SEKALUNG AL FATIHAH UNTUK ADENAN SATEM



Al-Fatihah buat Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak, yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada jam 1.20 tengahari tadi (11 Januari 2017). Pemergian beliau merupakan satu kejutan buat semua, walaupun beliau memang diketahui berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa beliau, merahmati beliau, dan menghimpunkan beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh. Semoga selepas ini pengganti beliau akan dapat terus memimpin negeri Sarawak sebagai sebuah negeri Ahli Sunnah wal Jamaah.
Previous
Next Post »