengambil masa 2 tahun sahaja (kecuali Diploma Tahfiz Al Quran & Qiraat) serta pelajar berpeluang mendapat pindahan kredit apabila menyambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti yang mempunyai jaringan dengan Kolej Islam As-Sofa.
  • ✔ Kolej Islam As-Sofa ditubuhkan oleh pakar (ulama Islam) dan dipengerusikan serta dikendalikan juga oleh pakar (ulama Islam).
  • ✔ Kolej Islam As-Sofa diiktiraf oleh Mufti Negeri Sembilan dan Mufti Kedah sebagai institusi yang sepenuhnya berteraskan Ahli Sunnah wal Jamaah.
  • ✔ para pelajar Kolej Islam As-Sofa berpeluang untuk mengikuti pengajian kitab-kitab turath Islami secara bertalaqqi.
  • ✔ kehidupan di Kolej Islam As-Sofa sentiasa dipenuhi dengan majlis-majlis pengajian, majlis tadarus Al Quran, serta majlis-majlis sambutan/peringatan semua hari-hari kebesaran Islam.
  • ✔ Kolej Islam As-Sofa seringkali mendapat kunjungan daripada ulama Islam daripada seluruh pelusuk dunia Islam.
  • ✔ Kolej Islam As-Sofa mempunyai jaringan eksklusif dengan universiti-universti terbaik dalam dunia Islam termasuklah dengan dua universiti yang tertua dan tersohor dalam sejarah dunia: Universiti Ez Zitouna (Tunisia) dan Universiti Al Qurawiyyin (Maghribi).
  • ✔ warga Kolej Islam As-Sofa adalah ahli keluarga besar! :)
  • ✔ dan pelbagai lagi...





Sila isi borang permohonan online ataupun jika anda mempunyai apa-apa persoalan dan kemusykilan, boleh hubungi saya melalui WhatsApp / WeChat / Telegram di talian: 019-8285019

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai ahli keluarga besar As-Sofa!

Previous
Next Post »