20 PANDUAN MENJAGA LAPTOP

20 PANDUAN MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT LAPTOP ANDA SERTA MEMASTIKANNYA SENTIASA DALAM KEADAAN YANG BAIK



  1. Jaga laptop anda daripada terjatuh atau terhentak. Gunakan beg laptop supaya dapat mengurangkan kesan sekiranya terjatuh.

  2. Jangan biar air masuk ke dalam laptop. Air adalah musuh utama semua barang elektronik. Jika air termasuk ke dalam laptop, pastikan anda tidak menghidupkan laptop dengan serta merta. Keringkan laptop habis-habiskan atau hantar kepada juruteknik yang mahir.

  3. Elakkan makan berdekatan komputer. Serpihan-serpihan makanan boleh masuk ke dalam laptop anda dan mungkin akan menarik perhatian semut dan sebagainya.

  4. Elakkan daripada menggunakan laptop di atas bantal atau tilam kerana keadaan itu selalunya boleh menyebabkan pengaliran udara keluar laptop terhalang, menyebabkan laptop menjadi overheat. Kekerapan overheat akan menyebabkan laptop anda cepat rosak.

  5. Jangan simpan laptop di tempat yang tiada pengudaraan atau ruang yang sangat mudah dan cepat berubah suhu.

  6. Sentiasa gunakan pad penyejuk untuk laptop anda.

  7. Jangan halang atau tutup ruang udara keluar di laptop.

  8. Jangan timpa laptop dengan objek berat seperti buku-buku kerana boleh merosakkan skrin.

  9. Servis laptop anda antara 6 bulan ke 1 tahun sekali (buang debu di dalam laptop).

  10. Jangan gunakan charger yang wayar sudah terkopak. Risiko wayar terbakar sangat tinggi.

  11. Format laptop antara 3 bulan ke 1 tahun sekali (bergantung kepada masalah dan keperluan).

  12. Jangan paksa komputer anda menjalankan banyak aplikasi serentak jika spesifikasi laptop anda rendah.

  13. Jangan buka banyak tab di dalam browser anda kerana lagi banyak tab bermakna lebih tinggi penggunaan processor dan RAM.

  14. Pastikan perisian antivirus di-install di dalam laptop anda.

  15. Pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini.

  16. Jangan install perisian yang tidak diperlukan. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda install.

  17. Semasa sedang install apa-apa perisian, sila baca dengan teliti setiap notis dan arahan pada setiap langkah. Kadang-kadang perisian yang tidak diperlukan akan di-install tanpa sengaja jika anda tidak membaca kerana pilihan untuk decline atau reject sangat kecil.

  18. Jangan letakkan magnet pada laptop anda. Magnet tersebut berpotensi merosakkan harddisk anda.

  19. Jangan tanggalkan badan laptop anda dan usik komponen-komponen di dalam laptop jika anda tidak berkemahiran. Setiap laptop mempunyai langkah dan kaedah yang berbeza-beza untuk ditanggalkan. Komponen di dalam laptop banyak yang sensitif dan mudah rosak kerana saiznya yang kecil.

  20. Jangan klik pada link atau file yang anda tidak tahu untuk apa dan tidak tahu sumbernya.
Semoga bermanfaat!
Previous
Next Post »